LOGHAT BRUNAI

setelah hampir tiga tahun aku di Sabah, aku kini begitu selesa dengan keadaan masyarakat di sini.Aku anggap aku adalah sebahgian daripada mereka.bila di tanya aku asal dari mana,aku jawab dari membakut.lansung mereka percaya hehehe…dulu aku kena cakap bahasa aku macam indon bila aku cakap sabah..sekarang ada orang tak percaya aku orang kelantan.syukur…yang aku kecewa ialah aku belum dapat menguasai bahasa brunei kerana penuturnya makin berkurangan.kalau ada yang muda pun sikit-sikit saja bahasa brunei yang digunakan.kadang-kadang aku kena ketawa oleh muridku kerana menggunakan bahasa brunei yang kini tidak difahami oleh generasi budak..

 

aku mahu tulis tentang bahasa brunei ‘KL’ tapi tak banyak aku ketahui.brunei “KL” adalah gelaran yang di beri kepada loghat brunei orang Bongawan,Papar Sabah.sori orang bongawan..hehehe..

gelaran ini kerana penggunaan huruf “e” di hujung perkataan untuk yang berakhir dengan huruf “a”.contohnya: kenape..bahape..mengape..

bahasa bongawan mempunyai lenggok yang agak lembut dan beralun berbanding di membakut.padahal jarak diantara dua pekan ini tidaklah jauh…sungguh unik!!

pun begitu,jarang aku temui penutur bahasa bongawan ni.bila berhubung,kebanyakan mereka menggunakan bahasa stendet sabah.dalam bakurapak atu,kedapatan jue bisidie ani orang bongawan.satu kali tu aku pergi ke pasar bongawan,lansung aku tak faham bahasanya kerana terlalu dalam loghatnya bongawan.mungkin itulah penutur generasi terakhir.aku seronok mendengar beliau bini-bini atu bakurapak walaupun aku tak faham.

kalau nak tahu,loghat brunei ni ada banyak….mengikut tempat.aku tak sempat belajar semuanya.

kalau bahagian benoni,papar…bahasanya lembut.tuturnya sedikit beralun mendayu..aku baru sekali dengar orang benoni becakap kebetulan tersesat di kampung benoni huhu…

kalau bahagian bongawan…macam aku cakap tadi.penggunaan huruf “e” dibelakang bila berakhir dengan huruf “a”.lenggoknya lain.ada beralun sedikit bila bercakap.apa yang aku perhatikanlah…

kalau bahagian membakut (tempat aku)…agak keras.ayatnya padat…kebanyakan orang menggunakan bahasa ini.mudah difahami.

kalau bahagian menumbok…lain lagi bunyinya..aku pun tak pernah dengar.tapi kawan-kawan aku ada bagitau dan ada yang mengajuknya.

sebelah sipitang kalu tak silap…bahasa brunai kadayan…yang ni pun susah sikit.huruf “r” tiada dalam bahasa ni…kalau perkataan “merah” jadi “mi ah”.

kaya sungguh bahasa kitani…lamah lambut…kalau nak tahu,Fauziah Gambus tu orang Bongawan..hehehe


PEKAN MEMBAKUT HANGUS

Pekan Lama Membakut yang pernah aku ceritakan dalam blog ni tidak lama dulu baru-baru ini terbakar…sederet bangunan kayu yang umurnya hampir menjangkau seratus tahun hangus dimamah api….


AUR dengan TEBING

aur tidak kelihatan di sini..heheh

skali lagi aku cuba menterjemah maksud peribahasa yang kini jika disebut akan membuatkan generasi ternganga-nganga mencari makna di sebalik maksud peribahasa tersebut termasuk la aku..jadi jika ada silap tolong betulkan lah..bak kata pepatah,buah cempedak di luar pagar…

Aur dengan tebing membawa maksud sikap tolong menolong diantara satu sama lain..apakah itu AUR? TEBING ialah dalam bahasa inggerisnya ‘bank’ ataupun siring sungai…dalam bahasa mudah “birai sungai”.

AUR ialah sjenis tumbuhan yang tumbuh di tebing sungai…kalau tak silap aku ianya ialah pokok buluh.jika dilihat pokok buluh dengan tebing saling bergantung antara satu sama lain.akar buluh memegang tebing agar tidak runtuh,manakala tebing pula menjadi tempat untuk buluh tumbuh.sebab itulah aur dengan tebing membawa maksud sikap tolong menolong yang amat erat..

oleh itu,kita sebagai umat malaysia marilah mencontohi sikap aur dengan tebing…tidak mengira bangsa atau agama.


ENAU dalam BELUKAR

ini bukan enau..sekadar hiasan."daun diantara daun" haha

peribahasa melayu berbunyi “bagai enau dalam belukar” saling melepas pucuk masing-masing yang bermaksud, seseorang yang sentiasa mahu di atas dengan memijak rakan yang lain. lebih kurang begitu lah maksudnya yang aku faham.

jika sekali imbas, kita tidak perasan perkataan ENAU itu apa maksud sebenarnya…binatangkah?atau apa?…baru-baru ni aku berbual dengan ayahku mengenai peribahasa orang tua. sungguh unik perkataan yang di gunakan dan dijadikan metafora untuk sesuatu sikap atau sifat manusia. ketika itulah ayah aku mengeluarkan perkataan ENAU…

ENAU ialah sejenis rotan yang tumbuh dalam belukar.sifat ENAU ialah sentiasa tinggi daripada pokok lain di sekelilingnya. jika di situ ada enau,dari jauh kita sudah dapat lihat kerana ianya melebihi pokok lain dalam sekeliling belukar tersebut.orang tua yang memerhati menjadikan ia sebagai peribahasa yang cukup indah…

itulah bahasa melayu yang pernah menjadi lingua franca pada masa dahulu…tamadun yang pernah menguasai nusantara setanding dengan tamadun-tamadun lain tapi dibutakan oleh fakta sejarah penjajah…wallahua’alam..


CERITA KEDAI KOPI

sebut pasal kedai kopi kita akan nampak sebuah kedai usang berdinding kayu,klasik dan berstatus kekampungan…sebenarnya,itulah parlimen kecil,pejabat penerangan,bilik berita dan macam-macam lagi…

kedai+kopi bukan saja menjual minuman dan makanan,bahkan menghidangkan berita-berita terkini dan sensasi,pusat sumber maklumat,pusat sosialisasi dan sebagainya…ia juga boleh jadi medan adu tenaga,medan provokasi,gelanggang bertikam lidah hatta medan berukhuwwah…

aku bercerita di kedai kopi.mendengar cerita dari orang tua tunggal kaki kedai kopi.orang tua yang menyedari hakikatnya dia sorang saja orang tua yang masih lekat di kedai kopi…kisah-kisah kedai kopi yang bermaklumat.masa muda si tua ini mendapat kerja melalui kedai kopi..hanya duduk berbual di kedai kopi dia mendapat kerja.tidak payah bertemuduga cukup hanya bertemu mata.itulah kisah si tua yang kini melepak bersama orang muda.kedai kopi lah tempat bertukar maklumat.rajin di kedai kopi,murah rezeki..

minda terbuka kerana kedai kopi..perkongsian ilmu pun di kedai kopi.merancang masa depan di kedai kopi..hebat penangan kedai kopi sampaikan mendapat jodoh pun di kedai kopi…mendapat ilham di kedai kopi.secawan teh sekotak rokok ataupun di papan ‘aji’..hairan betul aku dengan kedai kopi..rumah tangga pun boleh berkocak kerana kedai kopi..

sekarang ni orang tak lepak kedai kopi tapi di KOPItiam…nampak ke’hilir’an sikit..tapi perkataan KOPI tetap diabadikan.



sambungan ringkasan sejarah

….sambungan
Hasil dari perkahwinan Onang Kening dengan raja Melaka melahirkan seorang putera. Pada tahun 1531, putera Onang Kening dilantik menjadi raja Perak yang pertama dan digelar sebagai Sultan Muzaffar Syah.

Setelah baginda mangkat, dilantik pula putera baginda iaitu Raja Gombak. Setelah baginda (Raja Gombak) mangkat, cucunya iaitu Raja Ahmad dilantik menjadi sultan Kelantan pada tahun 1584.

Manakala Cik Siti Wan Kembang pula adalah hasil perkahwinan Sultan Ahmad dengan Cik Bainun, putri Nara Diraja iaitu sepupu kepada Raja Hussein sebelah isteri Putera Lela Wangsa Pahang.

Setelah Raja Ahmad mangkat, Raja Hussein Johor dilantik menjadi pemangku raja Kelantan. Ketika itu Cik Siti Wan Kembang baru berusia empat tahun. Enam belas tahun kemudian Raja Hussein mangkat.

Pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang pun ditabal sebagai raja memerintah Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Cinta Wangsa, ulu Kelantan.

Pada masa yang sama, di Jembal terdapat terdapat satu lagi pemerintahan yang ditadbir oleh Raja Sakti. Cucu kepada Raja Sakti ialah Puteri Saadong,iaitu anak kepada Raja Loyar.

Puteri Saadong diambil menjadi anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang. Puteri Saadong juga digelarkan sebagai Puteri Wijaya Mala. Kecantikan paras rupa Puteri Saadong menjadi bualan.

beberpa lama kemudian baginda Cik Siti Wan Kembang berpindah ke Cherang Tegayong. Di sinilah tempat yang dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga. baginda menamakan tempat ini sebagai Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong…


Masuk U…

universiti merupakan pusat pengajian tinggi…ini beerti tahap pengajian semakin tinggi dan mencabar.kalau dulu masuk u menjadi kebanggaan.orang masuk u dipandang tinggi,memandangkan ilmu yang dipelajari makin tinggi..kalau yang tidak masuk u jadi orang kampung biasa la.kalau masuk u,ramai orang nak buat menantu…balik kampung jarang-jarang sekali orang rumah sembelih ayam,sebelum ni setahun sekali susah nak makan ayam…

sekarang masuk u bagi aku bukan menjadi kebanggaan,sebab masuk u bukan untuk dibangga tetapi untuk belajar ilmu secara lebih mendalam.sekarang beribu orang masuk u berbanding dulu seorang satu kampung,sebab tu lah dipandang tinggi..kalau masuk u sekarang tidak menjadi satu keajaiban lah..tambah-tambah produk yang keluar dari u macam tin kosong.keluar u pun berlambak menganggur..

yang aku tidak suka ialah masuk u ni diajdikan tket untuk berbuat apa saja..masuk u tiket untuk kerja..maasuk u tiket untuk bergembira,tiket untuk menghabiskan usia remaja..kita lihatlah di mana-mana u pun ada je masalah remaja..terutama coupling,sex bebas,clubing…….macamana agaknya ya bila pelajar-pelajar ni grad…tiba-tiba jadi cikgu,doktor,lawyer….aku rasa baik yang tidak masuk u,kerja kampung,hormat orang tua tahu tanggungjawab.orang masuk u mengaji tinggi tapi IQ rendah,baik yang dok di kampung belajar sampai darjah 6 tapi tahu reti berfikir…

masuk u mak bapak dok jauh.nak buat jahat pon takde orang tua nak marah.nak tinggal sembahyang pun kawan-kawan tak berani nak tegur,nak pergi clubing pun duit loan sendiri…bebas lah.masuk u ibarat kata bebas nak buat apa saja.kecuali yang berkaitan dengan undang-undang universiti lah.dalam bab belajar rileks je…tak pergi kelas kawan tolong tanda,nota,asignment boleh cut n paste tunggu ambik keputusan je…balik kampung jadi idola budak-budak SPM..seminggu cuti,7 ekor ayam lah jadi gulai sebab anak kesayangan,IQ tinggi,bijak dan pandai.memang bijak berlakon la anak makcik…anak yang kat rumah yang tolong bela ayam nak makan sekor setahun pun tak boleh..

aku bukan nak kutuk orang masuk u sebab aku pun belajar di u jugak dulu.bila aku tengok suasana u memang mengecewakan..yang masuk u lah kaki perempuan,kaki samseng,kaki rempit,kaki joli tapi lulus gak.jadi,untuk yang baru nak masuk u tu cuba jauhkan dari gejala-gejala yang tak sihat ni..kalu nak enjoy pun tengok batasannya.aku pun kaki enjoy gak dulu heheh…tapi ada batas la..

dalam u ada kawan yang harus anda cari dan ada kawan yang patut dijauhi…carilah kawan yang boleh mendorong ke arah kebaikan…wallhu a’alam


SUTRA PAWANA DALAM KENANGAN

1_298928284m

Sutra Pawana…itulah nama yang terpilih setelah kami bermesyaurat di bilik OR. Sutra bermakna kelembutan dan Pawana adalah angin yang bila digabung memberi maksud angin yang bertiup dengan lembut…itulah gambaran yang diberikan oleh Abe Mijo sebab dialah yang memberikan nama ni. Sutra Pawana adalah untuk menggantikan nama asal kumpulan dikir barat UIAM yang sebelum ini mengguna pakai nama NAGA BORO.

1_997380638l

THE GANG........

Dengan berlabelkan Sutra Pawana kami melakar nama di persada dikir barat terutama di sekitar Lembah Klang. Kehadiran Abdul Hadi Fahimi telah membawa banyak perubahan kepada kumpulan kami daripada berdikir di dalam kampus kepada bangsal luar kampus. Menjadikan OR sebagai pusat latihan dan perancangan aktiviti sehingga menimbulkan krisis dengan persatuan seni lain. Akhirnya kami terpaksa berpindah dengan rela menjadikan kaki lima sebagai tempat latihan.

1_417053995m

Pokku(duduk kiri) Tokku (duduk kanan) dua presiden yang KOOL

Dari kepimpinan Tokku beralih kepada Pokku, kami terus mencari nama memartabatkan dikir barat sebagai seni yang tidak ketinggalan zaman bersaing dengan seni-seni moden dan seni-seni lain yang mendapat tempat di hati peminat seni. Usaha tuanku presiden dan Adi Al fahimi berjaya menempatkan nama Sutra Pawana di dalam senarai persembahan di hotel-hotel berbintang dan majlis-majlis keraian dato-dato hatta majlis badan-badan berkanun atau bukan kerajaan.

1_307239600l

Tunggu rehearsal di Dataran Merdeka

Kami begitu teruja bila mempertontonkan seni Kelantan di pentas Dataran Merdeka sebanyak 2 kali,Pall Mall hotel,Pacific Hotel,Grand Season Hotel,Angsana Plaza,Giant,Dewan Felda,Dewan Millenium Kepala Batas,persembahan di depan tetamu dari Morocco, di Dewan Perniagaan Cina di KL dan banyak lagi…yang mungkin tidak akan dilupakan oleh kami ialah mendapat tempat untuk rancangan Salam Pantai Timur siaran TV1 dalam setiap episod.

Pun begitu,banyak duka dan luka yang harus kami tempuhi.Sepanjang perjalanan kami,terlalu banyak onak dan duri.Pahit kami telan luka kami tahan.Krisis dalaman dan ancaman luaran kami diamkan.Kesabaran menjadi senjata,ukhwah menjadi penyangga…

Pimpinan silih berganti…daripada Pokku kepada Zuar.Mungkin kerana dunia ini ibarat roda,sekali diatas sekali ke bawah,begitulah juga dengan kami..kegemilangan mula pudar..biarpun pudar masih lagi bersinar. Sutra Pawana cuma bertahan dengan kejayaan lama. Kesibukan ahli dengan pelajaran memendekkan jarak pergerakan Sutra Pawana. Ramai ahli yang berada di tahun akhir pengajian termasuklah tuan presiden menyebabkan banyak aktiviti kami lipat ke bawah buku pengajian. Keberunduran sesetengah ahli untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran menambahkan lagi kesuraman. Akan tetapi nama Sutra Pawana masih lagi harum di luar kampus. Ramai juga ahli kami di ”import” oleh kumpulan luar kampus untuk membantu kumpulan mereka. Kadang-kadang kamilah yang mengadakan persembahan diatas nama lain.

Lagak Juara Anti Dadah Kebangsaan Terbuka Johor

Lagak Juara Anti Dadah Kebangsaan Terbuka Johor

Kepimpinan bertukar tangan lagi kepada Nuar. Inilah saat akhir aku berada dalam Sutra Pawana. Nama Sutra Pawana masih stabil. Aku pun terpaksa membahagikan masa untuk semester akhir aku..sehinggalah aku grad…dan akhirnya meninggalkan Sutra Pawana tanpa aku puas bersamanya..

Setelah itu, berita terbaru aku dengar…Sutra Pawana dapat ke suku akhir pertandingan dikir barat kebangsaan..terangkat semangat aku bagaikan ingin kembali bersama mu..semoga berjaya Sutra Pawana………

650542056l

Sutra Pawana Menuju Puncak


bini,isteri dan dot dot net..

 

Satu hari aku terfikir jugak..macamana agaknya kalaulah bini aku tu seorang cikgu…kesian…

animasi2

Al-maklumlah sekarang ni bujang,tinggal di rumah bujang,dok bersama kawan-kawan yang masih bujang. Bukan kata gatal nak berbini,tapi pengalaman hidup membujang ni membuatkan aku terfikir pasal berbinikan seorang cikgu.

Kalau aku lah kan…bangun pagi-pagi gi sekolah tak makan sarapan. Di sekolah dok memekik dalam kelas…sampai tengahari…orang lain balik ke rumah,aku sambung lagi dengan kelas tasmik al-quran sampai 1.30 petang. 1.30 petang di Sabah ni macam pukul 2.30 petang di semenanjung dah.

Abis kelas, balik rumah…basuh beras letak atas dapur baru pegi mandi dan semayang zohor. Lepas semayang zohor baru masak lauk…masa ni tengah mengantuk woi waktu perdana ni..letih perah otak di sekolah. lauk siap ada la dekat-dekat pukul tiga baru boleh makan. Rilek sekejap dah masuk asar. Asar sini pukul 3.30 lebih kurang.

Andai kata aku ada bini lah…sama jugak kerja jadi cikgu. Balik tengahari kena masak. Masa tu tengah letih lagi balik kerja tapi korban jua untuk laki kesayangan huhu. Pahtu kena basuh baju lagi, kalau ada anak kena urus anak lagi. Pagi tadi dah kalut masak sarapan dah, sambung lagi sesi tegahari. Kadang-kadang waktu masak sarapan laki tak bangun lagi. Siap masak kena hidang pulak. Kerja Nampak remeh tapi korang cuba la buat. Sebab tu aku goreng telur makan dengan kicap je heheh.berkhasiat ni,gizi seimbang… mungkin kita Nampak kerja ni senang sebab kita tak rasa. Kalau baca ni memang tak terasa letihnya jadi bini, kena lalui baru korang tahu. Sebab tu jadi bini pahala besar. Jangan pulak laki nak jadi bini dah luar tabi’e tu hahah…

449484751l

Jadi..hidup membujang ni memberi  aku peluang untuk merasa kepayahan jadi seorang bini(rasa kesusahan bukan rasa jadi bini.jangan salah paham).Aku sebagai lelaki ni pun terasa keletihanya. Tambah-tambah wanita yang dicipta lemah daripada lelaki macamana la pulak rasanya ek?.Mungkin kerana bini tu taat pada suami,dia tidak bersuara. Kalu bersuara makan sup kaki hehehe..sebab sama-sama penat kan. Yang laki pulak dok pikir letih dia je. Tiba-tiba bini mintak tolong buat susu anak, berterabur nespray kena sepak…ishh…

Tu baru yang kerja jadi cikgu…kalu yang jadi lawyer,keje opis,keje lain yang balik lambat (bukan kerja kelab malam) macamana?

Penutupnya, balik kerja beli makanan di kedai…sebab tu ramai wanita sekarang tidak tahu masak hahaha…masa dok belajar pun takde peluang belajar masak,kalu masak pun mee segera je,bila kawin makan nasik kat kedai. Kalu buleh nak letak kedai tu depan rumah je…mmm…cari bini yang tak kerja?

LU PIKIR LA SENDIRI……

186621387l


KONSERT

posterprint

Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung – julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam. 

 Mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai konsert ini boleh menghubungi : En. Azadan : 019-2110300 atau layari Laman Web : www.rabbani.com.my Karnival

Kepada yang mungkin berminat untuk berniaga atau membuka gerai jualan bermula pagi hingga ke tengah malam. Hubungi Shahrul Azhar : 019-2225588

sebarang pertanyaan:Abdul Qahhar ibn Mohd Noor
013-6288614

Konsert Antara Dunia

Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 – 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia &
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam

(dipetik dari http://gamisconcert.blogspot.com/)


mencari sekolah

 

Masa mula-mula aku datang ke Sabah aku tak tahu macamana la rupa sekolah aku tu. Kawan-kawan yang semaktab dengan aku bercerita tentang sekolah masing-masing yang bagus-bagus. Ada yang di pinggir bandar,atas bukit,sekolah besar dan macam-macam lagi. Aku pula ditakutkan dengan sekolah yang jauh di pedalaman,yang terpaksa melalui jalan berbatu,berselut,ilmu hitam…

Bagi menutup pintu imaginasi aku tentang sekolah yang dashyat, aku berpakat menyewa kereta dengan kawan aku yang sejalan dengan sekolah aku.

Musafir ke Beufort mencari jawapan

Musafir ke Beufort mencari jawapan

perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu aku terasa amat jauh untuk sampai ke sekolah. Terasa juga dalam hati sebab kawan-kawan dapat sekolah dekat bandar ada “life” orang kata.

Berpandukan pelajar UMS (kawan kepada kawan aku) kami menyelusuri jalan mencari sekolah…Memandangkan Membakut di pertengahan jalan maka kami mengutamakan pencarian sekolah Kabajang. tatkala sampai di bandar Beufort, berputar-putar kami mencari label yang tertulis “sekolah Kebangsaan Kabajang”. Untuk memudahkan kerja pencarian,kami menanya pemandu kereta sewa…malangnya jawapannya ialah “ndak tau’”..hah…??tu dia…penduduk setempat pun tidak tahu dimana sekolah tu. Pedalaman sangat ke sekolah tu sampai orang sini pun tak tahu…kami ketawa mengusik kawan aku tu bahawa sekolahnya jauh di pedalaman yang sukar dimasuki kenderaan…

Nasib baik kami terjumpa seorang ustazah,yang kebetulan pula bila ditanya sama-sama orang Kelantan..dalam kepala aku “ramainya orang Kelantan..sampai mahu bertanya pun terkena orang Kelantan..” kebetulan pula jalan ke sekolah ustazah ni sama dengan sekolah kawan aku tu. Kami pun culik la ustazah ni kejap bawa tunjuk jalan..Dia duduk di depan aku tiga di belakang.

Dengan bantuan ustazah, kami sampai ke sekolah yang dicari-cari. Sekolah tu terletak di kawasan kampung bukannya pedalaman. Penduduk di situ pula adalah Muslim. Sepanjang jalan kami boleh menjumpai masjid. Kampung ini di diami oleh kaum Bisaya. Kaum Bisaya dikatakan terkenal dengan ilmu “tut…” atas dahi. Benar atau tidak aku tidak tahu.

Bangunan Sekolah

Bangunan Sekolah Kabajang

Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu kami singgah di Sekolah Pekan Membakut (sekolah aku). Kedudukan sekolah aku lebih dekat dengan Kota Kinabalu berbanding Sekolah Kabajang. Jarak perjalanan dengan motor dalam sejam setengah. Sekolah aku berada di kawasan pekan kecil.Walaupun kecil ianya lengkap dengan Bank (BSN),pejabat pos,klinik,balai polis dan taman perumahan (tempat tinggal aku sekarang).

opis sekolah aku

opis sekolah aku

Luputlah anggapan aku terhadap sekolah yang bakal aku berkhidmat. Cuma menunggu cabaran yang bakal ditempuhi di sekolah tersebut…timbul persoalan dalam diri aku,apakah aku boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sana…


Raja Salor pelaga ayam

Salor Pasir Mas Kelantan mempunyai sejarahnya tersendiri . Mengikut riwayat dari seorang penulis buku sejarah mengatakan bahawasanya adalah seorang raja yang berasal dari selatan Siam pernah menetap di situ.

Arakianlah ceritanya bermuladengan Raja Salor ini tatkala sampai ke tanah Kelantan,mintalah ia bermukim beserta minta naungan kerajaan dibawah kuasa Raja Kota Bharu. Maka menetaplah ia bersemayam di tepi sungai Kelantan.

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

Maka tersebutlah juga kisahnya pada suatu hari Raja Kota Bharu kehendakkan akan berlaga ayam. Menjemputlah akan Tuanku Raja Kota Bharu akan Raja Salor untuk perlaga akan ia ayam. Tatkala mahu belaga ayam,sampai pengetahuan akan berita kepada Raja Salor bahawasnya mahu helah akan dia Raja Kota Bharu dalam permainan pelaga ayam. Maka murkalah ia Raja Salor akan ia,maka hendaklah ia membunuh akan Raja Kota Bharu.

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

 

Adapun begitu, setelah sekian reda akan murka, baginda bermohon ampun akan kepada Raja Kota Bharu. 

Bilakan tahu pula kepada Raja Kota Bharu akan perkhabaran itu, murkalah ia. Dikatakan kepada Raja Salor penderhaka menyanggah raja. Maka sebagaimana diriwayatkan cerita, turunlah titah disuruh bunuh akan ia Raja Salor beserta jua akan keluarga,keranakan ia sudah menderhaka.  Maka dengan itu, dibunuhlah akan ia akan Raja Salor bersama jua akan keluarga..arakianlah juga tamatlah riwayat Raja Salor, begitu juga akan cerita.

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

Dikatakan kubur yang terdapat di Salor itu adalah makam Raja Salor beserta hulubalangnya..wallahua’alam


BAHASA MELAYU BRUNEI,SABAH

Bahasa Brunei merupakan salah satu daripada ratus an loghat di Malaysia terutama,Sabah. Bahasa Brunei mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Pertama kali aku mendengarnya, sungguh bersastera sebutannya yang baku mengingatkan aku pada masa lalu, seolah-olah bahasa yang pernah digunakan pada zaman filem hitam putih P.Ramlee.

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit beberapa ciri bahasa Brunei Sabah. Antara kelaianan yang terdapat pada bahasa ini ialah penggunaan vokal “a” pada menggantikan vokal “e”, vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’ vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’ dan penghapusan huruf ‘h’ dalam kebanyakan perkataan bahasa Brunei.

Sebagai contoh:

1-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘a’:

pekan = pakan

bedak = badak

berarak = bararak

kembang = kambang

belajar = balajar

kelas = kalas

2-      Vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’:

Bola = bula

Botak = butak

Bodoh = buduh

Bongkak = bungkak

Boleh = buleh

3-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’:

Berak = birak

Merah = mirah

Besok = bisok

4-      Penghapusan huruf ‘h’:

Hantu = antu

Sekolah = sekola

Faham = fa am

Hancur = ancur

Itu adalah antara perkataan- perkataan yang ditutur oleh kaum Brunei. Walaubagaimanapun, tidak semua perkataan yang mempunyai vocal tersebut diubah tetapi kebanyakannya vocal tersebut berubah dalam pertuturan kaum Brunei.

Bahasa Brunei juga mempunyai istilah-istilah tertentu dalam menggambarkan benda atau perbuatan. Antara perkataan tersebut ialah:

1-      Bubut = kejar

2-      Lusir = lari

3-      Nyaman = sedap

4-      Bisai = cantik,indah

5-      Linggang = lembik

6-      Berantam = bergaduh

7-      Seloroh = mengejek

8-      Buyuk = tipu

9-      Sigop = rokok

10-   Auw ‘= iya

11-    Ben = van

12-   Eskul = sekolah

13-   Stetmin = kenyataan

14-   Licak = lembut

15-   Piasau = kelapa

16-   Paloi = bodoh

17-   Moleh = balik

18-   Berinut = minta diri

19-   Limpas = lintas

Ini adalah secebis dari perkataan bahasa Brunei dari beribu patah yang dapat saya turunkan di sini.

Perkataan-perkataan Brunei juga banyak terkandung di dalamnya perkataann Inggeris yang sudah di “Brunei” kan. Contohnya ‘eskul’ atau ‘stetmin’

Pun begitu, istilah-istilah tersebut kian dihakis zaman. Perginya generasi lama membawa bersama bahasanya. Orang tua ibaratkan peti yang menyimpan khazanah berharga. Jika kita tidak mewarisi,maka hilanglah khazanah yang disimpan sejak sekian lama.

Pepatah berkata, ‘bahasa jiwa bangsa’. Dengan bahasalah kita dapat dikenali dari budaya mana asalnya kita.

Dengan kesedaran itu, wakil rakyat tempatan  telah mencadangkan agar perkataan-perkataan tersebut dibukukan.

Jika ada kesilapan harap dimaafkan kerana saya belum lagi menguasai bahasa Brunei. Tulisan ini hanyalah untuk kita sama-sama dapat merasa keunikan Malaysia.


memakan ambuyat..

 

 

 

 percubaan kesepuluh untuk melekatkan ambuyat di chop stick..

  

Akhirnya aku dapat makan Ambuyat……..

Ambuyat ialah sejenis makanan tradisi orang Sabah.Ianya diperbuat dari sagu yang dimasak sehingga likat.

am bu yat

am bu yat

cara memakan ialah dengan mnggunakan lidi yang dipatahkan seperti chop stick.Lidi tersebut hendaklah dipusing supaya sagu tadi terbelit di lidi.

Ambuyat dimakan dengan pencicah. Ambuyat juga boleh dimakan dengan gulai,sambal belacan dan sebagainya.

Rasa ambuyat adalah tawar.Sebab itulah ianya perlu dicicah dengan kuah yang disediakan.

Memakan ambuyat hendaklah terus ditelan tanpa perlu dikunyah terlebih dahulu.

Pertama kali aku memakan ambuyat agak sukar kerana ambuyat tidak lekat di lidi.Setelah bertungkus lumus dan tunjuk ajar dari cikgu-cikgu yang berpengalaman akhirnya aku berjaya menelan ambuyat…


rokok oh rokok…

20 batang

20 batang

“gilak, tak lalu aku nak isap rokok sekarang ni”
“Geli aku tengok kotak rokok. Dah la masa tu aku nak makan nasik. Kotak rokok tepi pinggan.”
“Gambar tu bukan gambar perokok tu. Gambar orang sakit lain,tapi letak di kotak rokok.”

paru-paru...erk!!

paru-paru...erk!!

“nak koyak tak buleh la.”
“aku beli case lain untuk letak rokok.”
“aku isap rokok murah je. Rokok ni takde penyakit sebab takde gambar hahaha.”

IMG_0029“Macam-macam dah kerajaan wat untuk perokok ni suruh berenti.”
“kempen sudah, naikkan harga, letak gambar, terapi di klinik untuk orang mau berenti rokok…”
“ahhh…kalu dah nama perokok,buat ape pon isap gak.”
“cuma satu je lagi kerjaan tak buat.”
“apa diia?”
“hentikan import rokok.”
“Mana buleh…rugi la kerajaan.”
“jadi, tak payah buat kempen la…”
“mmm…”

bayi dan mulut
“masaalahnya orang macam kita jugak la yang susah nanti hahah…”
“Tau pon. Diam-diam sudah la…eh, kau ada rokok? lupa nak beli tadi…”
“Eleh taktik lama…”
hahah…dunhill cap budak….”
“budak pon budak la asal berasap.”

“hahahahahah…!!”


Nasib jadi oghe Klate

Kisah pertama:

Aku ke kedai cina sewaktu balik sekolah. Orang baru macam aku sering ditanya dengan soalan asal dari negeri mana. Macam biasa aku menjawab..

“Kelantan.”

“waa…Kelantan banyak bagus aa…saya punya adik ada kerja di sana jadi polis.”

Bangga terasa bila negeri kesayangan aku dipuji.

“adik saya cerita, di sana tidak sama dengan apa yang kita dengar”.  Terutama kemiskinan yang selalu dipapar dalam berita.

Kisah kedua: 

Bebrapa bulan kemudian, Aku masuk kedai cina lain mahu membeli sigop..sambil membayar  tokey kedai menanyakan soalan sama, dan aku menjawab:

“Kelantan.”

“oo.. dari Kelantan. Ramai orang Kelantan sini.” Balasnya sambil ternganga mulut tersenyum bagai terjumpa perdana menteri..heheh

“Iya, di mana-mana pun ramai orang Kelantan.” Aku membalas.

“itu ari abang saya ada ajak saya pigi Kelantan. Saya tidak mau pigi.”ceritanya lagi.

“ di sana banyak masjid aaa..” sambungnya lagi sambil tersenyum. “Cina tua tadi terus menyambung ceritanya..

“ saya tidak mahu pigi Kelantan. Saya ingat di sana kacau… Itulah dengar-dengar cerita kan? abang saya pigi sana, oo…orang Kelantan banyak bagus aa..” ujarnya sambil dia tersenyum teruja.

 

Nah, salah siapa??!! Kenapa masih ada rakyat Malaysia mengangap Kelantan begitu? Jawapan ada dalam kepala anda….

Beruntung benar kalu anda jadi rakyat Kelantan.

TUNJUKKAN KEBANGGAAN KITA!!

bukan nak agah

bukan nak agah


“MENGULIT DALUS”

MENGULIT DALUS

IMG_0108

Baru-baru ni aku ke pantai Pimping dalam daerah Membakut bersama kawan dari Kudat. Kami meronda di sisir pantai menggunakan motor. Kelihatan beberapa orang sedang menarik sejenis alat untuk mengesan dalus. Dalus ialah sejenis hidupan laut dari keluarga kerang. Di kalangan masyarakat Brunei Sabah, mereka memanggilnya ‘dalus’ atau di Kelantan aku panggil ‘kepoh’ atau dalam bahasa melayunya ialah ‘kepah’.

Dalus berada dalam tanah. Untuk mendapatkan dalus hendaklah mengorek tanah tempat ianya berada. Di Pimping, masyarakat di sini menggunakan sejenis alat yang diperbuat daripada kayu yang bercabang. Di cabang kayu tersebut diletakkan sejenis besi leper diikat pada cabang tersebut. Besi ini ialah untuk mengesan dalus yang berada dalam tanah. Bila alat ini ditarik, kita akan dapat mengesan dalus apabila besi ini berbunyi kerana terkena dalus. Penarik alat ini akan berhenti dan mengorek tanah di mana bunyi dikesan tadi.

Mengulit dalus ialah mencari dalus atau mengorek dalus aku pun tak tahu apa maksud sebenarnya. Istilah ini digunakan pada perbuatan mencari dalus. Kalau istilah mudah di kampong aku ialah “caghi kepoh”. Istilah di sini “mengulit” sampaikan aku turut terulit dengan istilah-istilah di sini. Indahnya bahasa…

Kalau di kampong aku, biasanya kami menggunakan kaki untuk mengorek dalus. Kami berada di dalam air dan menguis-nguis kaki. Kalau orang-orang tua, mereka tahu di mana dalus berada hanya dengan melihat ‘mata’ dalus. ‘mata’ dalus ialah, tanda yang dibuat oleh dalus yang berada dalam tanah. Aku sendiri pun tak tahu macamana bentuknya. Kalau ‘remis’ sejenis dalus tetapi kecil saiznya, ‘mata’nya ialah dua lubang kecil di mana ianya berada. Lubang ini terbentuk kerana dalus akan mengeluarkan sesungutnya untuk mengeluarkan sisa makanan atau pasir ataupun untuk bernafas (belum buat kajian lagi). Di tempat ‘mata’ tadi bila dikorek keluarlah remis.

IMG_0110

Saiz dalus agak besar dan berkulit licin. Dalus juga ada yang bercorak-corak. Jika diperhatikan corak tersebut, mengingatkan aku kepada tulisan zaman purba. Begitu juga kulit remis. Masa kecik-kecik dulu,kalu main pondok-pondok, kulit remis kami gunakan sebagai duit. Dan sejarah juga ada mengatakan bahawa cengkerang pernah dijadikan sebagai matawang pada zaman “litik-litik”(paleolitik ke neolitik aku lupa) dulu. Kalau zaman sekarang guna cengkerang….penuh pantai.


SEMINAR PEMIKIRAN BURHANUDDIN AL-HILMI

 

 

“Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka”

(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

 

PENGENALAN

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad – 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA: 300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: “Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)
Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN: RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

Cara Pendaftaran:

  • Melalui SMS atau email : Nyatakan <nama><no.kp><status pekerjaan/pelajar><email><no.tel>

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:

Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832

Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@ yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Daftar segera, tempat adalah terhad.


MANIK SUDAH TERURAI

MANIK TERURAI…

setelah kekalahan dalam dua pilihanraya kecil, diteruskan lagi kekalahan di Manek Urai..BN terus menerus melakar kekalahan dalam pilihanraya kecil. apakah ini menunjukkan penolakan rakyat yang jemu dengan politik BN dan UMNO yang selalu menghidangkan projek-projek mee segera tatkala adanya pilihanraya atau memang rakyat sudah bosan dengan BN dan UMNO yang sering kali menyusahkan rakyat dengan akta-akta yang baru atau sikap kerajaan yang menekan rakyat…?

ketika mana diumumkan akan diadakan pilihanraya kecil di Manek Urai, media mula menunjukkan muka-muka pemimpin berucap dalam sidang media. aku tertarik dengan tajuk berita ”penentu penerimaan rakyat terhadap BN”. adakah ini kerana di Manek Urai, penduduknya bermajoriti melayu? ini kerana pilihanraya sebelum ini menunjukkan pengundi bukan melayu nyata menolak BN. jadi, UMNO beranggapan jika di kawasan majoriti melayu, orang melayu masih sayangkan parti pusaka ini akan menghulurkan undi simpati supaya pusaka ini dapat diwariskan kepada anak cucu kerana pusaka ini kian nazak dan hampir hilang ke’gah’annya. ataupun BN/UMNO yakin menang memandangkan ini bukannya kawasan kubu kuat PAS, dan BN pernah melakar kemenagan yang besar. dengan menggunakan senjata utama, media propaganda yang berpelurukan pergolakan dalam PAS, kemiskinan dan jambatan baru, mereka fikir dapat menikam hati-hati pengundi Manek Urai.

sayang seribu kali sayang…kekalahan sudah menjadi takdir buat BN/UMNO. biarpun kekalahan tipis, tetap juga dikira kekalahan. BN mungkin boleh berbangga dengan undi yang meningkat, ini kerana ada peluru yang berjaya merobek hati pengundi Manek Urai. memadailah dengan usaha gigih mereka. hakikatnya tetap terpaksa ditelan. bagi PAS, ini harus dikaji kenapa ramai penyokongnya dahulu berpaling tadah…kemenangan ini bukanlah petanda yang baik bagi PAS dan mimpi buruk yang manis bagi BN.

bercakap mengenai penerimaan rakyat terhadap BN dan UMNO terutamanya, tidak boleh diukur dengan satu pilihanraya kecil ini. majoriti rakyat masih menolak BN. majoriti rakyat sudah mual dengan politik BN. rupanya rakyat di Manek Urai masih ramai yang cerdik dan tahu akan teknik jual ubat BN. rupa-rupanya rakyat sudah lama menunggu janji peraih ubat,kononya akan menunjukkan rupa hodoh akan bertukar cantik jika pakai ubatnya..ditunggu-tunggu sampai maghrib tidak juga ditunjukkan, akhirnya penduduk balik dengan hampa dan marah. cuma ada segelintir yang termakan ‘kecek’ membeli ubat tersebut sebab mudah terpedaya dan tidak serik terkena dengan penjual ubat penipu ataupun memang dia suka membeli ubat.

beruntunglah penduduk yang masih mempercayai dan yakin dengan kuasa Allah dan murunglah penduduk yang mempercayai kuasa ubat. sudahlah ubatnya tidak menjadi ditipunya lagi penjual ubat itu. rupanya air kosong yang dicedok dari telaga dijualnya sampai berpuluh-puluh ringgit. disangkanya penjual ubat ikhlas membantu, sebaliknya di”kekah”nya lagi penduduk yang miskin ini…

jambatan di Manek Urai akan tersimpan dalam lipatan akhbar, dan akan dibuka semula untuk pilihanraya akan datang………


aku janji…tapi..

 

sehari selepas keputusan pilihan raya dun Manek Urai diumumkan…aku tidak berapa terkejut dengan kenyataan TPM kesayanganku bila ditanya wartawan…”apakah projek-projek yang dijanjikan untuk Manek Urai akan diteruskan?”…

dengan mudah dan muka selamba dan tenang sebab baru balik dari mendengar bacaan Al-Quran (selepas menghadiri majlis tilawah Al-Quran di negeri dua menteri besar)…”tidak akan diteruskan…sebab projek itu dijanjikan dan akan dilaksanakan jika penduduk Manek Urai menyokong BN…” au kama qoola..memang sudah menjadi tradisi…

alangkah bodohnya penyokong yang mengundi PAS, terang-terang menolak janji pembangunan yang bakal dihidangkan kerajaan. tapi apa boleh buat…sekiranya rakyat tidak menolak BN pada pilihanraya lepas, Manek Urai akan berubah wajah…mungkin setanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN dengan menara-menara yang tinggi dan pusat-pusat membeli belah yang bertaraf dunia dibina di Manek Urai..atau lebih lagi memandangkan Manek Urai adalah “anak angkat”.

rumah-rumah buruk penduduk kampung akan berubah menjadi mahligai seperti di negeri jiran Kelantan iaitu Terengganu, tikamana Pas memerintah, disiar dalam T.V rumah orang kampung yang “robek” dan tidak layak dipanggil rumah dengan makcik tua di muka pintu membuat muka “jebeknya”. kini tiada lagi rumah robek dan muka jebek di Terengganu. setelah alihan kuasa kepada BN, tiada lagi wajah-wajah Terengganu yang kusam, mungkin semuanya telah berubah menjadi istana-istana…tengoklah dalam T.V kita dapat lihat pembangunan Terengganu yang pesat dengan memindahkan masjid-masjid dan istana-istana dari seluruh pelosok dunia dilambakkan di negeri penyu ini. sungguh hebat!!! teringat cerita nabi Sulaiman dan Raja Balqis…rupanya ada lagi jin yang mengangkat istana Balqis. rupannya singgah di Terengganu. kalaulah Pas ambil alih negeri ini, jin ini sekali lagi diarahkan untuk memulangkan monumen-monumen ini ke negara asal. yang tinggal hanyalah rumah berdindingkan bertam beratapkan daun nipah..

itulah ruginya Manek Urai. kesilapan memilih calon menyebabkan mereka akan terus mewariskan pisau toreh getah kepada generasi akan datang…jikalaulah BN menang, jangan hairan jambatan Pulau Pinang berada di Manek Urai…

p/s: rasanya lah…impian nak jadikan “one Malaysia” takkan tercapai kalau macamni politikingnya. itu sama-sama melayu…hak mengecapi pembangunan dan kemakmuran adalah hak mutlak orang BN…orang Pas bukan rakyat Malaysia ke???orang pas tak bayar cukai ke???


Tiada rotan, Penampar pun berguna

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian. com.my

 Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

 Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

 Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah. “Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam. Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin. Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak. “Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami. “Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin,” katanya. Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

jangan mengejek guru...uwekk...

jangan mengejek guru...uwekk...

sanggupa berkata:

sampai ati ustaz pukul murid sampai begitu sekali…mungkin geram sangat kot. budak pun satu hal, takde rasa hormat lansung dengan ustaz. macamana belajar nak berkat.

soalnya rotan…pekeliling yang dikeluarkan tidak membenarkan guru merotan,ketuk ketampi,berdiri atas kerusi dan sebagainya. sekali dengar memang bagus bunyinya. pada hakikatnya, rotan itu dapat mendisiplinkan pelajar. kalau masa aku sekolah rendah dulu, bukan setakat rotan, pembaris kayu kuning pun patah digunakan untuk membantai murid. rotan pun sampai pecah dan selalu ditukar setiap bulan. kesannya, murid jadi berdisiplin dalam sekolah. itupun segelintir pelajar masih lagi ada yang tidak berdisiplin. bayangkan kalau tidak dirotan.

nabi juga menyarankan supaya merotan anak yang tidak sembahyang. bagaimanapun rotan itu bukanlah secara melampui batas. bukan dengan perasaan marah, sebaliknya ialah untuk pengajaran. yang menjadi masaalahnya ialah rotan untuk melepaskan geram. rotan adalah langkah terakhir untuk menangani masalah tingkah laku pelajar. setelah pendekatan yang berbentuk psikologi tidak berkesan, rasanya adalah perlu menggunakan rotan untuk membetulkan kesalahan pelajar. bagaimanapun harus diingat merotan bukanlah dengan perasaan marah.

mengikut pengalaman aku mengajar, murid yang bermasaalah tidak memberikan kesan padanya hanya dengan pendekatan psikologi seperti puji-pujian, mengugut dan sebagainya. pada mulanya memang berkesan, tetapi setelah sering dipuji atau diugut mereka menjadi bosan atau sudah tahu akan natijahnya. maka tidak lagi termakan pujian atau ugutan. sekiranya didenda pun, denda yang bersifat ringan seperti berdiri atau mengutip sampah. semasa didenda ini pun sempat lagi mereka mengganggu pelajar lain. ada juga yang memang suka dirinya didenda. sekiranya dirotan, semua takut kerana rotan merupakan denda yang menyakitkan. kesannya murid akan takut mengulangi kesalahan tingkah laku atau kesalahan-kesalahan lain.

pun begitu,masalah tingkah laku pelajar dalam kelas tidak boleh diletakkan seratus peratus atas pelajar, kerana punca masalah pelajar dalam kelas juga berpunca dari guru. guru yang kaedah pengajarannya membosankan menyebabkan murid hilang minat untuk belajar dan mula membuat hal masing-masing. sebelum menggunakan rotan, guru harus membetulkan dulu kaedah pengajaran yang digunakan. sekiranya masih jua berlaku masalah, barulah digunakan pendekatan psikologi,jika tidak juga berkesan, berubah kepada denda yang tidak memberikan kesan buruk kepada pelajar…namun jika tidak jua berkesan, barulah rotan diperlukan. itupun dengan niat mendidik bukan melepaskan geram.

jangan sesekali menggunakan penampar…islam juga tidak menggalakkan menampar di muka…kalau nak tampar,tampar la tempat lain…


NOSTALGIA BASIKAL TUA

Picture 358

Masih aku ingat sebuah basikal tu usang yang banyak berjasa kepada keluarga aku pada masa dulu-dulu. “Crown” Raleigh terpampang di depan basikal menunjukkan nama syarikat yang mengeluarkannya. Raleigh boleh dikatakan jenama yang masyhur dan ada “klas” bagi sesebuah basikal pada masa itu. Aku pun hairan kenapa basikal jenis itu dipanggil dengan nama “basikal tua”. Apakah kerana basikal jenis ini hanya dinaiki oleh orang tua atau kerana usia buatannya.

Tinggalkan dulu perbahasan dari mana asal-usul nama basikal tua. Apa yang aku mahu ceritakan ialah kisah sebuah basikal tua milik ayah aku. Aku tidak berapa ingat kesusahan ayah aku dengan basikalnya. Seingat aku,masa aku kecil basikal itu masih ada dan masih digunakan. Basikal inilah yang menjadi kenderaan kakak dan abang aku ke sekolah.

Untuk mendapatkan sebuah basikal bagi aku yang hidup dalam sebuah keluarga yang tidak berada adalah sukar. Teringin juga untuk mendapatkan basikal sendiri tapi keluarga aku tidak mampu untuk mendapatkannya. Maklumlah pada zaman itu harga sebuah basikal ratusan ringgit. Apalah kudrat ayah aku mendapatkan basikal untuk anaknya-anaknya yang seramai sebelas orang ini dengan hanya bekerja sebagai petani. Hanya mempunyai sebuah motorsikal “second hand” dan sebuah basikal tua.Bagi kanak-kanak pada masa itu, basikal BMX merupakan basikal pilihan. BMX sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya rendah. Reka bentuknya pun agak “sporty” dengan “sport rim”nya dan lasak. Apalah bagi kami untuk mendapatkannya, sekadar mewarisi basikal tua dari seorang ayah. Bila samapai “jangkah” barulah boleh naik basikal tua. Kalu tak sampai hanya jadi penumpang di “galang” atau di “gerey” belakang. kalau duduk di gerey, kaki kena angkat takut masuk dalam lidi basikal.

Basikal tua yang berjasa ini terus berkhidmat selagi boleh digunakan. Selagi gagah kaki menghayun pedalnya selagi itulah dia berguna. Pelana basikal tua yang pecah diganti dengan sabut kelapa. Sekiranya pembalut pelana terkoyak dibalut dengan kain buruk. Pedalnya yang pecah terus dikayuh sehingga tinggal besi. Akhirnya basikal ini diberi kepada seorang pakcik tua kerana ayah aku kesiankan dia mengayuh basikal tua yang sudah terlalu uzur. Aku masih ingat ayah aku kata, bagilah, lagipun ayah sudah ada motor. kesian dia naik basikal buruk.

Fenomena basikal BMX memaksa ayah aku mendapatkannya sebuah. Sebagai seorang ayah yang semestinya mahu melihat anak-anaknya sama seperti orang lain. Anak orang ada basikal BMX, jadi anak ayah pun ada basikal BMX. Tidaklah anak ayah terasa malu dengan kawan-kawan yang lain. Basikal ini dbeli untuk abang aku supaya senang berulang-alik ke sekolah. Masa tu kalau tak silap aku pun masa abang aku sudah darjah enam. Pengorbanan seorang ayah mendapatkan sebuah basikal itu tidak ternilai. Sebagai anak-anak yang tidak tahu penat lelah seorang ayah, hanya gembira kerana mendapat apa yang diidamkan.

BMX inilah pula menjadi harta warisan dari seorang abang kepada adik dan seterusnya kepada adik-adik yang lain. Masa sampai giliran warisan kepada aku, basikal itu dah pun pudar warnanya. Kadang-kadang tu sportketnya tidak lekat (“tak lekat ghata”). Kalau tak lekat ghata, senang saja diurus. Cari je batu besar, diketuknya ke tempat sportket tu kemudian boleh la kayuh. Untuk sampai ke sesebuah tempat kadang-kadang dua tiga kali berhenti mengetuk. Brek lagi dashyat, pakai tekan manggat ke tayar depan. Sampai tembus manggat jadi brek.

Kalau dulu ramai berbasikal ke sekolah. Pagi-pagi semua kayuh basikal. Ada yang lambat ke sekolah termengah-mengah mengayuh basikal supaya sampai sebelum pagar sekolah ditutup. Lama-kelamaan budaya berbasikal kian hilang. Sekarang ini, untuk melihat seorang budak sekolah kayuh basikal ke sekolah boleh dikatakan tidak ada. Semua dihantar dengan kenderaan bermotor. Kadang-kadang yang sekolah rendah pun ada yang membawa motor sendiri.

 Keseronokan dan kesusahan yang dilalui generasi terdahulu tidak lagi dapat dikecapi oleh generasi baru. Apa boleh buat sebab kita harus mengikuti arus kemodenan. Dan kesusahan yang dilalui pada zaman ini sudah berbeza dengan zaman basikal tua. Namun aku bersyukur dengan pengalaman yang aku diberi peluang untuk mengecapinya. Pengalaman hidup di masa basikal tua mengajar aku sebuah kehidupan yang tidak terdapat dalam buku pelajaran di mana-mana universiti. Inilah cerita yang akan diturunkan kepada anak cucu supaya tahu menghargai kesusahan, pengorbanan dan pengalaman agar kita tidak menjadi bongkak dan angkuh di atas dunia yang sekejap ini…


KISAH TEPAYE DEPE TANGGO

sudah menjadi kewajipan rumah melayu zaman dulu mempunyai sebuah tempayan di depan tangga. tempayan ini berfungsi untuk mengisi air untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

orang tua-tua amat marah jika naik ke rumah tanpa membasuh kaki terlebih dahulu. kenapa? kerana dahulu kerja kampung, masuk baruh bendang, jalan kaki tidak berselipar atau berkasut. segala kotoran melekat di kaki termasuklah tahi ayam moner. untuk mengelakkan gelegar rumah daripada dikotori najis, orang tua menyediakan air di hadapan rumah, biasanya depan tangga. tempayan merupakan bekas yang sesuai pada masa itu untuk mengisi air. sebab itulah tempayan diletakkan di depan tangga.
oleh kerana menjadi adat membasuh kaki sebelum naik rumah, biarpun tidak kotor orang tua tetap membasuh kakinya sebelum memijak tangga. ceduk yang dibuat daripada tempurung dicelup ke dalam tempayan, disiramnya ke kaki, ditenyeh-tenyehnya lagi kaki kanan ke kaki kiri kemudian kiri ke kaki kanan padahal kakinya tidak kotor pun sebab berselipar. ini menunjukkan kebersihan amat dititik berat dalam masyarakat melayu.
masa kecik dulu, aku tidak suka berselipar. kalau balik dari berjalan mesti cabut duri semalu yang tercucuk di tapak kaki. bila balik dari bermain, aku selalu tidak membasuh kaki terlebih dahulu. pakai main redah je naik atas rumah. kadang-kadang tengah ralit ada bau tahi ayam. cek tapak kaki memang tahi ayam. tapi dah rata berjalan atas rumah.

kalau naik ke rumah tak basuh kaki, jangan biar terserempak dengan orang tua. kalau dia tahu naik rumah tak basuh kaki, mula la dia membeliakkan mata. sebelum apa-apa baik terjun cepat-cepat ke tanah. kalu tidak pelepah kelapa pun singgah atas belakang.

tempayan kini tinggal nama. fungsinya sudah beralih daripada bekas isi air kepada bahan pameran di muzium. ataupun sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. aku teringat lagu tuan kob mengisahkan cerita baldi dengan timba. baldi dengan timba merupakan metafora kepada orang yang banyak berjasa tetapi tidak sedikit pun dihargai. jadi, aku rasa kisah tempayan depan tangga pun lebih kurang dengan baldi dengan timba…
p/s: sekarang paip depan tangga. tapi buat apa lagi paip, sebab kebanyakan orang sekarang naik ke rumah tanpa basuh kaki pun.

SOALNYA…JODOH :b

29476320432551l

Susahnya untuk berkenan di hati. Sebab mungkin kerana aku terlalu memilih budi pekerti. Atau aku terlalu berhati-hati. Biarlah apa orang nak kata begitu begini. Sebabnya aku yang memakai, orang lain apa peduli. Apa tidaknya, ini soal pasangan hidup semati. Bukan untuk seronok-seronok hiburkan hati. Bukan untuk sementara sebelum mati, untuk selagi hayat dikandung badan dan selepas badan dikandung tanah nanti.
Memilih pasangan hidup bukan seperti membeli hanset atau kuali, buang yang lama yang baru dibeli. Bukan seperti mengupah orang gaji, abis perjanjian orang baru dicari mengganti.

Kita mahu yang terasa kehilangan bila kita bersendiri, mahu yang boleh mendidik zuriat supaya dapat mendoakan roh kita suapaya dirahmati. Mahu yang bila dipandang sejuk rasa dihati…bukan yang bila bersama terasa baik aku bersendiri, bukan yang membiarkan anak tak tahu mengaji, bukan yang bila dipandang rasa timbul rasa benci.

Kalau macam itu memang aku takkan berbini. Tengok yang tu tengok yang ni, ambil letak ketepi. Sebab kita masing-masing tidak tahu hati budi. Macam la kita ni tidak ada sifat keji. Sifat keji memang ada tak boleh kita nafi. Tapi sekurang-kurangnya kita ada bini yang ada sifat terpuji. Boleh didik anak sebab kita tak reti.

srchanim

Aku tercari-cari… padahal aku bukan rasa nak berbini pun,tapi rasa ingin disayangi. Padahal Jiwa muda aku tak habis lagi. Takkan muda-muda sudah ada bini. Hilang la nikmat sebagai seorang lelaki. Nanti kena ikat kaki,susah nak pergi kesitu-sini. Susah nak lepak-lepak minum air di kedai kopi. Balik lambat sikit bini datang cari. Nak jalan-jalan pun bini nak ikut sekaki. Nak isap rokok di rumah pun bini cakap perli-perli. Yang paling sakit kalau pakai kemas-kemas nanti bini cakap nak tambah satu lagi…masa tu barulah terfikir, alangkah baiknya aku bujang lagi.

Aku tak suka bercinta tapi kahwin tak jadi. Cukuplah aku kena sekali. Buat sakit hati. Masa pilih tu memang sudah berkenan di hati. Tup-tup hujan di tengah hari. Kalau aku cakap macam nak gila buat malu kaum lelaki. Apa nak buat sudah takdir Ilahi. Redha je la biar dia pergi. Ada la hikmahnya tu ayat pujuk diri. Mungkin tuhan nak bagi yang lebih baik sebagai ganti.

Lama sudah hidup menyendiri. Terasa juga mahu sayang dan disayangi. Tapi bukan bercinta cara muda mudi. Mahu bercinta dengan isteri. Tapi susah mencari pilihan hati. Nak cari yang Kelantan sejati. Nak cari yang ustazah, walaupun kita jahil tak reti.dah la tak reti, lobey pulak sikap jadi. Mana mahu cari? Tambah-tambah di tempat orang seberang selat lintas negeri. Yang jauh-jauh orang tak bagi. Susah hendak berpergi mari. Aku pula bersemangat negeri. Aku takut jodohnya di sini…apa mahu cakap, orangnya berseri-seri…hihihi

537241637l

Kalau macam ni tak boleh jadi. Orang kata kahwin lewat ni rugi. Umur dah lanjut anak baru tumbuh gigi. Kita pencen anak baru masuk PASTI. Bila la boleh kahwin ni. Kahwin ni sunnah nabi. Mungkin belum masanya lagi. Nanti kahwin, aku ajak mu jangan tak mari…pitis ngelan tu boh dale sampul la kalu nak bui…kuikuikui…

p/s: …………..????………


JOM…MENITIR

MAJLIS MENITIR

Kehadiran bulan ramadhan mula terasa. Masyarakat suku kaum Brunei mula sibuk dengan majlis menitir. Cuti hujung minggu ini aku berkesempatan menghadiri majlis menitir di Kampung Pimping. Sebelum ini aku hanya mendegar nama sahaja apa itu menitir. Kali ini aku berpeluang bersama menitir.

bertahlil

bertahlil

Menitir ialah majlis yang diadakan sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Majlis ini biasanya diadakan pada bulan Syaaban iaitu bila hampir dengan bulan Ramadhan.

Dalam menitir diadakan tahlil dan makan. Majlis menitir seperti majlis kecil lain seperti majlis tahlil arwah. Atau boleh dikatakan juga majlis tahlil, bezanya cuma ianya diadakan sempena kehadiran Ramadhan yang semakin hampir manakala tahlil arwah sempena kematian.

 Hari ini aku pergi menitir pada waktu tengahari selepas sembahyang zohor. Ada lagi jemputan menitir pada waktu petang selepas asar dan selepas maghrib. Boleh dikatakan dalam satu hari ada dua tiga buah rumah mengadakan majlis ini. Pendek kata dalam tempoh menitir ini jimat la belanja. Ibarat kata kawan aku, bulan gantung periuk. Tak payah masak, ikut menitir je.

berdoa selepas tahlil

berdoa selepas tahlil

Majlis menitir yang aku hadiri pada hari ini, diadakan tahlil,doa kemudian terus makan. Boleh dikatakan majlis makan-makan lah. Begitulah adat masyarakat Brunei Sabah apabila hampir dengan bulan puasa. Bagi yang bujang,hanya menadah perut sepanjang bulan menitir ini…Rezeki jangan ditolak..heheh…

jom...makan...budaya Sabah tak lekang dengan sup

jom...makan...!!!

Kenapa menitir? Mungkin kerana kegembiraan orang islam yang akan menyambut bulan puasa. Aku teringat masa belajar kat matrikulasi UIA dulu, bila hampir Ramadhan, pensyarah aku dari Palestin dengan gembira menjamu kami dengan kuih arabnya kerana gembira akan menyambut bulan yang penuh rahmat dan berkat. Itu tanda kesyukuran mungkin. 

Lepas makan, dapat lagi hadiah satu seorang...

Lepas makan, dapat lagi hadiah satu seorang...


TARIAN ASYIK KELANTAN

Tarian Asyik

tarian makyung ihsan dari lokanbertepuk...sekadar hiasan

tarian makyung ihsan dari lokanbertepuk...sekadar hiasan

 Lama sudah aku tak menulis pasal kesenian Kelantan sebab dok ralit melihat adat budaya suku Brunei. Setelah membaca http://lokanbertepuk.com kepunyaan ayah mat mengenai tarian inai (pernah juga aku tulis dalam blog ni) terasa pula mahu menulis mengenai tarian asyik. Ayahmat pernah bercerita mengenai tarian ini dan juga memberi aku artikel mengenai tarian ayik ini. Ketiadaan masa menyebabkan artikel ini dilambatkan. Ada dua jenis tarian lagi yang dikatakan tarian Kelantan, iaitu tarian Payang dan tarian Wau Bulan yang belum dilampirkan dalam tulisan ini.

Tujuan tulisan ini hanyalah untuk tatapan umum mengenai kesenian yang makin pupus di Kelantan, bukan bertujuan mengungkit kembali taghut sepertimana kawan aku cakap kepada aku sewaktu aku menulis mengenai kesenian Kelantan. Katanya kalau di Mesir orang sibuk membongkar kembali kekhurafatan Firaun untuk dihidupkan kembali pada zaman ini. Tulisan ini bukan bertujuan sepertimana apa yang kawan aku cakapkan itu…adapun kesenian dibolehkan asalkan kena pada syarak. Jika tarian ini dilakukan oleh lelaki ataupun oleh perempuan tetapi hanya untuk tontonan kaum sejenisnya adalah tidak mengapa.

Mengenai tarian asyik ini, ianya merupakan salah satu tarian yang masyhur di Kelantan dan ditarikan di istana-istana ketikamana majlis besar seperti majlis upacara negeri, malam majlis berinai besar ataupun majlis perkahwinan.

Adapun asal-usul tarian ini dikatakan bermula dengan kisah seorang  raja yang kesedihan kerana kehilangan burung kesayangan baginda. Oleh kerana terlalu sayangkan burung baginda, baginda menitahkan agar satu tarian diciptakan meniru gerak-geri burung tersebut.

Kisahnya bermula dengan seorang puteri yang memerintah Patani yang pada tahun 1644. Baginda mempunyai 12 orang penari dan penyanyi istana. Baginda telah menamakan penari-penari ini dengan nama penari asyik.

Tarian ini ditarikan oleh dayang-dayang istana yang telah dilatih khas di istana. Tarian ini dimulakan dengan duduk bersimpuh dan diikuti pula oleh “Puteri Asyik” iaitu ketua tarian dengan mengangkat sembah dan barulah tarian ini dimulakan. Sebagai gambaran mungkin kita boleh tonton cerita melayu klasik di mana penari menari di hadapan raja.

Pakaian penari asyik ini sama dengan penari mokyong dengan berbaju berlengan pendek berwarna merah, bersimpang kain selendang hingga ke paras pinggang , berkain sarung dan memakai pending. Bagi Puteri Asyik pula memakai canggar pada sanggul.  

Alat muzik yang mengiringi tarian ini terdiri daripada 11 jenis gedombak asyik, rebab dan gambang. Aku sendiri sebenarnya belum pernah lihat bagaimana bentuk tarian ini. Untuk perkara lebih lanjut anda boleh rujuk kepada yang pakar. Kata Arjunasukma…tulis dulu, hok saloh tu lah ilmu.


DIKIR NYAKIT BABI

Pakai topeng keselamatan..

Pakai topeng keselamatan..

Geger alek hulu alek ilir…

Babi masuk kapong…

Abih punoh jane, ubi kayu,jagung,pise Takdok tingga sepohon kayu

 

 Maso dulu, babi di kapong,

 Bederu-deru, pakat gi likong

Bawak kayu, pakat pekong

Abih layu, anoklah jagong

Babi lalu, sodok nga hidong

 

Babi jame loni soho dio pado artih

 Tubik tibi ari-ari tok kiro jumaat kamih

 Situ mati sini mati buke keno nyakit kudih

 Tapi keno nyakit babi abis ubat abih pitih

 Wak gi spita jange lari kalu deme panah pedih

 

Kalu nok make basuh tange bia cuci

Kalu tubik jale paka topeng naknak ari

 Takut jakit kume-kume baik cegoh awal lagi

 Dan dio make tule tubuh segar jadi lali

 Keno bringat pagi pete mugo rama doh mati

 

Penyakit dari babi, sungguh bahayo

Sakit sendi-sendi, idung berair sokmo

Doktor jamoh cek dahi, dio kato selsemo

Tok dan dua hari, dengar kaba meninggal dunio

 

Ambo tolong oyak, jange bui dan keno

Tak dok lagi obak, akar kayu tok guno

Tok teri buko silak (silat), pon reboh nungging nyo

Mitok bia sehak(sihat), samo-samo kito doa…


SENI SILAT MELAYU

arjuna membusur panah- ihsan dari lokanbertepuk.com

arjuna membusur panah- ihsan dari lokanbertepuk.com

Seni silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang Bangsa Melayu yang kini kian ditelan zaman. Silat begitu sebati dengan kaum melayu di seantero kepulauan melayu terutama Malaysia dan Indonesia. Jika kita selidik, terdapat berpuluh-puluh jenis silat yang terdapat di tanah melayu ini, bahkan mungkin beratus jenis silat.

Silat merupakan sejenis tarian atau gerakan mempertahankan diri ataupun tarian perang. Pergerakan tari silat yang lembut tersirat pukulan-pukulan maut dan gerakan menepis atau mengunci musuh. Jika dilihat dengan mata kasar kita tidak Nampak apakah maksud di sebalik gerakan tari silat tersebut. Bahkan ada yang memandang rendah terhadap kemampuan silat dalam seni mempertahankan diri kerana dianggap lembik dan tidak glamour. Aku pun dulu pernah berkata belajar boxing lebih baik daripada belajar silat. Buat apa belajar silat dengan tari-tari yang tidak dapat digunakan ketika berlawan. Masa berlawan, takkanlah nak bernari lagi…itulah sinis daripada orang-orang yang tidak tahu nilai seni silat termasuk aku. Boxing lebih baik sebab Nampak pukulannya dengan jelas, dengan hayunan penyepak yang bisa menjatuhkan lawan dan siku yang boleh membelah tempurung kepala musuh. Tari boxing atau langkah sembah kelihatan lebih  gagah dan megah sesuai dengan jiwa aku yang suka lasak heheh…itulah menyebabkan kurangnya minat aku terhadap silat.

Rupa-rupanya aku silap…silap menilai pusaka yang telah banyak membunuh musuh, menghalau penjajah, mempertahankan negeri. Apakah senjata yang digunakan datuk nenek kita sewaktu melawan penjajah kalau bukan dengan silat. Walaupun berparang, berkeris atau bersenjata lain, silatlah yang menjadi tonggak menghunus senjata-senjata tersebut. Keadaan berlawan pada zaman dulu adalah dalam jarak dekat, oleh itu tidak dapat lari dari silat kerana kita tahu seni mempertahankan diri melayu adalah silat. Silat adalah seni mempertahankan maruah tertua bagi bangsa melayu. Keris pula merupakan senjata yang sinonim dengan silat, dan lambang bagi bangsa melayu. Itulah sebab lambang UMNO adalah keris.

Dalam kelembutan ada ketangkasan, dalam ketangkasan ada pukulan, Dalam tarian terkandung seribu jurus, itulah kehebatan silat. Pun begitu, silat hanyalah ilmu untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sendiri. Gerakan silat yang lemah lembut menunjukkan kelembutan orang melayu yang sinonim dengan bangsa melayu yang sopan-santun hatta dalam bertempur sekalipun. Silat yang aku maksudkan disini ialah silat yang asli atau kampung. Ini kerana silat cekak tidak banyak tari bahkan hampir tiada. Ianya lebih menumpukan kepada ketangkasan.

Biarpun begitu, segelintir sahaja yang minat dengan ilmu silat. Generasi muda sekarang didedahkan dengan ilmu mempertahankan diri seperti taekwon-do, karate, judo dan sebagainya yang Nampak gah berbanding silat melayu. Seolah-olah silat melayu tidak begitu bernilai ataupun tidak dapat menyaingi kehebatan ilmu mempertahankan diri lain. Apakah ini kerana ketiadaan guru-guru silat yang membuka kelas atau darjat silat yang dianggap kekampungan menyebabkan tiada selera anak muda dengan silat…?

Jika menyelusuri sejarah silam, alangkah beruntungnya kita kerana dapat mewarisi ilmu ini. Bukan kerana kemegahan atau keegoan, tetapi kerana betapa besarnya nilai sesebuah ilmu persilatan itu. Pada masa aku kecil, aku hanya dapat mendengar namanya sahaja. Silat yang berbentuk kebatinan ataupun tidak. Sebagai contoh “silat tapak suci, silat selendang putih, silat Helang putih, silat buaya putih, silat gerak, silat sendeng, silat makrifat, dan banyak lagi nama-nama silat melayu yang kian dilupakan. Aku juga diceritakan ketika tercetusnya pergaduhan kaum di Malaysia, ada sejenis silat yang mempertahankan kaum melayu.

Adapun silat berbentuk kebatinan amatlah rumit untuk mempelajarinya. Ini kerana kesilapan amalan boleh memberikan kesan buruk kepada pengamalnya. Inilah mungkin penyebab ketiadaan orang mahu meneruskan ilmu ini. Silat batin ini, menurut cerita-cerita orang tua, pokok kelapa boleh tumbang hanya dengan menolak angin sahaja. Musuh boleh terpelanting hanya dengan menghembus nafas dan boleh berdiri di atas daun pisang. Amalan-amalannya adalah berbentuk zikir-zikir kepada Allah mengamalkan zikir nama-nama Allah dan sebagainya.

Manakala silat yang tidak berbentuk kebatinan ini tidaklah rumit untuk mempelajarinya. Tidak perlu kepada mengamalkan ayat-ayat tertentu dan sesuai dipelajari semua golongan. Pun begitu, masih ada ayat-ayat yang dijadikan sebagai pendinding atau amalan dalam silat tertentu.

Gerakan-gerakan tari silat adalah berbeza antara satu sama lain. Tari-tari itu sebenarnya adalah teknik serangan atau menangkis yang digayakan dalam bentuk tari. Yang aku masih tertanya-tanya ialah silat tari atau silat jatuh, apakah ianya adalah silat perang atau sekadar untuk persembahan? Kena Tanya arjunasukma la orang ssoho lakoh pat tapey.

 

Satu misteri dalam silat ialah muzik. Tiupan serunai dan gendang merupakan “hantu” yang boleh merasuk seseorang pesilat. Jika muzik silat dimainkan, pesilat akan “naik serbu” kemahuan dalaman menolak-nolak menyuruh membuka sembah memula pencaknya. Inilah yang dikatakan “ANGIN” silat sepertimana angin makyung, angin dikir,dan angin teri. Itulah misteri yang belum terungkai pada pemikiran aku. Biarpun enyakit angin ini pernah dikatakan oleh Pak Mat Lokan Bertepuk dalam blognya lokanbertepuk.com. Aku pernah belajar silat tongkat, ketika majlis perlimau aku terasa jari aku dipukul…sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa tidak sakit??. Adakah kerana terlalu bersemangat ketika berada dalam “bong” ataupun semangat “bong” yang menguasai ketika itu??angin aku angin tohor jah…

Satu lagi ialah mengenai adat perlimau silat. Menjadi adat sebelum anak murid beraksi dalam gelanggang, disembelih ayam jantan setiap orang seekor ayam. Setelah disembelih, ayam tadi dicampak ke dalam sebuah lubang. Aku dengar cerita kononnya jika ayam tadi tidak keluar dari lubang tersebut, mungkin murid itu boleh jadi guru. Ayam aku mati dalam lubang…heheh…peralatan lain ialah benang mentah dan duit sen untuk dijadikan pengeras kepada tok guru. Tokguru aku berkata, ini hanyalah sebagai adat dalam perlimau. Benda-benda karut dalam majlis ini tiada. Kalu dulu, dengarnya ada menggantung benang hitam di bangsal perliamau dan ditanam lilin di setiap penjuru  empat tapan. Wallahu a’alam lah…aku tidak pernah nampak benda-benda sebegitu sepanjang hidup aku. Yang paling penting dalam majlis perlimau ialah pulut semangat…hmmm…kenapalah ye orang panggil pulut semangat?

Sehebat dan sekuat silat yang pernah menyanjung nama bangsa Melayu pada kurun terdahulu, adakah masih kuat untuk melawan arus abad kini. Bangsa Melayulah yang harus mempertahankannya, sebagaimana silat pernah mempertahankan bangsa melayu dahulu. Takkan hilang Melayu di dunia…melayu akan hilang jika identiti melayu ini hilang…


MENGUAL BADUK

Beduk di Masjid Kg Brunei - tak leh ambik muka depan sebab masa tu nak gi joging malas buka kasut

Beduk di Masjid Kg Brunei - tak leh ambik muka depan sebab masa tu nak gi joging malas buka kasut

BEDUK

“Baduk” dalam bahasa Brunei ataupun “beduk” dalam bahasa Melayu manakala dalam logaht Kelantan dipaggil “GEDUK” merupakan sejenis gendang yang diletakkan di masjid-masjid pada zaman dahulu. Beduk ini bertujuan untuk memanggil orang bersembahyang. Aku cerita pasal beduk ni sebab dekat-dekat puasa ni ramai orang ke masjid. Tersenyum pak imam tengok saf-saf dipenuhi. Seliparnya hilang selepas solat pun tidak mengapa asalkan saf dalam masjid penuh heheh…

Aku tidak berkesempatan dengan beduk ini. Tapi aku masih sempat melihat beduk di surau kampung aku pada masa itu sudah pecah dan tidak digunakan lagi. Besarnya sederhana sahaja berwarna kelabu menunjukkan usia yang sudah usang ditambah lagi dengan kulit gendangnya yang pecah.

Kalau dulu, beduk ini dipukul bagi menandakan masuk waktu solat dan tanda ada kematian di kampung. Ianya ada bunyi tersendiri bagi menandakan masuk waktu solat…Bunyinya dari kuat semakin perlahan. Pemalunya berbentuk seperti mancis atai pemalu gong. DUK……DUK…..DUK…DUK..DUK..DUK.DUK.DUK..diketuk beberapa kali. Manakala bunyi jikalau ada kematian aku tidak pernah dengar, tapi ada orang cakap bunyinya lain dari masuk waktu solat.

Beduk adalah jauh berbeza peranannya dengan alat muzik yang lain. Biarpun dalam kategori gendang, tetapi peranannya bukan untuk melagukan muzik. Dan ianya bukan alat muzik. Peranan beduk sudah hilang semenjak kedatangan mikrofon. Di sini aku berpeluang masih melihat rupa beduk di masjid. Saiznya agak besar dan diletakkan di atas kekuda khas. Di kampung aku dulu cuma disangkut pada alang beranda surau. Biarpun tidak digunakan, ianya dijadikan hiasan di masjid, dan untuk tatapan umum generasi akan datang.

Sudut pandangan bawah beduk. Agak-agak kayu apakah ini? Nak kata nibong besat sangat...

Sudut pandangan bawah beduk. Agak-agak kayu apakah ini? Nak kata nibong besat sangat...

Beduk ini dibuat daripada batang kayu yang ditebuk terus seperti paip. Jadi lubang permukaan atas bersambung terus dengan yang di bawah. Manakala permukaannya yang di atas ditutup dengan kulit lembu atau kerbau kerana permukaannya agak besar. Di bawah pula dibiarkan terbuka bagi mengeluarkan bunyi. Asasnya adalah seperti pembuatan gendang biasa. Bentuk beduk sama seperti “konggo” tetapi ianya besar berkali ganda dan kedudukannya berbaring.

Itulah kenangan beduk. Teringat lagu raya lama…”dengar..beduk berbunyi…”

Beduk digantung di atas beranda surau

Beduk digantung di atas beranda surau


TRAWIH MASA KECIK

TERAWIH MASA BUDAK

IMG_0126

Seronok…itulah yang dapat digambarkan suasana berpuasa masa zaman budak-budak dulu. Malam pengishtiharan puasa semua pakat tunggu pengumuman dalam radio. Dulu tv takde kat rumah. Bila diistiharkan puasa esok hari atau lusa hari, terasa keseronokan dalam hati. Dalam kepala dok Nampak terawih la.

Terawih masa budak suka sangat. Masa tu jalan ramai-ramai pergi ke surau/balasoh. Sampai surau ikut sembahyang. Ramai budak-budak sebaya itulah yang menyeronokkan. Bila orang mula terawih, mula lah bunyi kat belakang budak-budak dok ketawa. Kadang-kadang bunyi tudung periuk ketung ketang kat belakang. Rupa-rupanya jemaah kecik ni dok cek moreh apa malam ni. Kalau akok, atau yang sedap-sedap, tunggu sampai abis terawih. Kalau tak pun bantai dulu sebelum orang abis terawih.

Satu lagi yang sukanya bila selawat diantara terawih. Budak-budak la yang paling kuat teriak…sollolloh…wasallama alaiih…!!! Di’alok’ pula oleh orang tua. Orang tua suka kalau selawat kuat-kuat. Dia la yang buat kepala, kami sambut.

Bila hari-hari terakhir terawih, datang surau nak main mercun. Di surau kawan ramai berkumpul. Orang dok terawih, kita dok atas jalan main mercun. Masa tu mercun ketupat takde lagi. Yang ada mercun cina yang merah. Bila dah ada yang ketupat, ada saja makmum terkejut tengah sembahyang sebab dilemparnya mercun dekat surau. Mengeluh orang tua…nasib baik tidak bersilat masa sembahyang.

Makin lama bila besar, aku dapati kemeriahan itu semakin hilang. Budak-budak sekarang jarang ke masjid atau surau. Walaupun datang nak bersuka-suka dengan kawan pun dah takde. Kemana menghilang si kecil ini. Apakah masa kecil mereka telah diragut oleh ceritera yang dihidang dalam kotak tv atau ada padang permainan lain yang lebih menyeronokkan. Surau yang dulunya diserikan ketawa anak-anak tidak baligh kini hanya terdengar suara longlai si bongkok tiga membisikkan selawat. Tiada sudah orang yang mahu di ‘alak’ si tua ini. Alangkah sunyinya surau ini sesunyi hati si tua melihat makmum sebayanya.

Gelegar usang surau kayu kini makin dimakan bubuk. mungkin akan roboh bersama. Akan datangkah anak-anak kecil tadi memangku tiang-tiang surau yang semakin uzur bagi meneruskan tradisi hasanah dari si tua ini. Ataupun menunggu roboh bersama kayu long si tua yang kian reput  berkubur.

Terawih silih berganti…jemaahnya masih menanti…si tua yang pergi tiada mengganti…

Ibu-ibu, bapak-bapak, semua yang ada di sini, ajarlah anak-anak kita mencium tikar sejadah surau atau masjid walau sekadar dua waktu magrib dan isya’. Kelak yang mendoakan kita permata inilah. Ajarlah mereka kenal erti terbit fajar, gelincir matahari, bayang memanjang, terbenam matahari sehinggalah hilang  merah di ufuk…kerana terputusnya amalan anak adam kecuali daripada lima perkara…


PUASA DI MAKTAB

IPGM Gaya tika pelangi petang

IPGM Gaya tika pelangi petang

fenomena hampir magrib di kolej

fenomena hampir magrib di kolej

alif,mim,nun,wau...alif tendang wau...sarkis!!

alif,mim,nun,wau...alif tendang wau...sarkis!!

kelas orang buta ke ni

kelas orang buta ke ni

rehat santai xde pensyarah

rehat santai xde pensyarah

juadah berbuka.onde-onde sabah.dua kali ganda lebih besar dari onde-onde klate

juadah berbuka.onde-onde sabah.dua kali ganda lebih besar dari onde-onde klate

Seminggu cuti sekolah, aku berada di maktab. Hari pertama puasa bertolak dari Membakut dengan motor EX5 pagi-pagi lepas subuh.Hari kedua puasa dah mula kelas. Dari pukul 7.30 pagi sampai 5 petang. Penat otak bah, hari-hari macam tu. Nasib baik kelas sampai hari rabu je. Syiok berpuasa di maktab sebab kawan-kawan dari seluruh pelusuk Sabah berkumpul. Dapat juga aku makan onde-onde walaupun di Sabah. Bezanya cuma saiz onde-onde sabah agak besar. Rasa sama ja. Buleh gak rasa kuih Kelantan walau di Sabah.


KEK TERBAKAR…

Entah kenapa arini tiba-tiba rasa nak buat kek. Kebetulan ada marjerin dalam peti ais aku pun terus ke kedai cari baking powder,telur dan tepung. Sampai rumah terus je bantai marjerin dengan gula. Dalam ingat-ingat lupa resipi buat kek aku bantai buat je. Untuk memastikan resipi aku, aku mesej adik aku sukatan yang betul. Dia pun tak pasti…ah…bantai je la…

Ketung-ketang, ketung-ketang siap la adunan kek aku. Yang sadisnya rumah bujang mana ada oven…apalagi pakai taruk masuk dalam periuk nasi, masak atas dapur gas. Aku ingat masa aku kecik-kecik dulu kakak aku masak dalam periuk nasi gak.

Jeng,jeng,jeng…tak sampai beberapa minit bau semerbak ha…ha…hangit hehe…akhirnya aku dapat makan kek. Ada perasa tambahan sikit….rasa hangit…hehe

bagaikan bersalut coklat hehe

bagaikan bersalut coklat hehe

macam sedap

macam sedap

wow...mmm...

wow...mmm...


MERDEKA BANGSAKU

IMG_0010

Burung-burung merdeka

Berlegar-legar di awan

Gembira

Melebar sayap berkata

Aku bebas, aku bebas

Cicipan keriangan

Sorakan kebebasan

Bertingkah-tingkah

Langit bagai mahu pecah

Kala senja mula merah

Burung-burung merdeka mula risau

Mencari sangkar di manakah pintu

Takut dimarahi tuannya

Bimbang dicatu padinya

Keringlah bejana airnya

Inilah burung merdeka

Hatinya masih pada sangkar


PITIH SAMAH

Mari kita belajar mengira duit dalam loghat kelantan…

PPULOH SENG

IMG_0015

DUO PLESENG

IMG_0025

TIGO PLESENG

 

IMG_0022

 

PAT PLESENG

IMG_0023

SAMAH (50 sen)

IMG_0017

DUO AMAH (dua kali samah/2x50sen)  a.k.a SEGHIA

IMG_0018

TIGO AMAH (tiga kali samah/3x50sen)a.k.a SEGHIA STENGOH

IMG_0020

 DUO GHIYA

IMG_0024

seterusnya….biasanya perkataan “amah” sampai setakat “tiga amah” sahaja. selepas itu kembali kepada “ghiya”. Istilah “duo amah”dan “tigo amah pun sudah jarang digunakan. Istilah “samah” masih bertahan biarpun “limo plesen” sudah meluas penggunaannya.

Kena ingat….!!

PITIH ialah DUIT..

DUIT SYILING ialah PITIH SKELENG

DUIT BAKI dipanggil NYUCO

 

IMG_0014

pembetulan: duo amah tidak digunakan.kalau ada digunakan itu sekadar main-main sahaja.
DAN INGATLAH: SETIAP DAGING YANG TUMBUH DARI SUMBER YANG HARAM, MAKA NERAKALAH SELAYAK BAGINYA…

RMT vs Ramadhan

IMG_0100

Di bulan Ramadhan ini…Ustaz Fadhli beritahu aku sekolahnya dapat pekeliling supaya Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan juga di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada fikiranku…mugkin sebab sekolahnya tidak ramai yang muslim.

Esoknya…

aku: cikgu,ada ka pekeliling supaya RMT diteruskan sepanjang bulan puasa ni?

PK: ishh…mana da…

aku: tapi sekolah kawan saya dapat pekeliling tu…

PK: ishhh…jaganla ustat…mana buleh…ish…nda mau eh…budak-budak puasa…

lusanya….

murid: ustat,lepas ni ambil makanan ka?

aku: hum….(sebab aku tak tahu makanan apa yang dimaksudkan)

lepas abis kelas ramai berkumpul di kantin mengambil ‘tapau’ yang dibahagikan oleh pentabiran kantin…aku hairan??

IMG_0007

tulatnya….

PK: iya la ustat….ada pekeliling tu…

PEKELILING….kenapa ya? Kenapa pekeliling itu minta supaya RMT diteruskan juga dalam bulan Ramadhan?Dengar-dengar cerita seluruh sekolah lagi tu… sepatutnya hormat la bulan Ramadhan ni.Budak-budak yang baru mula belajar puasa sudah tergugat imannya.Biarpun di’tapau’, tunggu waktu berbuka,budak sekolah tetap BUDAK!!orang tua pun tak sampai waktu maghrib!!

Demi 1 malaysia kah? nak hormat hak bukan muslim,bulan mulia dicabul kehormatan?cikgu dok ajar murid supaya berpuasa,bila tengahari budak diberi makanan…bolehkah budak bertahan??

sanggupa: Ajarlah anak-anak mu bersolat apabila berumur 7 tahun…


Membakut Old Town

PAGI-PAGI DI TAMU PEKAN LAMA MEMBAKUT

 
Arini UPSR hari kedua. Tiada kelas, jadi ikut cikgu Rahman dan cikgu Kassim ke Tamu Pekan Lama. Walaupun beberapa langkah dari rumah aku,tidak pernah aku ke tamu ni sebab tamu ni pada waktu kerja hari rabu. Hari berpeluang juga akhirnya…pukul 7.30 pagi lagi bertamu di pekan lama…nama ja pukul tujuh pagi,cuacanya macam pukul 8 pagi…di Sabah ni awal hampir 1 jam daripada Semenanjung.
katanya zaman penjajah lagi bangunan ni
katanya zaman penjajah lagi bangunan ni
klasik..

klasik..

Membakut Old Town
Membakut Old Town
bundle di tamu pekan lama

bundle di tamu pekan lama

 

syiok memilih seluar jeans

syiok memilih seluar jeans

nampak lusuh tapi harganya...

nampak lusuh tapi harganya...

Pekan lama Membakut berhampiran dengan stesen keretapi. Walaupun ada pekan baru, pekan lama tidak sunyi. Di sinilah tempat menunggu “ben” ke KK. Orang tua-tua dulu panggil pekan ni dengan nama “bua”..”mau ka bua”…bua ataupun buah dalam bahasa stendetnya. Dulu sini la tempat orang kampung longgok buah. Betul ke tidak cerita aku ni,aku dengar cerita orang ja ni pun hehe…

Bangunannya masih dari kayu. Katanya zaman penjajah lagi ni. Klasik gitu…


FENOMENA AZAN

Masjid Beaufort, Sabah

Masjid Beaufort, Sabah

Sesudah berterawih aku balik ke rumah. Teringat kat kampung, aku telefon. Telefon bersambut oleh ayah aku. “ayah nak gi balasoh ni…baru azan”.

“baru masuk isya’? hehe…sini dah abis terawih pun. Tapi buat lapan jah hehehe…” aku balas.

Di Sabah ni waktu berbuka awal…dalam 6.30 lebih kurang dah masuk waktu maghrib. Waktu Isya’ lebih kurang dalam pukul 7.30 lah…Orang kata seronok la di Sabah berbuka awal. Padahal sama je jarak waktu seharian. Waktu imsak dalam pukul 4.45 kemudian Subuh hampir-hampir pukul 5 pagi. Yang seronoknya ialah masuk sekolah pukul 7.10 sama dengan Semenanjung. Kalau kira pukul 7.10 tu mataharinya macam pukul 8.10 pagi dah. Sempat lagi la tido sekejap lepas Subuh sementara tunggu pukul 7  hehe…

Ini mengingatkan aku kepada satu video yang aku tonton dan risalah yang aku terbaca di masjid…iaitu fenomena azan yang tidak putus-putus dan sentiasa bersahutan di atas dunia ini. Azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia bermula dengan azan Subuh sehingga Subuh esoknya tidak putus-putus. Beza masa diantara benua ke benua, negara ke negara, negeri ke negeri sehingga daerah menyebabkan azan sentiasa dilaungkan.

Itulah percaturan yang telah diaturkan oleh satu kuasa yang tiada tandingnya yang menciptakan alam ini iaitu Allahu Jalla jalaalah. Beritahu kawan aku, kiamat itu akan berlaku sekiranya laungan azan berhenti di muka bumi ini kerana kiamat tidak akan berlaku selagi orang mukmin masih mendiami alam ini…

sanggupa: Masihkah lagi kamu mencari tuhan selain Allah…?


E’ID MUBARAK

kad-raya 

SELAMAT HARI RAYA DAN MOHON KEMAAFAN KESILAPAN YANG TERLIHAT ATAU TERSEMBUNYI DARI SEBERANG SAMUDRA KEPADA KELUARGA, SAUDARA MARA,SAHABAT HANDAI,JIRAN TETANGGA DAN SELURUH YANG MENGENALI KAMI DARIPADA:
ust. fadhly
ust. fadhly

sanggupa a.k.a mark lee
sanggupa a.k.a mark lee

sanggupa: hari raya merupakan hari kemenangan.bergembiralah…


YANG BANAR

BANAR BAH..awu banar… wahh…aku selalu mengajuk ayat-ayat bahasa Brunei kerana sesekali seronok untuk disebut. Walaupun sebutan aku terbabas dari landasan sebutan yang betul. Banar, yang sabanarnya ialah benar. Perkataan “banar” ini membuatkan aku menyelongkar peti bahasa Kelantan dalam kepala aku.

Banar atau sebutannya “bana” jika dituturkan di negeri Kelantan ialah kata ganda(betul ke kata ganda) kepada perkataan “ssinar” atau “sinar” yang bermaksud “bercahaya”. Biasanya “banar” digandakan dengan perkataan “ssinar”. Contohnya: “ssinar banar” iaitu sinar yang berkilau. Contohnya kepala yang botak licin juga selalu diejek dengan “sina bana”.

teringat lagi pantun dua kerat masa kecik dulu:

“seh robbana,palo tokseh ssina bana.

pesanan: anda dinasihatkan tidak meniru pantun ini dirumah atau di khalayak.

Dan satu lagi, “benar” ataupun “bena” dalam sebutan Kelantan membawa aku ke dapur…mencari perkataan “bena” iaitu “lada bena” dan “minyak bena”. Lada bena kalau tak silap aku ialah lada hitam manakala “minyak bena” ialah minyak masak …

di Kelantan, itulah yang benar hahah…lama sudah aku tidak mendengar istilah-istilah ini.  Bila la boleh aku menetap kembali di negeri tercinta itu…

sanggupa: katalah yang benar walaupun pahit. katalah “bana” kalau bersinar hahaha


raya ke lapan belas

Tengah aku rehat-rehat melayan facebook, tiba-tiba Zairi datang memberi salam…”mat, anak murid mu mari..”

“betul ka?” Aku tanya si Zairi untuk kepastian sebab waktu kelas tasmik tadi aku sudah diberitahu yang mereka mahu datang beraya.

“betul la…ni ada depan rumah”

“alamak..jangan la mu buka pintu. Aku sengaja tutup pintu dari tadi lagi mu pulak datang buka pintu.”

“abis tu aku mau cakap apa? cakap mu tiada la…” Zairi serba salah. Aku terus masuk bilik pakai baju. Dari bilik aku dengar Zairi membuat helah..”ustat mat tiada…” kesian si Zairi terpaksa menipu. Aku tak suruh pun dia tipu hahah…

Zairi membawa budak-budak tadi ke rumah dia. Lagipun budak-budak ni biasa dengan Zairi. Bila diorang diam di rumah Zairi barulah aku keluar ke rumah Zairi. Bersorak budak-budak aku datang. Tapi awal-awal lagi aku bagitahu tiada duit raya haha…

pelajar tahun enam

pelajar tahun enam

Lepas budak-budak ni balik, aku sambung main internet. Baru duduk sekejap, terdengar dari luar suara Zairi..”rumah ustat mat sini. Tu na rumah dia!!” Sekejap saja penuh rumah aku dengan tsunami kedua anak-anak murid. Mula la aku kalut buat air…kebetulan pula ais tiada, terpaksa la aku keluar membeli. Si Zairi ketawa…”tadi rumah aku, sekarang rumah mu hahha…baru tau haha…mu gi beli ais aku layan budak.”

kesian..terpaksa kongsi cawan

kesian..terpaksa kongsi cawan

Aku ingatkan raya sudah habis, rupa-rupanya bagi budak-budak ni raya belum tamat selagi kalendar tertulis SYAWAL…Walaubagaimanapun tetamu yang datang penuh dengan rahmat dan keberkatan…

sanggupa: yang tua dihormati, yang muda dikasihani….


BANGANG PENING

Isa Samad dicalonkan untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang? Tahniah

Berkatalah si Mamak Bendahara dalam berita…”calon TERbaik…”

hmmm…rasanya Dato ni pernah kena gantung sampai 3 tahun kerana rasuah…

tapi dia lah calon terbaik untuk Bagan Pinang. Calon yang rasuah adalah yang terbaik…agaknya la berapa kerat pemimpin BN yang baik…?

Moga-moga dah insaf. Hati manusia siapa tahu…Moga menjadi calon terbaik…

Doakan kemenangan Parti Islam Semalaysia….

 

sanggupa: Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya…yang menyokong??wallahu a’alam…


Ustat besigup…?

IMG_0089

Dengan penuh keyakinan aku mengajar murid tahun satu mengenai pemahaman surah Al-Fatihah secara umum. Dengan menggunakan teknik menyoal bagi mewujudkan suasana penmbelajaran yang berkesan disamping mewujudkan hubungan dua hala antara guru dengan murid, aku menghuraikan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Kemudian beralih kepada sifat-sifat Allah dan seterusnya larangan Allah.
Teknik soal jawab aku cukup berkesan. Sebaik sahaja masuk tajuk larangan Allah aku bertanya:
“Siapa tahu apa perkara yang dilarang oleh Allah?”
Spontan lepas habis soalan murid-murid menjawab….”BERSIGUP ustat…” Kelu aku sekejap…Tiada jawapan dalam benak aku..
Aku cuba mengalih jawapan murid-murid dengan mengulangi soalan yang sama…akan tetapi jawapan tetap sama” BERSIGUP USTAT..” sekali lagi aku mati akal.Hanya senyuman penuh makna…maknanya aku terkena huhu..
“bah, ustat besigup?…aaa…ustat besigup…hehe” tanya murid yang betul-betul di depan aku.”boleh ka besigup ustat..?”
dengan perlahan sambil menunduk aku menjawab…”budak-budak nda buleh…”huhu…

Usai kelas pekena lagi sebatang tiga sigup…heheh

p/s: besigup=merokok.

sanggupa: Besar kemurkaan Allah bagi yang bercakap apa yang dia tidak buat…


Allah itu pokok?

“ustaz, Allah itu pokok?” Tanya muridku yang berumur 7 tahun tatkala melihat aku melukiskan sebatang pokok yang mempunyai mata.

“bukan. ..Allah bukan pokok..” aku menjawab. Belum sempat aku jelaskan, pelajar tersebut terus kembali ke tempat duduknya menyambung kerja yang ditugaskan. Keadaan yang masing-masing sibuk dengan kerja yang ditugaskan tidak mengizinkan aku untuk memberi penjelasan. Semoga anak itu faham siapa itu Allah…

Begitulah fitrah manusia yang mempunyai perasaan ingin tahu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam benaknya yang memerlukan bimbingan yang betul. Di usia sebegini mereka cuba mendapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin. Inilah yang dikatakan pembelajaran dari kehidupan dan seterusnya membuatkan kita matang.

Begitulah juga nabi Ibrahim tikamana baginda masih kanak-kanak. Baginda Mencari jawapan bagi persoalan yang amat besar yang tercatit dalam al-quran. Alhamdulillah kita dilahirkan dalam ISLAM dan diberi peluang untuk belajar tentang iman dan Semoga diakhirkan hayat kita semua dalam ISLAM.

sanggupa: renungilah ciptaan Allah, jangan kamu fikir akan zat Allah…maka kamu akan binasa..maha suci Allah yang tidak serupa dengan makhluk.


AWANG dan AWE

sudut bahasa kali ini membawakan perbezaan panggilan di antara orang Kelantan dan Brunei.

perkataan “awang” (lelaki) dan “dayang” (permpuan) dalam bahasa Brunei merupakan kata ganti nama kedua bagi kanak-kanak yang biasanya tidak diketahui nama. Dalam singkatan panggilan tersebut hanya disebut “wang” dan “yang”.

dalam masyarakat Kelantan pula perkataan “awe”(lelaki)  dan “mek” (perempuan).

contoh penggunaan ayat:

“awe maghi mmano?” dan “mek anok sapo?”

“darimana wang?” dan “mau kemana yang?” (kalau ada silap tolong betulkan).

sanggupa: rumpun melayu yang sama. ..


KISAH KASIH SAYANG

Saja nak kongsi cerita ni…..cerita aku dapat daripada e-mel Taman2Syurga@yahoogroup. Pembaca yang berjiwa sentimental dinasihatkan menyediakan tisu ketika membaca kisah ini..selamat membaca…….

32304508img8110rainbowl

Subject : kisah kasih sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu  hari,  untuk  mendapatkan  sehelai  sapu  tangan  yang menjadi  keperluan  anak  gadis  ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berduaDia  meminta  aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah  puas  melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

“Kamu  sudah  mula  belajar  mencuri  di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam  itu,  emak  dan  aku tak lepas-lepas mendakap adik.

Belakangnya  yang  berbirat  dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.

Namun

adik cukup  tabah.  Setitis  pun  air  matanya  tidak  mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat  keadaan  itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik  segera  menutup  mulutku  dengan  kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di  ruang  tamu.  Aku  terdengar ayah  berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…. sebuah  penampar  singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang  lelaki  kena  bersekolah.  Kalau tak, dia takkan dapat membawa  keluarganya  keluar  daripada  kemiskinan,”  aku  memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada  siapa  yang  menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.

Dia  membawa  bersamanya  beberapa  helai  baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin  tempat  dia  lelapkan  mata,  terdapat  sehelai  kertas yang tercatat…. .

“Kak…untuk  dapat  peluang  ke  universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa  lagi  yang  saya  tahu  selain meraung. Ayah termenung, jelas dia  cukup  kecewa.  Begitu  juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu  petang  ketika  berehat  di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa  aku  keluar  bilik.  Dari  jauh  aku nampak adik berdiri  dengan  pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil  tersenyum  dia  menjawab,  “Akak lihatlah pakaian adik ni.

Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup  tersentuh.  Tanpa  sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam  suara  antara  dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia  mengenakan  pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku.  Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik  kamu  yang  bersihkan.  Dia  pulang  kelmarin.  Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak  tahu,  semasa  bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan  serpihan  simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau  adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik  takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,  juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab,  “Selain  emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke  sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai  kasut  sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.  Dia  berjalan  dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “

“Sejak  itulah  saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa  saja  demi  kebahagiaan  kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita,  aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

 


LIRIK DIKIR

KALAU DULU HAMBA LEPAS TENSION DENGAN BERDIKIR BARAT. KALI NI HAMBA LEPAS TENSION DENGAN BUAT LIRIK DIKIR BARAT PULAK. SESIAPA MAU AMBIK LAGU NI BULEH TANPA MINTA KEBENARAN…LAGU NI ADALAH HASIL CIPTAAN HAMBA SENDIRI BERDASARKAN SURAH AL-ASR.KALO ADA SALAH TOLONG BAGITAU HAMBA. HAMBA JUGA MANUSIA…

hambo buat lirik ni atas rentak lagu dinyanyikan mat over ataupun lagu dikir bertajuk beruk(kecik-kecik orghe pangil beghuk,besa sikit anok beghuk..). lagu dikir ni lagu semua sama cuma tukar lirik jer.

 WAL ASRI

DEMI MASO MANUSIO RUGI

DOK WAK DOSO HARI-HARI

NGUPAT NGATO KEJI MAKI

 SAPA LUPO DIRI SEDIRI

DUDUK RASO ILMU TINGGI

 BULEH DOSO FREE-FREE

 

KECUALI ORE HOK ADO IME

DOK NGAJI BALASOH SIE MALE

 CARI REZKI TAPI TIDOK LUPO TUHE

 TIME NGAJI DIO NGAJI TIME SEMAYE DIO SMAYE

 

DEMI MASO MANUSIO RUGI

DOK WAK DOSO HARI-HARI

NGUPAT NGATO KEJI MAKI

SAPA LUPO DIRI SEDIRI

 DUDUK RASO ILMU TINGGI

BULEH DOSO FREE-FREE

 

SO LAGI GOLONGE HOK SELAMAT

 HARI HARI DUDUK PESE BUI NASIHAT

MARI-MARI PAKAT TINGGAL BENDO JAHAT

HARI NI BENDO BAIK KITO BUAT

 

DEMI MASO MANUSIO RUGI

 DOK WAK DOSO HARI-HARI

NGUPAT NGATO KEJI MAKI

 SAPA LUPO DIRI SEDIRI

DUDUK RASO ILMU TINGGI

BULEH DOSO FREE-FREE

 

PESE-PESE ATAS DASAR KEBENARE

PESE-PESE ATAS PADO KESABARE

PAGI PETE IKUT HADIS IKUT QURE

 HOK TUHE LARE JANGE KITO DUDUK KACE

DEMI MASO MANUSIO RUGI

 

 DOK WAK DOSO HARI-HARI

NGUPAT NGATO KEJI MAKI

SAPA LUPO DIRI SEDIRI

 DUDUK RASO ILMU TINGGI

BULEH DOSO FREE-FREE

 

sanggupa 13/10/2009

2.30 petang

Membakut Sabah

IMG_0032


mengarut malam2 bute

sekian lama aku tidak menjengah blog ni setelah kehilangan jaringan wireless di taman desa jaya. tambahan pula kepala aku kosong,tiada cerita atau berita mahu diriwayatkan di papan pemuka blog. blog sekolah juga turut terabai kerana tahap kemalasan mengemaskini blog-blog menghentam jari jemari dari menyentuh papan kekunci. bukan itu saja, kerja kursus yang ditaklifkan oleh maktab juga  sudah dijenguk oleh habuk-habuk yang singgah menumpang.

arrrghhh….terasa hari-hari yang dilalui amat kosong. tiada aktiviti yang boleh menjadikan aku sebagai seorang dewasa dan matang dalam berfikir. rutin aku di sekolah dan rumah…bercakap dengan budak membuatkan aku turut menjadi budak. teringat masa aku mengajar di sekolah agama setahun yang lalu…jika tiada kelas, dalam bilik guru menjadi medan perbincangan ilmu.banyak sangat yang aku tidak tahu tentang asas agama.malu aku bergelar ustazzzzzzzzz!!!…agak janggal bila aku dipanggil ustaz dengan penampilan yang tidak sesuai dan ilmu hanya setitis debu embun pagi…

aku rindukan suasana begitu..berat hati aku untuk meninggalkan sekolah yang menjadikan aku sedikit matang dalam berfikir. pun begitu, aku masih dengan mazhab dikir barat aku. di sekolah aku ustaz, di rumah aku astak. bagi aku biarla orang mahu kata apa asalkan aku buat itu betul walaupun ada yang tak betul huhu…aku sentiasa malu dengan diri sendiri tapi tidak pernah sedar diri. hati yang cepat goyah mengikut arah angin yang diredah. aku pun hairan…kadang-kadang tertanya jua aku siapa la aku?

aku mahu jadi aku.tapi aku yang mana?aku yang bergelar ustaz?aku sebagaimana aku bersama kawan-kawan?aku pendikir?aku,aku yang lain-lainnya aku?banyak aku lalui sebagai aku untuk menjadi aku sebagaimana aku sekarang. memang proses mematangkan aku agak lambat…umur tua,rupa paras tua fikiran masih budak-budak,perangai macam remaja-remaja lain…

aku teringat kata-kata abang amin idris kepada aku…”mat, orang macam demo diperlukan dalam jemaah…”kalu tak buleh buat semua jangan tinggal semua”…abang amin dan abe helmi menjadi orang yang menggagahkan aku  dalam menjadi aku.aku rasa aku juga berharga di kalangan mereka yang siqah dan yang kurang siqah tapi lebih suka kepada yang kurang siqah kerana mereka lebih tidak hipokrit macam sesetengah golongan siqah yang mencari publisiti..hampeh…aku benci…tapi aku hormat orang siqah kerana mereka lebih mulia. mereka ada apa yang aku tiada..aku tidak ada apa yang mereka ada. aku lemah disisi mereka-mereka…aku malu tapi aku tak mahu…atau mahu tapi tak mampu…biarla mereka dengan cara mereka,aku dengan cara aku…

aku cuba juga untuk bertukar menjadi sepatutnya dengan gelaran aku, macam bertukar menjadi altraman atau gaban, tapi aku tahu aku tidak mampu. aku sayang untuk terus menjadi diriku yang sebenar…wajah yang sebenar…ini menyebabkan aku terasa diri aku multiple identity.bukan satu,tapi tiga identiti…emosi yang berpindah-pindah menukar wajah kepada wajah berlainan…aku boleh jadi ustat,aku boleh jadi rock,aku boleh jadi rap,boleh jadi rempit dan macam-macam mengikut sejarah yg pernah aku laui…huh..

warggghh…aku bukan mengeluh…sekadar menghilangkan kebosanan…aku redha dengan aku sekarang. tapi siapa aku sebenarnya??suka bertukar rupa macam biawak iguana…huh

hikmahnya aku dihantar sebagai tenaga pengajar atau dengan gelaran ustaz,sedikit sebanyak dapat mengubah kelakuan nakal,jajal aku. allah menegur aku dengan cara begitu halus..syukur-syukur allah masih sayang..ada je yang mengingatkan aku. kadang-kadang anak murid juga menghantam kedegilan aku..aku begitu lemah…perlukan kekuatan dari teman-teman..arhh…malam2 aku merapu hahaha..tq veri mas,ada masa jumpa lagi..pantun apa la ni…dia pun cakap: mau kena hindik jua ni…hehe

 


SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI LAHIR

SELANGKAH KEMATANGAN

SELAMAT HARI LAHIR

KENANGAN JADI PEDOMAN

SELAMAT HARI LAHIR

SENYUMAN MENUKAR TANGISAN

SELAMAT HARI LAHIR

TABAH MENONGKAH CABARAN

SELAMAT HARI LAHIR

MENGELUH GANTIKAN DENGAN KESABARAN

SELAMAT HARI LAHIR

HARGAI NIKMAT KESIHATAN

SELAMAT HARI LAHIR

AZIMAT MENUJU IMPIAN

SELAMAT HARI LAHIR

DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

SELAMAT HARI LAHIR

DALAM TAMAN KEBERKATAN

SELAMAT HARI LAHIR

SEMOGA DIRAHMATI

SEMOGA DIBERKATI

SEMOGA DIKASIHI

SEMOGA DILINDUNGI

 

1 NOV 2009IMG_0167

 


BUAYA

IMG_0134

kem literasi al-quran

ustaz ni apa? sambil menunjuk ayat dalam buku iqra’

“ba ya.” aku jawab. kemudian mendengar bacaan murid yang lain.

tak lama kemudian murid tadi bertanya lagi…”ni apa ustaz?” “ba ya” aku jawab.

balik-balik murid tadi bertanya soalan sama. untuk memudahkan murid itu mengingati, aku membuat perkataan sinonim.

“ba ya. kamu ingat buaya ingat la ba ya…” jelas aku dengan harapan murid tadi dapat mengingati perkataan tersebut.

tidak lama kemudian, tiba giliran murid tadi untuk di “tasmi’ kan. bacaannya biarpun tidak lancar dan teragak-agak tapi aku bangga sebab semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri murid ini. mengharapkan mereka dapat membaca al-quran suatu hari nanti dan menjadi generasi yang mengagungkan al-quran.

satu persatu ayat dibaca dengan teragak-agak…

IMG_0151

“ya ba, yaaa ba(dibaca dengan mad)…BUAYA…” murid tadi menyebut bila sampai di ayat “ba ya”.

aku terus ketawa…(hahahahahahaahah) lurus betul la budak ni…

adoyai…mereka-mereka ini memang menceriakan hidup aku.

sanggupa: rumah yang dibacai al-quran akan disirami cahaya..


CINTA DAN BENCI

IMG_0023sewaktu program kem ibadah aku terbaca poster ini.ianya menggetus akalku dan membuatkan aku terfikir sejenak..betul…jangan mencintai sesuatu itu dengan secinta-cintanya dan membenci sesuatu itu sebenci-bencinya…

persoalannya cinta dan benci…sukanya aku ceritakan pasal aku lah..sebagai pedoman dan praktikal untuk memahami kata-kata sayduna Ali Karramallahu wajhah tersebut..

CINTA

aku pada falsafah tidak akan bercinta sebelum berkahwin sejak dari sekolah menengah lagi.walaupun hati itu ada untuk dicintai (kemungkinan sebab aku ni tak hensem heheh) sehingga aku masuk universiti. ketika di tahun ketiga aku telah berkenan pada seseorang dan kami sempat kononya bercinta walaupun tak sampai tempoh setahun..

dalam tempoh itu segala keburukan memang sengaja dibutakan demi cinta setia.demi menjaga hati masing-masing terpaksa menerima apa sahaja cerita yang kurang sedap didengar ataupun perangai yang dilihat.inilah dikatakan cinta dengan sepenuh hati dengan harapan berpanjangan.walaupun begitu Allah jua yang mengatur segalanya…akhirnya untuk tidak menaggung derita terpaksa membuat keputusan. biarpun sayang akhirnya hati terpaksa akur…dalam tempoh itu mulalah terbit rasa benci…benci yang membuatkan aku tidak boleh terimanya kembali…betul kata Sayduna Ali

BENCI

aku benci pada rokok.pada masa kecil aku benci rokok sehingga aku menghukumkan haram menghisap rokok huh!…aku ikut orang cakap pada masa tu orang cakap haram aku cakap haram.bila habis SPM aku mula berjinak dengan rokok.di matrik aku mula jadi perokok.sampai sekarang aku dah jadi penagih tegar…susah juga untuk berhenti.hukumnya dulu bertukar jadi makruh bagi diriku.

sebab aku merokok hanyalah kerana ingin tahu kenapa orang cakap merokok boleh jadi ketagih.bila aku cuba,aku cakap tidak ada apa-apa rasa pun hahah…sehinggalah suatu hari keputusan bekalan rokok…barulah aku tahu inilah yang dikatakan ketagihan…betullah kata Sayduna Ali Abi Talib

cukuplah cinta dan benci itu berpada-pada…untuk cinta aku dah rasa betapa peritnya sakit.untuk benci aku dah rasa betapa sukarnya untuk menolak…

sanggupa: cinta dan benci lebih baik kerana Allah……


ismah li…erm..erm…

“ustad,mau ke tandas”.

“hmm…macamana mintak kalo mau ke tandas?”

“ya, ustad! ismah li…ermm…ismah li…bil..erm…”. senyum-senyum terus pusing belakang mencari kawannya.

kemudian datang kembali bersama sekeping kertas di tangan…”ya ustad,ismah li bilkhuruuji ilal mirhadun.”(biarla salah nahu pun asal blh sebut)..aku senyum…

aku tengok di kertas tertulis..”IMG_0007

“tafaddhal….” aku membenarkan.baru mahu melangkah keluar,dia berpusing balik…

“syukran!” ucapnya..aku senyum.

karenah murid-muridku kadang-kadang membuatkan aku senyum sendirian,adakala sampai ketawa…yang pastinya membuatkan aku marah memang selalu.haha…

sanggupa: sesiapa menguasai bahasa bangsa lain tidak akan tertipu.


KELATE JIWOKU

bendera klate 1912

BENDERA KELANTAN 1912

dalam berkubang di laman facebook, aku ketemu satu sejarah yang sebelum ini tidak pernah aku ketahui.Kelantan pada masa dulunya berpanji khat berbentuk harimau.apakah benar ini adalah bendera yang pernah dijulang di bawah langit bumi bernama KELANTAN. jika benar cuba fikirkan maksud sebenar tersirat di balik jalinan khat berbentuk harimau tersebut.

pada akal buta aku ini,aku tafsirkan ianya adalah lambang sebuah keberanian.ukiran khat itu pula melambangkan ISLAM yang bermaksud kelantan adalah sebuah negara islam.keberanian yang dikaitkan dengan islam menggambarkan kelantan bukan semata-mata sebuah negara,sebaliknya adalah sebuah khilafah yang menjunjung tinggi kedudukan dan syariat islam.

rajah yang terlukis bagi mata jahil aku mengatakan ada sedikit pengaruh parsi.itu sekadar ulasan bukan ilmiah dari aku bergelar Sangggupa di dunia maya dikir barat

berikut adalah bendera lama: http://www.kelantan.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=51

649px-flag_of_kelantan_svg

BENDERA KELANTAN SEKARANG

bendera kelantan sekarang adalh seperti diatas.Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.

LAGU NEGERI KELANTAN

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

yang aku tertanya-tanya,kenapa lagu kelantan seolah-olah memuji raja bukan negeri…?seolah-olah lagu raja kelantan la pulak..mungkin sebab raja itu adalah ketua sebuah negeri,dan makmurnya negeri adalah kerana sebab pemerintahan kerajaan tersebut…

wallahua’alam…

sanggupa: taatlah Allah dan taatlah rasul kemudian taatlah pemerintah kamu selagi tidak pada perkara maksiat.

 


Aku Pun Sama

IMG_0093

Menemani kawan ke Kota Kinabalu..pelbagai gambar gelagat manusia..mencuci mata mengotor hati..senyum dan masam..kelu dan tutur..hilai dan sepi..terkumpul terpapar..di wajah aku yang kebingungan..

karenah punah manusia..warna warni kehidupan..kejahilan dan kealiman..menjadi satu..aku setitis warna..dalam nyata dunia..di arus ketidak keruan..menunding jari satu..empat berbalik diriku..memandang dina manusia..aku pun manusia..menuduh bodoh..aku menjadi bodoh..meludah ke langit..kemuka sendiri terpercik..

orang membina dosa..aku mengutip sisa..pelahap menjilat..melihat..mata tak bertabir..hati tak berpengembala..merewang seronok..menikmati kejelikan..menanti kebinasaan..

dunia atau manusia..lupa atau sengaja..hidayat atau khianat..maksiat tak bertempat..terjamu si lemah kudrat..keparat!!!

betina bermesra betina..jantan lentok di pangku betina..mahkota tak terlindung betina..paha, betis, dada betina..megah melangkah betina..islam kafir tak berbeza!!!

lagha..aku lagha..nikmat dunia..azab neraka..

nun disana..bagai mutiara di pecahan kaca..berbeza..tidak serupa..gerangan pemikul pahala..labuh tudung ke paras dada..mengubat suasana..bukan malaikat tapi manusia..perempuan bukan betina..rupanya masih ada..manusia yang tidak lupa..manusia yang tidak berdusta..di udara alpa..

IMG_0083

tinggallah aku..dan manusia yang seribu..termanggu-manggu..malu..mengata orang jalang..diri sendiri lupa dipandang..diri sendiri masih hilang..mencari jalan pulang..

sanggupa: pandang diri sendiri sebelum pandang diri orang..


Unknown SMS

tika aku keheningan..menunggu perkhabaran..surat berita..tulisan cerita..dalam derita..luahan luka..atau suka..lain ku terima..bukan dia..entah siapa..tidak bernama..entah gila..entah kenapa..bukan bertinta..di skrin dibaca..”sudikah kamu menjadi teman sms saya?’

angkara siapa..aku dimangsa..aku tertanya..kenapa?siapa?..aku terima..”berkongsi masaalah buleh saja.”

simpati dan bimbang..mungkin dia perlukan bantuan..atau sedang kesunyian..sebagai kawan..dikatakan sombong aku bimbang..aku menumpang..di tanah orang..

aku mula bosan..serabut dilayan..si bangsa brunei campur kadayan..setiap hari malam siang..bertanya “sudahkah aku makan?”..aku tak tahu siapakah gerangan..apa dia mahu?..kenapa aku?..

malam ini malam keputusan..maunya belanja aku  makan..aku menolak sopan..aku memberi jawapan..usah berhubung tanpa tujuan..

manusia..kesunyian..mencari teman..mengharap harapan..pada makhluk tuhan..yang  bergantung harapan..pada tuhan..

sanggupa: Hanya Allah tempat bergantung harapan


BUBU MENGALAI dan BELAGO KOGHE

BUBU MENGALAI

Salah satu budaya suku kaum Bisaya Sabah mengadakan bubu mengalai. Bubu ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh. Manakala perkataan mengalai ialah bermaksud tarian dalam bahasa Bisaya dan Brunei.

Pada zaman dahulunya, tarian diadakan selepas menuai padi. Setelah habis padi dituai, diadakan satu pesta bertujuan untuk menghiburkan hati setelah semusim penat membanting tulang di sawah. Di dalam pesta ini diadakan pesta tarian dan makan-makan menandakan kesyukuran diatas rezeki yang dikurniakan.

Bubu mengalai dimulakan dengan beberapa orang  lelaki mengelilingi sebuah bubu yang dipakaikan dengan pakaian sesosok manusia. Bubu tersebut dipakaikan pakaian seakan-akan  seorang manusia dan dikelilingi oleh sekumpulan lelaki sambil memegang bubu tersebut. Sebelum itu terlebih dahulu dibacakan mantera khas bubu mengalai. Ianya dibacakan oleh seorang yang berkemahiran dalam hal ini.

Bubu yang dipakaikan baju tadi dilonjak-lonjakkan  untuk beberapa ketika sehingga bubu itu akhirnya dengan sendirinya menari. Dengan sendirinya bubu tadi akan menari melonjak-lonjak tapi dipegang oleh lelaki-lelaki tadi.

bubu tadi dipegang kerana bimbang ianya akan terbang lari. menurut yang diceritakan,jika bubu ini terbang masuk sungai,ianya akan bertukar menjadi naga. itu merupakan kepercayaan orang dulu-dulu.

Untuk menghentikan bubu daripada terus menari ialah dengan memasukkan tangan ke dalam kain yang dipakaikan pada bubu tersebut..

Sumber:cikgu abdur razak yaacob yong,ustaz zamri,ustaz azlan..(cerita adalah dari mulut ke mulut.ustaz zamri pernah menyaksikan peristiwa tersebut)

BELAGA KOGHE

Belaga koghe atau ‘berlaga kukuran’ adalah budaya orang Kelantan pada zaman dahulu. Secara umumnya adalah hampir sama dengan ‘bubu mengalai’ yang mana turut diadakan di dalam sesebuah pesta. Belaga koghe dahulunya diadakan dalam pesta keramaian seperti selepas pesta menuai atau kenduri kahwin.

Belaga koghe bukanlah sebuah tarian,sebaliknya ialah sejenis permainan berlawan seperti berlaga lembu bezanya Cuma permainan ini menggunakan sejenis kukuran yang tidak bernyawa. Setelah dijampi dengan mantera-mantera yang khusus, kukuran-kukuran tersebut akan hidup dan berlawan satu sama lain. Dikatakan kukuran ini berkejaran sehingga melanggar tetamu yang hadir.

Menurut cerita dari mulut ke mulut yang saya terima, sebelum memulakan permainan ini, seekor biawak pasir dikorbankan dengan menyembelihnya untuk mendapatkan darah yang kemudiannya dilumur pada kukuran tersebut.

 Maklumat mengenai belaga koghe ini susah untuk didapati memandangkan permainan ini telah lama pupus di Kelantan. Jampi mantera yang dibacakan dikatakan adalah ayat-ayat daripada Al-Quran dan ditambah dengan jampi khas untuk permainan ini. Ianya juga sama dengan tarian bubu.

sanggupa: janganlah kamu minta pertolongan selain daripada Allah


USTAT ni CIKGU ka?

IMG_0017

USTAT ni CIKGU ka? seorang anak kecil bernama Anaqi bertanya.

“a’a..” aku jawab dalam senyuman.agak lucu soalan dia..

“ustat da kawin?” waa..soalan bagus ni..mau bagi kakak ke ni haha…

“blum..” jawapan aku ringkas.

“ustat ada cewek?” makin panas soalan budak ni yang baru berumur 9 tahun.

“na da..” aku masih tersenyum dengan soalan-soalan yang ditujukan.

“ustat mau ka cikgu Lydia?dia mau USTAT yang kerja CIKGU.” aku tak tahan ketawa.aku mentup muka dengan buku sambil ketawa haha..

“mana kamu tau?” aku cuba mencungkil imaginasi budak ni.

“dia cakap USTAT yang kerja CIKGU yang selalu pegi masjid ustat la..” waaa..haha..aku terus-terus ketawa…pandai-pandai budak ni reka cerita.padahal aku tak pernah kenal pun dengan Lydia ni dan Lydia pun tak pernah kenal aku.

P/S: Lydia cikgu cina yang mengajar di sekolah budak tu yang tak pernah aku kenali dan tak pernah mengenali aku..

sanggupa: dengarlah nasihat walaupun dari seorang budak..asalkan ianya nasihat yang baik


laila majnun

 

menjadi kekasih

bukan semudah memilih

hati suka,luka, pedih

menangis,ketawa jiwa letih

 

menatang minyak yang penuh

tidak mahu hati dikeduh

kerna kata mengudang luluh

diam pula mengundang keluh

 

kenapa cinta itu datang

kalau untuk mencipta penghalang

sedang dua jiwa berkasih sayang

ada jiwa mendengus radang

 

berjanji Laila dengan Majnun

takkan tercarik cinta yang ditenun

dibadai ombak tetap pegun

biarpun musang datang kerumun

 

apakah ujian atau cabaran

menegur sebuah keikhlasan

atau mencantas seutas kekuatan

meragut secangkir kemanisan?

 

kepadaNya berserah

jiwa yang hampir kalah

sekelumit semangat terus digagah

untuk mencipta taman nan indah


inilah manusia

keliru…keliru…keliru..manusia keliru..kerana tidak tahu..apa yang dia mahu..kerana takut..awan yang cerah menjadi kelabu..awan kelabu..kelabu..kelabu..haru biru..

memang keliru..manusia keliru..hidup celaru..dalam cinta pilu..lidah yang kelu..muka malu..pilihan tidak menentu..pilihan qalbu..dia atau aku..aku atau kamu..kamu atau si anu..fikiran kelu..lidah kaku..memberitahu malu..takut hati terkedu..baik diam begitu..dibawa angin lalu..terbiar aku,kamu dan si anu..di situ..turut keliru..

berapa ramai yang keliru..di sana,sini,situ..manusia ragu..dalam hidup yang tidak menentu..di kaki lima di bangku..duduk termangu..bertopang dagu..apa yang ditunggu??..jawapan benar atau palsu??..kerana keliru..otak jadi beku..sekeras batu..tubuh kaku..yang lalu berlalu..dia masih disitu..mata kelabu..wajah berdebu..

mencari jawapan..dalam kehidupan..dengan harapan..atau impian..atau sekadar lintasan..mencari ketenangan..untuk kesenangan..mengalih penderitaan..menyapu kebencian..dalam kebingungan..badan bertuan..roh di kayangan..

tanya hati tanya Tuhan..tolonglah buat pilihan..agar tidak tersalah jalan..agar tiada penyesalan..untuk sebuah kehidupan..yang penuh cabaran..syurga idaman..neraka syaitan..manusia senipis iman..akal seteguh awan..perlukan ketabahan..perlukan kesabaran..menempuh ujian..dari Tuhan.


SABAH BERDIKIR

inilah dia wira-wirawati dikir barat Sk Pekan Membakut.sempena majlis hari pengucapan diadakan majlis keibubapaan dan penyampaian hadiah diadakan acara selingan persembahan pelajar.aku ditugaskan untuk melatih dikir barat padahal yang bagi latihan adalah ustazah-ustazah.aku sekadar menolong dari belakang.

istimewanya dikir barat ini ialah dalam bahasa arab.teringat masa UIA dulu buat persembahan dikir barat dalam bahasa arab dan inggeris.

 


KEMBALI KE MAKTAB

cuti sekolah bermula…aku kembali menjadi pelajar maktab…meneruskan perjalanan kehidupan untuk bergelar seorang guru.mengutip pengalaman ilmu daripada pensyarah-pensyarah yang turut mengorbankan usia dan masa demi mendidik guru yang bakal mendidik murid..

mengeluh itu sudah pasti kerana terpaksa mengorbankan sedikit waktu cuti yang sepatutnya aku berada di kampung halaman.hampir setahun kedatangan aku ke sabah tanpa sesaat balik menjengah kerinduan yang berkubu di laman cinta.Huff~

sebelum memulakan perjalanan, dalam kepala aku hanya memikirkan dua perkara…gambar dan hambar…huhu..bermain dalam kepala aku di mana shot-shot yang menarik sepanjang keberadaan aku di maktab nanti.sepanjang perjalanan aku hanya nampak pemandangan,pemandangan,langit..luas,awan..berbunga,leading line dan macam-macam lagi berkaitan gambar…

gambar-gambar yang bermain menghalau terbang perasaan hambar  bersama angin yang bertiup memecah dilanggar motor kesayanganku.bagaikan hilang kesemua perasaanku yang terkandung selama ini.aku hanya fikir gambar,gambar,gambar…biarkan ianya berlalu..jauh..jauh..dari hatiku..mindaku..benakku..kerana aku tak mahu ada orang tersiksa kerana aku..dan aku merana kerana perasaanku..perasaan yang mendera..HUff~mungkin inilah yang dimahu..

aku kembali ke maktab seperti aku yang dahulu..agaknya aku ketemu diriku atau masih teragak-agak siapa aku..ahhh….peduli itu..!!!suatu masa akan ketemu.itupun kalau masih belum layu..

sampai di maktab…

sanggupa: pada dirimu, keagungan Allah..kamu milik Allah..rohmu akan diambil balik,jangan rosakkan dengan perkara yang bodoh..

 


sardin kemesraan hehe

malam pertama di maktab.

makan malam pertama di maktab sungguh penuh kemesraan dan kesederhanaan.abang syah bawa bekal nasi dari rumah berserta lauk sardin semata-mata mahu makan bersama di maktab.dibawanya nasi tapi tidak bawa pinggan…bermulalah episod “survivor” dengan mengoyakkan plastik untuk dijadikan alas nasi.memang sempoi sahabat-sahabat aku nih.

tidak kekok untuk makan bersama beralaskan plastik,berlauk sardin.inilah yang dikatakan kemesraan sahabat..inilah istimewanya sahabat.

teringat aku masa tamrin dulu-dulu..makan bertalam berlaga tangan,tolak-menolak lauk yang ada untuk sahabat.. sifat riya’ dengan kemewahan dihinjak-hinjak dalam sedulang nasi diganti dengan sifat rendah diri dan rasa kekitaan.bukan semua orang boleh makan dengan cara ini.ada yang rasa jelik kerana angkuh dan rasa kotor..dalam tamrin ego itu diratah di dalam sebuah talam…

sanggupa: sekiranya kamu bersyukur,maka ditambah lagi rezkimu..sekiranya kamu kufur,sesungguhnya azab Allah sangat pedih

 


mari tah mengalai

hari ni kelas seni dalam pendidikan.aku suka kelas ni sebab aku tak perlu dengar ceramah kerana sepanjang kelas dipenuhi aktiviti.macam-macam aktiviti yang berkaitan seni dalam pendidikan.fokus utama ialah pada seni muzik,seni visual dan seni pergerakan.seni-seni ini adalah perlu dalam pengjaran dan pembelajaran kerana kanak-kanak lebih tertarik dengan perkara sebegini.

yang paling menjatuhkan tahap pemikiran ustaz-ustaz ini ialah menari mengikut muzik..sebenarnya bukan menjatuhkan tahap kerana dalam proses PnP guru-guru sepatutnya menurunkan tahap pemikiran mereka kepada pemikiran pelajar yang diajar..kelas ini memang dipenuhi gelak ketawa..paling kelakar ialah apabila kami terpaksa menari mengikut rentak muzik yang dipasang oleh pensyarah.

secara berkumpulan kami mereka tari di saat muzik dimainkan.sekejap muzik perlahan,bertukar kepada rancak,bertukar kepada irama etnik kreatif,irama kanak-kanak dan sebagainya.di situlah kami terkial-kial mencari lenggok tari mengikut irama yang dipasang.

di akhir tarian,kumpulan di bagi markah.geng-geng ustazah menjadi juri menilai gerak tari.kumpulan kami memenangi tarian secara berkumpulan.yang paling best ialah markah tarian individu tertinggi ialah aku..haha..di mana la diorang ni menilai gerak tari aku ni..

pun begitu,itulah realitinya yang bakal dihadapi oleh kami dan memang kami hadapinya pun selama ini di sekolah.pelajar lebih suka belajar sambil bermain dengan cara menyanyi,pergerakan dan visual.yang kesiannya ialah cikgu-cikgu yang terpaksa mencari idea baru untuk dipamerkan dalam kelas.bayangkan kalau satu hari lima kelas…..mau tak berpeluh mencari idea yang menarik minat pelajar untuk belajar..huFF~

rupanya kerja cikgu ni bukan mudah…

sanggupa: sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat…


NUR AHMAD TOYYIB

satu-satunya nasihat daripada romat (norahmad tayyib) yang masih aku pegang tatkala aku dirundum kekecewaan di atas runtuhnya cinta pertama iaitu “kita ni emas sepuluh”.

emas sepuluh ialah emas yang mahal nilai harganya.diri kita ini ibarat emas sepuluh…janganlah kecewa di atas kehilangan cinta,dan janganlah merayu pada wanita yang pernah kita cintai untuk kembali kerana kita adalah emas sepuluh..jangan rendahkan nilai emas sepuluh.itulah nasihat yang berguna daripadanya.dengan nasihat ini juga aku bangkit dari longlai bahana cinta luka..aku benci cinta..dusta!!!yang aku tahu ialah cinta selepas kahwin.yang pastinya cinta sebelum kahwin adalah menyakitkan..

kata-kata azimat ini juga aku gunakan untuk menasihatinya tikamana dia rebah ditampar cinta setianya apabila kekasih hatinya tidak sabar dalam menunggu sebuah ikatan dan menerima tawaran hati orang lain.itulah cinta..sebelum kahwin..

dengan azimat ini juga aku menjadi doktor cinta kepada orang lain.tapi hakikatnya menasihati itu adalah semudah lidah.hati yang menanggung bagai dihempap konkrit binaan yang jatuh dari tingkat lima.nasihat sekadar usaha untuk mencantumkan balik relaian hati yang luka.

petang tadi aku menerima mesej dari zaki mengatakan romat sedang menanggung sakit..kanser hidung..

aku menghubunginya bertanya khabar..sebelum ini dalam mesej dia memberitahu bahawa dia sangat-sangat mahu berjumpa dengan aku.seperti biasa aku bergurau dalam SMS tanpa aku tahu dia sedang menderita.bila ditanya mengapa,dia diam..sehinggalah SMS daripada zaki mengingatkan aku akan hajat si romat..

dalam perbualan aku cuba menjauhkannya daripada becakap soal sakit yang ditanggung..tapi dia memulakan cerita…”mat,aku sakit sekarang ni..”aku pura-pura tidak tahu sakit apa sambil ketawa aku bergurau sakit apalah pulak mu ni mat.

agak berat untuk dia menceritakan..mahu sebut pun takut katanya..akhirnya diberitahunya juga kanser hidung peringkat ke dua…

aku pernah kehilangan kawan kerana ketumbuhan dalam kepala.dan aku sangat terkilan kerana waktu hayatnya aku tidak sempat melawat dan tidak tahu keadaanya bagaimana sehingga aku terima SMS mengatakan dia sudah tiada.waktu itu aku sudah berada di sabah..lagi sedih bila baca nukilan kawan-kawan dalam yahoogroup memperingati kenangan waktu bersamanya.aku hampir menitiskan airmata..dia merupakan sahabt yang baik.

Ya Allah..kau panjangkanlah umur sahabatku ini..berikanlah dia kesihatan dan kesejahteraan..kau sembuhkanlah dia daripada penyakit yang sedang dia tanggung..sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang terhadap hambaMu ya Allah..aminn…

sama-samalah kita doakan..

sanggupa: ujian adalah tarbiah dari Allah..

 


sahabat fesbuk..

pagi-pagi buka fesbuk.baca komen-komen kawan-kawan.tiba-tiba aku terbaca status kawan aku satu urang ni.entah kenapa aku rasa macam sedikit getar dalam hatiku.setahu aku kawan aku ni selalu bersedih.bila dia ada masalah jangan harap la dapat cakap dengan dia.dia akan berdiam diri sehingga stabil.macam beruang kutub berhibernasi musim sejuk haha..

sejak akhir-akhir ini aku jarang berhubung dengannya kerana dia sedang bergelumang dengan peperiksaan dan masalah peribadi yang komplikated.aku tidak tahu,tapi setiap kali aku hubunginya dia diam itu ertinya dia ada masalah dan tak mahu diganggu.jadi aku biarkan dia bersama masalahnya..menunggu saat dia stabil.bukan tak mahu tolong tapi dia yang tak tahu macamana mau minta tolong.

dalam masa itu adalah juga berhubung melalui fesbuk atau YM..yang aku hairan sekejap cakap elok-elok je tiba-tiba dia mengamuk,offline.aku pun hairan.bila ditanya kenapa tak mahu cakap.dalam fikiran aku senang-senang saja…aku fikir mungkin dia tak mahu berkawan dengan aku,dan sengaja mencari alasan.aku sedia menunggu cakapnya itu..tapi tidak pernah keluar pun.aku mula jadi bingung dan akhirnya aku lebih baik berdiam diri kerana kalau berhubung aku yang sakit hati sebab dia akan offline tiba-tiba atau terus diam.huFF~

tapi pada pagi ini kelihatannya seperti dia dirundum masalah.apakah masalah ini membuatkan dia sampai terkunci mulut.alangkah kasihan dirinya menanggung penderitaan sendirian.apa aku boleh buat?hanya doa yang ku titipkan.aku tahu,nasihat hanyalah penyedap hati tapi untuk menanggung itu amat berat.

dan aku berharap masalah itu bukanlah berpunca dari aku.jikalau bermulanya masalah itu daripada aku,aku minta diri untuk menghilangkan kesedihan dia.apa yang aku harapkan adalah segugus senyuman darinya yang sentiasa terukir dalam hidupnya.

Ya Allah..kau cabutlah punca kesedihan yang terbungkam di hati sahabatku ini.kau tabahkanlah hati dan imannya dalam menempuh ujianmu.kau ukirlah dihatinya senyuman.Engkaulah yang maha Pengasih dan Penyayang..


raya aidil fesbuk

kali ini kali kedua aku beraya di sabah.cukup dua raya satu tahun,aidulfitri dan aiduladha.solat aiduladha di masjid negeri Likas yang mengagumkan dengan jemaah yang ramai.balik masjid lepak di rumah tidak tahu ke mana mahu pergi.tiada benda yang mahu dibuat macam biasa la buke fesbuk.lepas solat jumaat baru berjalan ke rumah rakan cikgu yang kerja sekali dengan kawan aku.balik rumah terus fesbuk..

fesbuk sampai ke asar…katanya mahu pergi ke bukit melihat panorama kabus,tapi bila balik semua tidur.aku juga la yang berfesbuk.selepas solat asar,sambung lagi berfesbuk.bukan ada apa pun dengan fesbuk cuma tengok-tengok komen-komen terkini.kadang-kadang tiada komen pun tengok juga.sambil-sambil dengar dikir barat aku melihat gambar yang di snap pagi tadi.lepas tu belek fesbuk…ada apa dengan fesbuk aku pun tak tahu…paling-paling bosan aku menulis yang ni.

hari raya dihabiskan dengan berfesbuk.jenguk fesbuk lepas jenguk,jenguk…~huh~kebanyakannya offline.bosan…mahu keluar tak tahu mana arah tuju..ucoopppp….jom la naik bukitttt!!!aku mau snap gambar ni…


Cinta Kautsar cinta Syafaat

Cinta Kautsar cinta Syafaat

(sumber:taman2syurga@yahoogroup.com)

 

Selalunya apabila kita di timpa bencana, masalah atau kecelakaan kepada harta benda dan insan yang di sayangi kita pasti akan sedih, kesal atau murung dan menangis..,

Sifat fitrah ini adalah gambaran kepada maksud CINTA.

iaitu cinta kepada harta mahupun insan tersayang sangat sebati dan jika terpisah secara paksa ( samada harta itu di curi atau orang yg di sayang berlalu pergi )kita akan sedih, murung menangis dan hilang pedoman.(Ada juga yg mengambil salah dengan membuat perkara yang terlarang seperti membunuh diri dalam melalui situasi seperti ini)

HAKIKATNYA, meletakkan Darjat ketinggian CINTA  melebihi dari kecintaan kepada ALLAH dan RAsulnya adalah perkara yang salah dan sangat di murkai oleh Allah.

Cinta yg padu kepada Allah dan Rasul adalah benteng kepada setiap dugaan(musibah) dan ujian yang di datangkan oleh Allah kepada kita,

Kenapa Allah menguji umatnya ?

Apabila Allah hendak meningkatkan darjat kita di sisiNya maka Allah akan turunkan ujian kepada keimanan kita atau tahap cinta kita kepadaNya dan kekasihNya. Bukan sahaja kita malahan Nabi dan para Rasul juga di uji oleh Allah oleh itu mari kita melihat ayat Al Quran ini.

Al Baqarah ayat 124″(ingatlah) ketika Ibrahim di uji oleh Tuhanya dengan beberapa kalimat(perintah) lalu di turuti segala perintah itu. Berkata Allah:Sesungguhnya aku angkat engkau (ya Ibrahim) menjadi imam (pemimpin) bagi manusia. Berkata Ibrahim:(begitu juga hendaknya) dari anak cucuku. Berkata Allah: Tetapi orang orang yang Zalim tiada mendapat penjanjian Ku ini”

 

sanggupa:

selamat pengantin baru buat teman-teman..tempuhi alam rumahtangga dengan tabah dan sabar..


jangan KAHWINI wanita…

cuti sekolah ni ramai sahabat aku yang kahwin, Tahniah!!baarokallohu fiikom..

jadi bagi yang belum kahwin dan masih tercari-cari calon tu, disini aku mahu kongsi info sikit.emel ni aku dapat dari taman2syurga@yahoogroup.com…semoga sama-sama dapat manfaat…ROBBANA HABLANA MIN AZWAAJINA QURROTU A’A YUN.WAJ   ‘ALNA LILMUTTAQIINA IMAAMA..AMIN……

sumber: Taman2syurga@yahoogroup.com

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:

banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:

suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah:

menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

 


Masih ada yang sayang

Kadang-kadang aku terfikir,ini adalah teguran Allah kepada aku, tapi dengan cara yang tidak disengajakan..sungguh halus..

kenapa? setiap kali aku ada masalah,atau apa-apa yang melibatkan diriku, ada saja benda yang menampar fikiran aku dan membuatkan aku sedar…secara tidak dirancang aku disedarkan..

bagaimana?aku dapat emel mengikut perasaan aku,jiwa aku tanpa aku meminta.aku join taman2syurga group…setiap kali ada posting emel automatik akan masuk ke bakul emel aku.yang aku suka ialah emel-emel tersebut bagaikan faham keadaan aku ketika itu.

kadang-kadang aku terbaca artikel..kadang-kadang di masjid,di jalan,di akhbar…pun memahami jiwa aku…aku dapat penyelesaian daripada nasihat yang tidak diduga,tidak berlisan..padahal aku ni seorang yang malas membaca…Syukur..mungkin ini caranya Allah menegur aku…Alhamdulillah…Allah masih menyayangiku..

sanggupa: setiap masalah ada penyelesaian…sabar dan tenang serta bergantung harap denganNya..

 

 


Lobak,Telur,Kopi

dalam menempuh hidup yang penuh dengan ujian, apakah yang menggambarkan diri anda?LOBAK (carrot)?TELUR? atau KOPI? (kopi tenom orang kata sedap, betul ke?)

mari kita buat uji kaji…hehe..arini belajar sains..

air panas kita ibaratkan sebagai ujian dalam kehidupan….kita ialah,lobak,telur atau kopi..kita lihat perubahan yang berlaku bila bahan tadi direbus…

Lobak: pada asalnya bersifat keras,akhirnya menjadi lembik dan mudah patah

Telur: asalnya cair dan mudah pecah akhirnya menjadi keras dan susah untuk dipecahkan

Kopi: larut dan sebati dengan air rebusan.makin panas air makin sedap kopi…

kesimpulannya:

manusia yang jiwa kental bila disinggahi ujian menjadi lemah hilang pedoman.jiwanya senang patah akhirnya hancur di dalam ujian.ada juga yang bila ditimpa ujian menjadi keras jiwanya dan tertutup segala hatinya untuk menerima nasihat.dirinya menjadi orang yang sukar untuk dibetulkan.manakala ada yang apabila dilanda ujian,dirinya menjadi semakin baik.semakin tinggi ujian semakin bertambah keimanan.

jadi…apakah kategori KITA?sama-sama memperbetulkan diri…

p/s: bukan untuk mengatakan aku ni baik,tapi sekadar berkongsi.aku juga tidak terlepas dari golongan diatas…yang baik jadikan pedoman…

 


Cinta dan Kahwin

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, “Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik.

Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal dikampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal dibandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun kemana diri hendak bawa diri.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumahtangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. “Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya’Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan.

Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan.

Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya,

“Apakah engkau kenal lelaki itu?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.”

Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,”

Bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,’Tidak pernah.’

Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau kenal dia?

Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.’

Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. “Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi.

Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan,” sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang, si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap kedalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan.

Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap kedalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya.

Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan.

“Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar. Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap haribulan, si suami memukul atau mendera si isteri.

Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam. Maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka.

“Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya,

“Engkau sakit ke, asyik diam aja.”Si anak menggelengkan kepala.

Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin,” ceritanya.

sanggupa; ini adalah petikan ceramah ustz ismail kamus

sumber: Taman2Syurga@yahoogroup


Buta Cinta..

apa pengertian CINTA pada diri hang mat?..tiba-tiba soalan dari ucop menerjah lurus ke telinga aku di saat aku berdiri tegak mahu mengangkat takbir menunaikan solat maghrib…

aku mau solat lu cop..pasni kita bincang..hehe..macam best je soalan ucop nih..usai solat maghrib aku mengunngkit soalan yang dituju tadi kepada ucop.

apa pengertian cinta pada pandangan aku?..mmm…cinta itu mengubah duri menjadi bunga,mengubah bla,bla,bla…aku mengarut meniru ayat dari cerita “ketika cinta bertasbih” sambil ketawa…dalam kepala aku tertanya-tanya apa erti cinta dalam hidup aku??aku pun “blur”…baru aku tahu rupa-rupanya aku sendiri tidak tahu mengenai cinta walaupun sedap-sedap menulis mengenai cinta dan menasihati orang mengenai cinta…

“itu imaginasi..!! balas ucop…

“mmm…bagi aku cinta itu bila berkahwin,dan kita bercinta dengan isteri…”jawab aku dalam kabur.teringat aku pada novel tulisan Fatimah Syarha mengatakan cinta kerana Allah ialah kita bercinta untuk membina sebuah keluarga yang islamik…

aku menambah lagi persoalan, cinta kerana Allah…huh…semua orang sebut cinta kerana Allah tapi perlaksanaannya karut!!!apakah itu cinta kerana Allah??!!

“semua orang boleh sebut” balas ucop.”"konsep…konsep mu buat  ikut orang atau konsep mu sendiri?”tanya ucop lagi.aku tidak faham..konsep apa yang dimaksudkan?

apa yang dimaksudkan ucop ialah konsep cinta yang aku pakai itu ialah semata-mata ikut-ikut cakap orang ataupun konsep cinta dari diri sendiri…pening aku dengan soalannya…

aku jawab dengan panjang lebar…”konsep sendiri tapi dengan mengambil pengalaman-pengalaman orang kemudian aku cipta pemahaman aku sendiri berdasarkan pengalaman tersebut.sepertimana falsafah pendidikan negara yang mengambil teori-teori..bla,bla aku berceramah lebar…”sebenarnya susah untuk aku menerangkan apakah itu cinta pada pemahaman aku.aku sendiri tidak tahu…atau aku mengecilkan skop cinta…aku kecilkan skop cinta ini sebab soalannya menjurus kepada cinta kekasih…

“pada pendapat mu apa itu cinta cop?”aku membalas balik soalannya tadi untuk dijawab.

“tunggu aku kawin…nanti aku bagitahu”jawabnya ringkas.

“ah..lambat la aku tahu apa itu cinta pada pendapat mu.lepas mu kawin,soalan tadi mu pun dah lupa haha…”balas aku dengan ketawa.apakah pendapat ucop pun sama dengan aku…tapi dia tak setuju dengan jawapan aku tadi…ertinya pengertian cinta pada ucop berlainan…bagaimanapun perbincangan aku terhenti di situ apabila di serbu kehadiran kawan-kawan aku ke bilik…

apakah itu cinta…?aku kehilangan buah fikiran…mencari jawapan…namun aku baru sedar,aku tidak kenal apa itu cinta…yang aku tahu cinta itu banyak yang menyakitkan,kadang-kadang indah,kadang-kadang gundah…sayang…rindu…itu hanyalah hiasan dalam percintaan…cinta…???entah…aku pun tak tahu……..

sanggupa: kanapala aku ni asik2 pasal cinta je…sori bos…rupanya aku ni buta soal cinta hakhak…


Hakikat Cinta Ucop

ما هي حقيقة الحب ؟

أن حقيقة الحب هي أن تخاف صاحبك تذخل النار كما أن تخاف النار تأكل لحمك

apakah itu hakikat cinta?

sesungguhnya hakikat cinta itu, kamu takut melihat pasangan kamu masuk ke dalam api neraka sepertimana kamu takut akan api neraka membaham daging kamu….
kalimah arab membuka bicara…akhirnya…ucop bersuara menerangkan hakikat cinta pada persepsinya…

itulah hakikat cinta yang sebenar pada pandangan dia.macamana?

iaitu kita takut akan pasangan kita terjerumus ke dalam neraka kerana perbuatannya atau perbuatan kita.jika kita cintakan dia,jangan biarkan kerana cinta itu menyebabkan punca dia menjadi tetamu neraka.kerana cinta,sanggup melakukan apa saja sehingga bertentangan dengan ajaran dan syariat islam.

berapa ramai manusia jatuh ke lembah maksiat hanya kerana kata keramat “I LOVE U” “aku cinta kamu” “aku sayang kamu” dan seumpamanya.sepatah kata azimat ajaib ini menyebabkan pasangan membelakangi tuntutan agama dan suruhanNya.kes-kes buang anak,zina,lari dari rumah,murtad,melanggar cakap ibubapa,bersekedudukan tanpa nikah dan sebagainya adalah berpunca dari ajaib ungkapan tadi.

sejauh mana pemahaman kita terhadap perkataan sayang? sayang kerana nafsu? kalau sayangkan pasangan anda,kenapa sanggup kita lihat dia beratur menuju ke pintu jahannam…apakah itu tandanya cinta?sayangkah kita dengan membiarkannya menjadi bahan bakar neraka? adakah itu tanda sayang? membiarkan pasangan meraung kesakitan di atas dosa kerana cinta anda?sedangkan semasa di dunia, jika kekasih anda tersepak batu,di hancurkan batu itu dengan steam roll oleh anda.. Ya Allah, jauhkanlah kami dari termasuk dalam golongan ini…

wahh…baru aku tahu,itulah hakikat cinta…diam-diam ucop rupanya lebih memahami cinta daripada aku…persoalan aku yang kelmarin terungkai…aku berpaling kepada ucop…laaa…tertidur sudah dia pun…

selamat pengantin baru cop…semoga rumahtangga yang kamu akan bina pada bulan ini dirahmati dan menepati konsep cinta yang kamu faham…trima kasih cop!!wa tabik lu…




entah

sebentar menunggu santapan tiba.melilau sepasang bola mata meninjau sekeliling medan selera yang berbumbungkan awan.singgah terpana di sekumpulan jantan di bangku meja juadah…kelibat betina bertandang lurus menikam hayunan langkah menuju kawanan jantan…

memahat senyuman ke arah jantan-jantan bermesyuarah seputar topik kosong…

“hai…” sapaan  betina melayu terakhir…sekujur hulur berjabat tangan penuh santun warisan adat..cerminan indah budaya sopan melayu…jantan betina warisan melayu layu

berlalu hari…santapan kesekiannya di gudang pesakit…terkesima memandang sosok mat saleh.fasih menyusun bait-bait nahu melayu..ku lihat hidung tenggelam  di balik pipi,berdirinya hanya sehasta..rambut cahaya sinaran pagi…ouwh..mek saleh kelahiran tanah jawi….


padan muka

assignment belum siap lagi.sijil-sijil untuk praktikum ada di rumah di Membakut.tiba-tiba pagi ni kena minta hantar segera…adus!!!

assignment aku tak heran,boleh buat sekejap je..masalahnya kena balik ambil sijil-sijil kat rumah tu yang malas…jauh…

nah,aku siapkan dulu assingment yang ditugaskan bebearapa bulan yang lalu.hari ni kena hantar,pagi ni baru buat..hebat!!!haha…siap je assingment,aku berkemas memasukkan baju ke dalam beg.selesai solat zohor,terus memecut ke Membakut…

sunyi…taman desa jaya kelihatan sunyi…begitulah keadaan taman desa bila cuti sekolah.kebanyakan penduduknya adalah cikgu dari semenanjung.bila cuti jadi macam padang pasir lah..sesekali angin bertiup di bawah panas matahari mengingatkan aku cerita cowboy masa kecik dulu..

aku ke pekan membakut untuk selesaikan urusan potostat sijil dan buat gambar pasport..tidak meriah…orangnya tidak ramai seperti biasa..kedai makan pun tidak ramai pengunjung.ke mana semuanya..petang kot..aku sampai di membakut dalam pukul 4 petang..

selesai urusan terus aku balik ke rumah.bersiap solat asar terus memecut ke KK balik…sampai KK pukul 6 lebih…

tak pernah aku terfikir untuk balik ke rumah sewa sesingkat masa begitu.hari ini aku buat..kalau jarak itu dekat aku tak hairan..ini jaraknya dalam 80 lebih kilometer..naik motor lagi tu…fuHH..dasyat..

itulah kalau buat kerja bertangguh..sapa yang susah kalau bukan diri sendiri haahaa


EMOSI..menutup mata,memendek akal,menjadi bodoh akhirnya menyesal..kerana emosi kita gagal mengawal diri,nafsu dan akal.akal tenggelam dalam ombak emosi yang menjengkelkan.keputusan berlandaskan emosi membuatkan kita bersalah.

dalam gembira,sedih atau marah,janganlah melulu membuat keputusan.ramai yang kecundang kerana emosi yang melampau.kecundang dengan diri sendiri,kecewa,sedih dan menyesal…mahu berpatah balik,malu…kerana mahalnya sebuah prinsip..

membuat sesuatu pillihan ,janganlah didasarkan emosi..tanya hati..bincang dengan fikiran..kawal perasaan..SABAR..TENANG..

silap percaturan,mengundang keresahan…mengundang persoalan..bagaimana?kenapa?bila?

akhirnya..keresahan..menghentam perasaan…bersalah,kasihan,sedih…kemudian…biarkan saja..pedulikan…pening!!!

kenapa tidak berfikir panjang??..mahalkah bicara untuk berbincang??..kerana keSABARan yang pincang..menghancur sebuah ketenangan..sebuah harapan..sebuah persahabatan..

nasihat untuk diriku…hatiku..perasaanku..jiwaku..ragaku..jangan emosi..teruskan perjuanganmu dengan sabar dan tenang..setiap kritikan jadikan motivasi..marah,ludah..tadahlah..kerana ianya menjadi semangat untukmu..kerana aku,adalah diriku…

Continue reading

FESTIVAL MAKUM

Julung kalinya MAKUM menggabungkan pelbagai seni kebudayaan di dalam penganjurannya. Pada kali ini MAKUM mempersembahkan seni-seni yang terdapat di Malaysia di dalam satu pentas anjurannya. Festival ini mengambil masa sehingga 5 hari bermula 9 hingga 13 Disember 2009.

Acara yang bakal dipersembahkan sepanjang festival ini termasuklah dikir barat,boria,tarian zapin,tarian cina,tarian india dan persembahan muzik akustika.

maklumat lanjut sila ke:

Weblog Salam Pantai Timur


Nasihat Izah

sumber: Taman2Syurga@yahoogroup.com

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan
nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka
perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,
kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih
penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang
anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH…
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak
memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin
tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.Rasa hormat pada diri sendiri;
2.Rasa hormat kepada orang lain;
3.Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
RENUNG RENUNG KAN LAH….
SELAMAT BERAMAL….

sanggupa:ambo cuma tak setuju pada nombor tujuh..tidak semestinya..yang lain-lain tu kira buleh la..apapun kredit to IZAH


Park The..

Ya Allah,selamatkan Mohd Zaki

aku terima MMS dari Bad tertulis “keadaan Park The sekarang.”aku donlod MMS tadi tapi gagal..aku cuba lagi tapi tetap gagal.aku membiarkan telefon berada di sisi laptop kerana aku sedang sibuk mengemaskini dua blog dan flikcr potopages menguplod gambar-gambar terbaru aku di Kudat di samping melayan fesbuk.aku sms Bad menanyakan kenapa dengan pakdo tapi tidak berbalas.

sewaktu aku mahu tidur,mms berjaya dan aku amat terkejut melihat gambar pakdo terlantar di hospital dengan aksesori pesakit tenat….aku mula gelisah,cuba pejam mata tapi tidak berjaya.aku hubungi bad tapi tidak berjawab..

pakdo merupakan sahabat aku paling rapat masa di UIA dulu.sikapnya yang kelakar dan selamba membuatkan ramai orang suka berkawan dengannya.pakdo yang memberitahu aku Romat sedang menghadapi kanser.kali ini dia sendiri sedang bertarung di hospital.

kenangan bersama pakdo memang best..membonceng motor bersama,pergi KL bersama,lepak bersama,jatuh motor sewaktu WILLY bersama,dan banyak lagi perkara yang aku lakukan bersama.dari segi pemakaian nampak ganas tapi hatinya baik..dan dia memang baik..gurauan ejek mengejek adalah biasa antara kami kerana tidak ada terasa hati.sewaktu krisis kumpulan dikir barat aku masih bersama dengannya..boleh dikatakan pakdo ni orang hormat dan takut dalam dikir kerana sikapnya yang tegas dan kelakar.

pagi ini aku dapat tahu pakdo mengalami eksiden terbabas motor sewaktu perjalanan ke pertandingan dikir barat MAKUM.selepas eksiden dia sempat menelefon kawan-kawan yang berada di tempat pertandingan.aku tak tahu bagaimanakah keadaanya teruk atau stabil..melihatkan gambar itu agak teruk juga…

satu persatu kawan aku diuji dengan ujian yang berat..Ya Allah kau selamatkanlah kawan-kawan aku dalam menghadapi ujianMu ini.Kau selamatkanlah Mohd Zaki  bin Yaacob, dan berilah dia kesihatan..amin…

sama-sama kita doakan kesihatan pakdo ki..


20 sebab lelaki lambat kahwin

gambar hiasan perkahwinan Khalid Jamlus


20 sebab lelaki lambat kahwin hehe

1.”Duit lum cukup lagi”.Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”. Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”. Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”. Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”. Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”. ilmu rumahtangga, soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”. Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”. Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”. Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan? .abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”. Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”. Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”. Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”. Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”. Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”. Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”. Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

sumber: Taman2Syurga@yahoogroup.com

from:dsj kamarul


Klem..

“Berapa kita isi minyak tadi?”

“sepuluh..bah,tulis dua puluh..dua puluh”

Kertas bil pun ditulis dua puluh#

Beli minyak sepuluh ringgit, tapi tulis di bil dua puluh ringgit…mmm…hantar bil dekat bos minta klem minyak rm20 padahal habis sepuluh je…

sanggupa: rm10 dapat balik,itu hak kita…halal…mmm…sepuluh ringgit lagi hak siapa?..halal??wallahu a’alam…


DIKIR MAKSIAT

bunting promosi dikir inul

cuti sekolah baru-baru ini aku berkesempatan ke pasar malam melihat gelewat manusia sambil melepaskan rindu pada kenangan lalu aku terlihat satu meja menjual cd dikir barat.kelihatan industri dikir di kelantan makin melangkah maju ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi.dikir dalam versi kartun kelihatan banyak tersusun setelah mendapat sambutan yang menggalakkan.

begitu juga dikir gerudi.walaupun ianya bukanlah dikir barat tapi bila dinyanyikan dalam loghat kelantan terus dilabelkan dikir barat.video dikir seperti ini kian berlambak di pasaran setelah mendapat sambutan yang hebat dari peminat.vidoe-video klip yang memaparkan aksi-aksi penyanyi wanita yang berpakaian seksi meniru gaya pelakon hindustan menari dan sebagainya memang mendapat sambutan yang tinggi sehingga penerbit meng”upgrade”kan lagi tahap persembahan video klip dengan memaparkan penyanyi berpakaian lebih seksi.

antara vcd dikir barat yang dijual

sebelum ini pernah aku berbincang dalam forum dikirbarat.net mengenai barah ini sedang melanda industri dikir barat.isu ini diangkat ke hadapan dengan terbitnya majalah mastika membincangkan isu gerudi inul dalam dikir barat.

pernah dulu riuh setelah PAS memerintah Kelantan, dikir barat kononnya diharamkan.bising orang-orang seni bertempik memaki kerajaan Kelantan mengatakan penghapus seni budaya turun temurun pusaka bangsa.sedangkan pengharaman pada masa itu adalah kerana dikir barat dicemari oleh kedatangan penyanyi perempuan dan lirik-lirik yang lucah.

kali ini kerosakan itu sekali lagi melanda dikir barat.apabila diberi kelonggaran,mula melampaui batas.jika diharamkan,mula lah penggiat seni ini menjadi wira kononya perjuangkan seni warisan bangsa.lebih baik dikatakan perjuangan bangsat!!

siapa yang terkena tempias?penggiat seni dikir barat asli juga lah yang terpaksa menaggung hukuman diatas kemajuan dikir barat yang terlampau ini.amat menyedihkan dikir barat kembali akan dilabelkan sebagai ikon maksiat……!!!sehinggakan pada masa dulu jika jadi pendikir adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang buruk akhlaknya.kali ini jika disebut dikir barat orang akan terbayang gerudi inul yang amat menjelekkan.orang akan berkata,jika mau tengok inul tak payah pergi indonesia…!!betapa malunya penggiat seni dikir barat yang jujur…

lagi memalukan ialah rakyat yang dimana terkenal dengan budi bahasa yang baik,dan negeri yang bergelar serambi Mekah dicop sebagai negeri buntut inul…

sanggupa: sekadar luahan perasaan bekas seorang awak-awak dikir barat.pihak yang terasa hati diharap boleh fikir sebab kita sesama islam…KALAU MAU BUAT CD GELEK INUL JANGAN LETAK NAMA DIKIR..LEBIH BAIK JANGAN BUAT SEBAB JELAS HUKUMNYA..

cerita: masa aku ambik gambar tu aku lupa tutup flash maka terkantoilah dengan penjual cd tersebut.dia tengok semacam je.lagi best aku kutuk-kutuk dikir seksi ni depan dia tapi tak tau la dia dengar ke tak.sedap-sedap je kutuk aku angkat satu cd,tengok-tengok penjual cd tu merupakan salah seorang penyanyi dalam salah satu album…pastu aku blah sambil ketawa hahahha


JAANE KYU..?

AKIBAT CINTA

Jaane kyu…?

“amir khan bertanya:

Tak tau kenapa orang boleh jatuh cinta. Kerana cinta kebanyakannya membawa kesedihan. Cinta memaksa salah seorang untuk senyum walaupun kesakitan. Cinta mengiyakan sesuatu yang tidak disukai demi menjaga hati pasangan…tak tau kenapa orang boleh jatuh cinta…

pretty zinta menjawab:

kerana adakah tanpa cinta dunia akan berseri? Tanpa cinta manusia akan kesunyian. Tanpa cinta manusia terasa kehilangan…tak tau kenapa…”

aku tersenyum menghayati lirik lagu hindustan ni.sungguh asyik iramanya dan sungguh dalam maknanya..aku lupa tajuk cerita hindustan ni tp pelakonnya hebat-hebat juga.benarlah apa yang dikatakan oleh kedua-dua pelakon ini.dan aku pun cukup bersetuju..

kenapa perlu jatuh cinta?

Cinta ibarat candu yang membuatkan seseorang itu gila,mabuk dan ketagih kalimah-kalimah indah dari pasangan masing-masing. Jika sehari tidak mendengar khabar berita, manusia mula kecelaruan, meracau,mencari,merintih jiwanya.

Sepatah ayat dari mulut pasangan yang dicintai sudah cukup membuatkan dunianya terasa luas. bulat matanya,lapang dadanya, senyumnya melebar…tanpa sebab pun seseorang yang dilamun cinta tersenyum kerana kebahagiaan yang terasa dalam hatinya.

Begitu sukar alam percintaan…tetapi ia juga Begitu indah..

Begitulah cinta. Pandangan terhadap cinta berubah-ubah mengikut emosi pencinta. jika pencinta mengalami kesukaran dalam percintaan, cinta dilabelkan sebagai duri,racun dan sebagainya perumpamaan hati yang kecundang.

orang yang mengecapi nikmat cinta mengagungkan kata-kata maulana rumi seperti mana dalam movie “ketika cinta bertasbih”.

benar, Cinta mengubah duri menjadi mawar, tetapi cinta juga boleh mengubah mawar menjadi duri. Terpulanglah pada mata pencinta.

cinta tidak boleh dipaksa, tapi cinta itu memaksa.

kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menyintai atau memaksa diri untuk mencintai seseorang…bila bercinta,cinta itu memaksa jiwa tunduk mengikut kehendak cinta.

cinta kerana Allah…istilah yang digunakan bagi pencinta yang darjat lebai yang tinggi.istilah ini membuat aku tersenyum…betul,itulah yang sebetulnya bercinta…cuma perlaksanaan cinta itu amat mengelirukan.macamanakah cinta kerana Allah yang dimaksudkan oleh si lebai ini?sehinggakan terbitnya istilah cinta ana,enti…alangkah terkejutnya aku ana enti ini bila mabuk cinta…cukup memalukan..tidak perlu aku ceritakan di sini.

ada juga cinta terbina di atas nista.cinta ini amat menyakitkan..penipuan yang dilakukan hanyalah untuk meraih cinta.kepercayaan yang diberi kepada penipuan ini menyebabkan pencinta serik untuk bercinta.

cinta satu tapi pasang ramai..kes ni buat aku ketawa..memang benar…kononnya “back-up” sekiranya “clash” tidak payah untuk mencari.kononnya kawan rupanya simpanan…harapan-harapan yang diberi sekadar untuk tidak mahu melepaskan yang di genggaman.akhirnya hancur perasaan.

apa-apa pun gambaran cinta,hendaklah berada di landasan yang betul…bercinta tidak salah,jika kita tahu syaratnya..berhati-hatilah semasa bercinta kerana godaan alam percintaan amat mencabar.

bagaimanapun pandangan anda terhadap cinta, cinta tetap hadir…dan cinta itu tidak dapat di tolak kerana ianya adalah fitrah kita manusia..dan andalah yang mencorak cinta..

sanggupa: entah la aku pun tidak pandai menilai cinta..huhu


PITIS

himpunan duit lama

seberadanya aku di rumah,teringat aku kepada duit-duit lama yang berada dalam simpanan ayahku.aku mengeluarkan kembali untuk melihat rupa duit lama yang sudah berkarat hijau dan ada yang tak nampak tulisan.

duit ini ada yang dijumpai di tapak rumah ayahku masa kecil.kini tapak rumah itu menjadi tempat ayah berkebun menanam tembikai.pernah juga masa kecil aku terjumpa duit lama sewaktu bercucuk tanam di situ.di situ juga banyak serpihan seramik tinggalan arwah nenek aku.amat sayang kerana seramik itu telah menjadi kepingan kecil.begitu juga kelonsong peluru yang selalu aku jumpai.katanya peninggalan askar masa buat latihan dulu-dulu.

antara duit zaman british

apa yang aku mahu cerita ialah duit lama.aku dapati dalam simpanan tersebut, dua keping pitis (duit zaman putri saadong katanya tidak pasti).Pitis merupakan matawang negeri Kelantan. Bentuk pitis adalh bulat dan berlubang di tengah. Sekelilingnya terukir tulisan jawi,tapi aku tidak dapat baca kerana tulisannya hampir hilang. Yang nampak tertulis ialah “Kerajaan Kelantan”.

selain itu, terdapat beberapa keping duit syiling empat segi bernilai setengah sen, satu sen, dan dua puluh sen. Aku tak tahu pada zaman mana duit ini digunakan,yang pastinya selepas kedatangan British. Muka depan syiling tertera gambar gabenor British. Yang aku ingat tertulis Malayan and Borneo atau India and Borneo aku lupa.

Agak lucu bila duit bernilai setengah sen. Mengikut cerita, setengah sen itu cukup besar nilainya. Pada zaman itu pekerja ladang kelapa di Kampung aku menerima gaji 30 sen sebulan. Itu pun cukup mewah. Bini-bini pekerja ladang ini pun sudah cukup berlagak pada masa itu.

Tidak hairanlah jika dikatakan pada zaman dulu,berbeli dengan duit 20 sen sudah penuh bakul. Dan aku sempat dengan duit lima sen dimana dengan duit lima sen dapat beli gula-gula satu biji..dan mamee berharga 25 sen. sekarang ni lima sen bagaikan tidak bernilai.

pitis "kepeng"

kenapa boleh jadi macamtu? mari kita tengok pengiraan duit pada masa itu:

keneghi (satu nilai tapi tidak ada matawang), kepeng (duit Kelantan berlubang) sen (duit empat segi British)

cara bilangan:

so keneghi,duo keneghi,tigo keneghi……..seterusnya

sekepeng,duo kepeng,tigo kepeng………..seterusnya

spuloh sen,duo ploh sen,tigo ploh sen………seterusnya

keneghi apabila sampai bilangannya kepada 14 keneghi——-cukup satu kepeng

kepeng apabila sampai bilangannya kepada 15 kepeng——– cukup sepuloh sen

jadi, cuba bayangkan lah nilai duit pada masa itu….jika ada kesalahan sila betulkan.sekadar berkongsi apa yang aku ingat dalam kepala..

KOMEN PAK LOKAN:

“Biar aku royak la pulok…pitih kepeng ni diperbuat drpd timah dan dikeluarkan pada tahun 1906M, disamping itu ada dah penggunaan duit sen dan ringgit kerajaan selat… Nilai dia ialah 5 kepeng sama dgn 1 sen…

Hok tulis jawi di pitis tu ialah “Perbelanjaan kerajaan Kelantan”, dan hok sebelah lagi tu tulisan arab yg bermaksud pitih ni dikeluarkan pada bln Dzulhijjah 1321H.

Sungguh pun begitu hok ayah demo kata pitih zaman puteri saadong tu pada pendapat ambo ialah sejenis mata wang lain yg dulu drpd pitih kepeng ni lagi yg diperbuat drpd mas. Ore tua2 dulu panggil “Mas Dinar”…pitih ni lah hok ore wak kokok lidah burung lebar nk suruh buleh bekecek. Pitih dinar ni pun tulis arab jugak “Al Julus Kelantan 577″,sebelah lagi tu dia tulis “Al Mutawakkil”..bermaknanya pitih ni dibuat pada tahun 1181M lagi…

Jadi, kalu kata pitih dinar ni hok jaman puteri saadong pun menasabahlah sbb zaman puteri saadong ialah lebih kurang tahun 1667M….haa gituh.Ko guano???

sanggupa: berjalanlah kamu di muka bumi,dan lihatlah apa yang telah Allah timpakan ke atas kaum-kaum terdahulu


DOA PUTUS CINTA

…Setelah dikecewakan, janganlah anda mengambil langkah yang tidak masuk akal dan tidak masuk agama. Kawallah dengan fikiran yang dianugerahkan.

Salah satu cara ialah dengan mengingati perangai pasangan anda yang anda tidak suka atau perkara lain yang anda tidak suka padanya yang selama ini anda pendam kerana sedang mabuk tahi telinga…baca lagi


P.Ramli dan gula

GANJA,GANJA,GANJA…. (laung penjual ganja di sebuah pasar)

“BELACAN ADA?” (pembeli bertanya)

tiba-tiba peniaga tadi terkejut dan memberitahu yang belacan tidak boleh dijual terbuka…

begitulah gambaran yang di paparkan dalam cerita P.Ramli yang kadang-kadang tu ada juga betulnya…baru sekarang aku tahu hebat juga pemikiran Tan Sri P.Ramli ni…

rungutan dari kawanku yang ingin membeli gula..”macam mau beli syabu…main sorok-sorok bawah meja…”

semenjak harga gula dinaikkan,aku “order” tea ‘o’ ping, tapi penjual suruh aku order “tea ping” sebab takde gula terpaksa guna susu…

alasan dari kerajaan ialah: “untuk menjaga kesihatan..”

betul juga emel yang aku terima, nanti pembungkus gula akan diletakkan gambar sebijik macam di kotak rokok….

“gambar kaki dipotong..dibawah tertulis…AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA..PENGUNAAN GULA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN..”

konklusinya: dalam filem P.Ramli — Sudin membaca tulisan jawi….”alif,mim,nun,wau…..”alif” tendang “wau”…SARKIS..!”


PUPUS

Istilah asli Kelantan yang mungkin sudah jarang digunakan oleh masyarakat Kelantan sendiri…aku sendiri pun sudah jarang menggunakannya. Tambahan lagi sekarang aku sedang belajar istilah bahasa Brunei Sabah yang juga jarang digunakan kecuali ‘beliau-beliau’ (orang tua). Di kala lepak di kedai bersama-sama rakan senegeri, keluarlah perkataan-perkataan yang aku tidak biasa dengar atau yang biasa didengar tapi jarang digunakan…di sini aku tuliskan beberapa istilah…

Klipa :

caper : selipar

Blabek : (aku pun susah menterjemahkan)

temo’ o : tamak (bahasa brunei: tamahak)

temewek : senyum (senyum temewek)

topoh : buah epal (asal daripada perkataan arab- tuffah)

noto : jalan-jalan (bederat)

sugung : tersemban/ttumuh

itu saja untuk kali ini. terlalu banyak aku lupa…tunggu penambahan di episod akan datang..


Peronan

Perkataan “peronan” atau dalam loghat kelantan disebut “pe-gho-ney” merupakan tempat membakar sampah. Adapun aku memanggil tempat itu sebagai “pon-dey api”.

Dalam bahasa Brunei juga di sebut “peronan” iaitu tempat membakar sampah.


BERGAMBUS

petikan berbisa orang lama

Majlis perkahwinan masyarakat Brunei biasanya diserikan lagi dengan majlis bergambus dan berzapin. Majlis berzapin ialah satu majlis yang diadakan pada malam berinai ataupu diistilahkan disini malam berbadak (malam berbedak). Bermulanya zapin pada malam sehingga lewat malam.

Majlis ini diadakan untuk meraaikan tetamu yang datang pada waktu malam untuk menolong menyiapkan persiapn perkahwinan. Untuk menghilangkan mengantuk, diadakan majlis bergambus untuk menghiburkan hadirin.

Aku sempat menghadiri sebuah majlis bergambus di Bongawan, Papar di Sabah kerana ingin sangat melihat budaya setempat. Pada malam itu, bergambus dimulakan selepas isya’ dan berakhir jam 2 pagi.

Dalam majlis tersebut, kumpulan gambus jemputan akan bermain gambus serta menyanyi lagu-lagu zapin dan joget. Penonton akan diajak untuk berzapin bersama-sama mengiringi lagu. Di situ aku lihat hadirin yang muda sampai yang tua turut serta. Gambus dipetik,gendang dipalu tari disusun. Tarian yang aku lihat hanya menggunkan langkah yang mudah tidak sama dengan zapin biasa. Ianya juga ditarikan berpasangan.

Hanya dengan tiga langkah mudah bergerak ke depan dan belakang, kemudian bertukar tempat.

Lagu zapin yang paling aku suka ialah ‘ampuk-ampuk bulan’. Begitulah kepelbagaian budaya dan kaum di malaysia.

gambus

gendang ibu dan konggo


BONGAWAN,SABAH

Pekan Bongawan terletak lebih kurang 70-80km (tdk aku tahu scara tepat) dari bandar Kota Kinabalu. Penduduknya adalah majoriti Melayu berbangsa Brunai.

Bahasa Melayu Brunai Bongawan sedikit berlainan dengan Bahasa Brunai Membakut. Ianya lebih iras dengan bahasa KL (bilang orang Membakut) kerana pada kalimah yang berakhir dengan huruf  ‘a’ ditukar menjadi ‘e’..contohtohnya: kenapa menjadi kenape.

Lenggok bahasanya juga agak berlainan, kerana lebih beralun daripada Brunai Membakut.

Pekan lama Bongawan, masih lagi tersergam kukuh. Terdiri daripada dua deretan kedai kayu. Kedai-kedai ini masih lagi beroperasi dengan aktif walaupun adanya pekan baru yang dibuka bersebelahan.

Masjid yang hidup dengan jemaah setiap lima waktu. Sentiasa ada jemaah memenuhi saf walaupun waktu subuh.

Budaya berzapin dan bergambus ketika majlis perkahwinan. Ada masih tukang gambus buatan tangan di Bongawan.

kedai baru

Dilengkapi dengan stesen keretapi dari Kota Kinabalu. Jalan keretapi berada ditengah-tengah diantara masjid dan pekan. Buat masa ini jalan keretapi masih dalam pembaik pulihan.

keretapi di Bongawan


SIPITANG SABAH

baru-baru ni aku sempat ke sipitang sekejap.asalnya pergi ke beufort je…lepas tu kawan aku tanya…”paling jauh di beufort ni kau sampai ke mana?” aku jawab sampai petronas je…dia pun bawa aku jalan-jalan atas sikit daripada petronas…akhirnya sampai sipitang…sayangnya henset aku batri kong..sempat juga ambil gambar sekeping dua sebelum mati…

dikatakan majoriti penduduk melayu brunai islam.boleh tahan jua besar bandar sipitang.terletak di pinggiran pantai dan ada potensi untuk lebih maju.tambahan pula jalan utama ke sarawak dan ke brunai darussalam.

dari sini dapat lihat kapal-kapal yang berlabuh dekat pulau labuan..jom tengok..


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.