Arkib Bulanan: Jun 2009

BAHASA MELAYU BRUNEI,SABAH

Bahasa Brunei merupakan salah satu daripada ratus an loghat di Malaysia terutama,Sabah. Bahasa Brunei mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Pertama kali aku mendengarnya, sungguh bersastera sebutannya yang baku mengingatkan aku pada masa lalu, seolah-olah bahasa yang pernah digunakan pada zaman filem hitam putih P.Ramlee.

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit beberapa ciri bahasa Brunei Sabah. Antara kelaianan yang terdapat pada bahasa ini ialah penggunaan vokal “a” pada menggantikan vokal “e”, vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’ vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’ dan penghapusan huruf ‘h’ dalam kebanyakan perkataan bahasa Brunei.

Sebagai contoh:

1-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘a’:

pekan = pakan

bedak = badak

berarak = bararak

kembang = kambang

belajar = balajar

kelas = kalas

2-      Vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’:

Bola = bula

Botak = butak

Bodoh = buduh

Bongkak = bungkak

Boleh = buleh

3-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’:

Berak = birak

Merah = mirah

Besok = bisok

4-      Penghapusan huruf ‘h’:

Hantu = antu

Sekolah = sekola

Faham = fa am

Hancur = ancur

Itu adalah antara perkataan- perkataan yang ditutur oleh kaum Brunei. Walaubagaimanapun, tidak semua perkataan yang mempunyai vocal tersebut diubah tetapi kebanyakannya vocal tersebut berubah dalam pertuturan kaum Brunei.

Bahasa Brunei juga mempunyai istilah-istilah tertentu dalam menggambarkan benda atau perbuatan. Antara perkataan tersebut ialah:

1-      Bubut = kejar

2-      Lusir = lari

3-      Nyaman = sedap

4-      Bisai = cantik,indah

5-      Linggang = lembik

6-      Berantam = bergaduh

7-      Seloroh = mengejek

8-      Buyuk = tipu

9-      Sigop = rokok

10-   Auw ‘= iya

11-    Ben = van

12-   Eskul = sekolah

13-   Stetmin = kenyataan

14-   Licak = lembut

15-   Piasau = kelapa

16-   Paloi = bodoh

17-   Moleh = balik

18-   Berinut = minta diri

19-   Limpas = lintas

Ini adalah secebis dari perkataan bahasa Brunei dari beribu patah yang dapat saya turunkan di sini.

Perkataan-perkataan Brunei juga banyak terkandung di dalamnya perkataann Inggeris yang sudah di “Brunei” kan. Contohnya ‘eskul’ atau ‘stetmin’

Pun begitu, istilah-istilah tersebut kian dihakis zaman. Perginya generasi lama membawa bersama bahasanya. Orang tua ibaratkan peti yang menyimpan khazanah berharga. Jika kita tidak mewarisi,maka hilanglah khazanah yang disimpan sejak sekian lama.

Pepatah berkata, ‘bahasa jiwa bangsa’. Dengan bahasalah kita dapat dikenali dari budaya mana asalnya kita.

Dengan kesedaran itu, wakil rakyat tempatan  telah mencadangkan agar perkataan-perkataan tersebut dibukukan.

Jika ada kesilapan harap dimaafkan kerana saya belum lagi menguasai bahasa Brunei. Tulisan ini hanyalah untuk kita sama-sama dapat merasa keunikan Malaysia.


Nilai sebuah perpisahan

19127638138325lSesuatu itu tidak dirasakan bernilai setelah sekian lama berada di genggaman. Menghargai sesuatu apabila ianya terlepas dari tangan adalah suatu penyesalan. Begitu jua persaudaraan. Betapa bernilainya sebuah persaudaraan tidaklah terasa ketika kita sedang menikmatinya. Setelah hilang barulah kita terasa betapa manisnya sebuah persaudaraan…

 

 Perpisahan

 mengajar aku erti persaudaraan

peritnya suatu kehilangan

nilai sebuah ikatan

yang terlepas dari genggaman

tanpa mu

aku tidak tahu

kasih ayah dan ibu

abang,kakak,adikku

yang mungkin berlalu

tanpa ada

yang memberitahu

indahnya perpisahan

 kerana disana

sejuta kenangan

seluas kasih sayang

menggamit kerinduan

perpisahan

terima kasih kerana datang

biarpun bersama kesedihan

namun

cukup manis ku rasakan

kerana nilai

sebuah persaudaraan


Raja Salor pelaga ayam

Salor Pasir Mas Kelantan mempunyai sejarahnya tersendiri . Mengikut riwayat dari seorang penulis buku sejarah mengatakan bahawasanya adalah seorang raja yang berasal dari selatan Siam pernah menetap di situ.

Arakianlah ceritanya bermuladengan Raja Salor ini tatkala sampai ke tanah Kelantan,mintalah ia bermukim beserta minta naungan kerajaan dibawah kuasa Raja Kota Bharu. Maka menetaplah ia bersemayam di tepi sungai Kelantan.

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

Maka tersebutlah juga kisahnya pada suatu hari Raja Kota Bharu kehendakkan akan berlaga ayam. Menjemputlah akan Tuanku Raja Kota Bharu akan Raja Salor untuk perlaga akan ia ayam. Tatkala mahu belaga ayam,sampai pengetahuan akan berita kepada Raja Salor bahawasnya mahu helah akan dia Raja Kota Bharu dalam permainan pelaga ayam. Maka murkalah ia Raja Salor akan ia,maka hendaklah ia membunuh akan Raja Kota Bharu.

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

 

Adapun begitu, setelah sekian reda akan murka, baginda bermohon ampun akan kepada Raja Kota Bharu. 

Bilakan tahu pula kepada Raja Kota Bharu akan perkhabaran itu, murkalah ia. Dikatakan kepada Raja Salor penderhaka menyanggah raja. Maka sebagaimana diriwayatkan cerita, turunlah titah disuruh bunuh akan ia Raja Salor beserta jua akan keluarga,keranakan ia sudah menderhaka.  Maka dengan itu, dibunuhlah akan ia akan Raja Salor bersama jua akan keluarga..arakianlah juga tamatlah riwayat Raja Salor, begitu juga akan cerita.

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

Dikatakan kubur yang terdapat di Salor itu adalah makam Raja Salor beserta hulubalangnya..wallahua’alam


Tukang Baca Doa

Hari sabtu membuka lembaran “cerpen kehidupan” aku. Kehadiran aku ke sekolah pada hari ini bukan untuk mengajar sebaliknya menghadiri mesyuarat PIBG. Dengan berpakaian t-shirt berkolar tuck-in dan berkasut “leather” tanpa setokin. Aku mengambil tempat di dalam kelas yang dijadikan bilik mesyuarat bersama ibubapa. Agak janggal juga aku berada di baris hadapan bersama ibubapa murid yang tidak dikenali ni.

Bila aku lihat sekeliling,tidak kelihatan cikgu-cikgu lelaki…rupa-rupanya mereka berada di luar. Skema betul aku nih masuk mesyuarat. Hilang AMAREKA aku hehehe…

Majlis pu bermula. Cikgu Jainab selaku pengerusi membuka ucapan alu-aluan.

“bagi memberkati majlis kita pada hari ini saya menjemput…..” cikgu Jainab berhenti seketika sambil matanya melilau mencari seseorang di khalayak hadirin. “ustaz Ahmad untuk membaca doa”. Cikgu Jainab menghabiskan kata-katanya yang terhenti seketika tadi…

“Ah..kacau! kenapa la aku yang dipilih” rungut hatiku dalam keadaan terkejut kerana namaku yang disebut untuk membaca doa. Tanpa notis atau makluman aku dipanggil kehadapan. Dahla nama aku dipanggil bermula dengan USTAZ!!.Matila aku..apa yang aku nak baca ni…sambil aku tersnyum, kepala aku ligat mencari helaian doa yang dihafal.

terkejut penyu

terkejut penyu

Aku bangun menuju ke tempat pengerusi. “ok kan Mat, kou baca doa?” Tanya cikgu Jainab macam terasa bersalah kerana tidak memaklumkan aku terlebih dahulu. “ok lah cikgu,dah dipanggil ni”. Jawab aku. Dalam kepala tu masih mencari doa yang sesuai untuk majlis PIBG.

“Al-Faaatihah…A’uzubillah…” aku memulakan doa. Nasib baik ada juga doa-doa yang dihafal masa belajar dulu. Aku bacalah doa dalam bahasa arab. D ihujung-hujung tu baru aku tambah dengan bahasa melayu

Selesai baca doa aku kembali ke tempat duduk. Terasa lega kerana tidak terbaca doa masuk tandas atau doa makan. Detik pertama ini bagaikan tandatangan menyatakan bahawa,bila ada majlis,akulah yang kena baca doa. ataupun istilah ustaz di sini “cop” sebagai pembaca doa setiap kali majlis.

memang benar apa yang dibagitahu aku tu. “kau ni mat,dicop sudah sebagai baca du’a ni”. Kata Ustaz Azlan. Sekali kena,memang akan kena di lain masa. Dan ianya benar-benar berlaku, suatu ketika, aku dilantik lagi sebagai pembaca doa penutup majlis tilawah al-quran peringkat zon. sampai terketar-ketar lutut aku sewaktu membaca doa. Lepas baca doa peluh dingin membasahi baju. Di majlis tu terdapatnya ustaz-ustaz yang lebih arif lulusan Azhar membuatkan aku menambah tahap kelajuan getar lutut. Sampaikan lepas baca doa,aku tidak tahu apa yang aku baca. Bagaikan orang lepas sedar dari tidur…

 Sekarang ni, kalau sekolah ingin menganjurkan majlis, aku mula gelabah..Ada slot baca doa ke? mesti kena tanya. Kalau ada cepat-cepat aku mencadangkan nama ustaz lain. Walaubagaimanapun aku kena sentiasa bersedia untuk membaca doa lagi…orang kata sudah dicop mati. Apa yang aku cakap itu benar, sebab sampai hari ini sudah tiga kali aku jadi tukang baca doa…

Doa_Kejayaan


Orang Baru Dan Sigop

 

Hari pertama aku di sekolah sungguh asing.Mata-mata si kecil tertumpu kepada aku dan Kamarul (posting sekali).Mereka mungkin berasa pelik atau teruja menerima kehadiran orang baru di sekolah.”Ah..kekok betul!”.

Si kecil yang terkesima..hehe

Si kecil yang terkesima..hehe

Wajah-wajah yang kehairanan menambahkan lagi kerisauan aku sebagai orang baru di sekolah..Untuk memulakan persahabatan agak sukar juga.Tambahan lagi dalam bilik guru semuanya perempuan.Untuk menghilangkan kerisauan dan untuk membiasakan dengan suasana baru,aku berjalan melihat sekeliling.Di kala keluar dari bilik guru kami disapa:

“Kita’ dari mana?’ Tanya seorang guru perempuan yang berusia mungkin dalam 50 an.

“dari Kelantan” Aku menjawab.

“Dari Kedah.” Sambung Kamarul dengan loghat Kedahnya.

Okey lah! Sudah ada perbualan.Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit selesa.Agaknya kami sudah diterima sebagai orang baru.Perempuan tadi membahasakan dirinya Mami.

“kalau kau mahu ke dapur kau pergi kesana” Bagitahu Mami sambil menunjukkan kearah sebuah rumah belakang bilik guru. Disana kelihatan beberapa guru lelaki memandang ke arah kami.

“Owh..di sana rupanya guru lelaki” Bisik hatiku.Boleh aku berbual-bual.Dengan perempuan ni apa sangat yang boleh bercerita.

Kami mengarah langkah menuju ke rumah yang dimaksudkan.Dari pintu masuk kami disambut dengan senyuman.Kelihatan di tangan masing-masing rokok menyala.Baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan dapur tadi. Setelah bersalaman dan berkenalan aku aku mengeluarkan Marlboro Piliphine sambil pura-pura bertanya.

“Boleh merokok ke di sini?”

“Owh,boleh,boleh” Jawab Cikgu Kassim yang baru saja kami berkenalan tadi.

“Owh, hahaha..bertambah lagi ahli kita” sambung cikgu Kassim.Ahli yang dimaksudkan ialah perokok macam mereka.Aku tersenyum.

“Di sini orang panggil rokok,sigop” Sambung cikgu Kassim lagi. Sigop ialah rokok dalam bahasa Melayu Brunei.Itulah perkataan pertama Bahasa Brunei yang aku belajar secara tidak lansung…Dan dari situlah bermulanya satu hubungan persaudaraan baru..di bilik sigop..

Bermulanya ukhwah di sini..

Di sini bermulanya ukhwah ..


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.