BAHASA MELAYU BRUNEI,SABAH

Bahasa Brunei merupakan salah satu daripada ratus an loghat di Malaysia terutama,Sabah. Bahasa Brunei mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Pertama kali aku mendengarnya, sungguh bersastera sebutannya yang baku mengingatkan aku pada masa lalu, seolah-olah bahasa yang pernah digunakan pada zaman filem hitam putih P.Ramlee.

Di sini saya akan menceritakan serba sedikit beberapa ciri bahasa Brunei Sabah. Antara kelaianan yang terdapat pada bahasa ini ialah penggunaan vokal “a” pada menggantikan vokal “e”, vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’ vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’ dan penghapusan huruf ‘h’ dalam kebanyakan perkataan bahasa Brunei.

Sebagai contoh:

1-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘a’:

pekan = pakan

bedak = badak

berarak = bararak

kembang = kambang

belajar = balajar

kelas = kalas

2-      Vocal ‘o’ kepada vocal ‘u’:

Bola = bula

Botak = butak

Bodoh = buduh

Bongkak = bungkak

Boleh = buleh

3-      Vocal ‘e’ kepada vocal ‘I’:

Berak = birak

Merah = mirah

Besok = bisok

4-      Penghapusan huruf ‘h’:

Hantu = antu

Sekolah = sekola

Faham = fa am

Hancur = ancur

Itu adalah antara perkataan- perkataan yang ditutur oleh kaum Brunei. Walaubagaimanapun, tidak semua perkataan yang mempunyai vocal tersebut diubah tetapi kebanyakannya vocal tersebut berubah dalam pertuturan kaum Brunei.

Bahasa Brunei juga mempunyai istilah-istilah tertentu dalam menggambarkan benda atau perbuatan. Antara perkataan tersebut ialah:

1-      Bubut = kejar

2-      Lusir = lari

3-      Nyaman = sedap

4-      Bisai = cantik,indah

5-      Linggang = lembik

6-      Berantam = bergaduh

7-      Seloroh = mengejek

8-      Buyuk = tipu

9-      Sigop = rokok

10-   Auw ‘= iya

11-    Ben = van

12-   Eskul = sekolah

13-   Stetmin = kenyataan

14-   Licak = lembut

15-   Piasau = kelapa

16-   Paloi = bodoh

17-   Moleh = balik

18-   Berinut = minta diri

19-   Limpas = lintas

Ini adalah secebis dari perkataan bahasa Brunei dari beribu patah yang dapat saya turunkan di sini.

Perkataan-perkataan Brunei juga banyak terkandung di dalamnya perkataann Inggeris yang sudah di “Brunei” kan. Contohnya ‘eskul’ atau ‘stetmin’

Pun begitu, istilah-istilah tersebut kian dihakis zaman. Perginya generasi lama membawa bersama bahasanya. Orang tua ibaratkan peti yang menyimpan khazanah berharga. Jika kita tidak mewarisi,maka hilanglah khazanah yang disimpan sejak sekian lama.

Pepatah berkata, ‘bahasa jiwa bangsa’. Dengan bahasalah kita dapat dikenali dari budaya mana asalnya kita.

Dengan kesedaran itu, wakil rakyat tempatan  telah mencadangkan agar perkataan-perkataan tersebut dibukukan.

Jika ada kesilapan harap dimaafkan kerana saya belum lagi menguasai bahasa Brunei. Tulisan ini hanyalah untuk kita sama-sama dapat merasa keunikan Malaysia.

Perihal sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

20 Respons to “BAHASA MELAYU BRUNEI,SABAH”

  • Lokanbertepuk

    Sikit lagi gak mu takleh doh kkecek kelate..

  • Mu panggil aku kak

    wat la posting bahasa kelate pulok. Cari perkataan-perkataan yg dah hampir luput ditelan zaman…

  • peejaben

    ustat, sia kumen dlu ni..

    9- Sigop tu bunyinya sigup bha,

    10- Auw tu silap ija..awu..,

    12- Eskul tu iskul

    16- Paloi tu palui..

    17- Moleh tu mulih …

    bulih suda bakurapak brunai mun miani..hahaha!!gud job..

  • tokdeka

    5. linggang = lembik

    hahahaha jolo ko linggang tu lembik… ambo musykil wei…

    kalo nak tahu cerita lanjut dan makna tepat linggang acu tera rujuk ore kampung ILANUN.. byk yg tersirat di balik pktn linggang…. sila rujuk PK untuk pencerahan….

    • sanggupa

      setakat ni hok tu makna tepat bagi linggang…ada rhsia sebalik perkataan tu mgkin ada kaitan dengan cerita2 yg tdk pernah didengar hahaha

  • tokdeka

    setakat ni hok tu makna tepat bagi linggang

    ia ka tapat!!!!! kewe ni ore berunei wei…..

  • guntongbest

    selamat hari raya aidilfitri
    layari blog kami
    guntongbest.blogspot.cpm

  • guntongbest

    selamat hari raya aidilfitri
    layari blog kami
    guntongbest.blogspot.com

  • Suhailee

    Salam tuan.
    Saya orang Membakut, Sabah. Majoriti suku kaum Brunei di Sabah tinggal di Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Kuala Penyu, Beaufort, Menumbok dan Sipitang. Terdapat juga masyarakat Brunei yang menetap di utara Sabah dan Sandakan.
    Sejarah masyarakat Brunei Sabah sangat panjang. Bahasa dan kebudayaan suku kaum Brunei di Sabah juga memang unik, warisan bahasa dan budaya dari negara Brunei Darussalam.
    Benar, dengan bahasa, orang Brunei di Sabah mudah dikenali. Boleh dikatakan bahasa Brunei di Sabah pernah menjadi bahasa komunikasi utama pada zaman dahulu antara penduduk yang berbilang kaum khususnya di pantai barat/pedalaman atas kerana bahasa ini mudah dikuasai, difahami, dan mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan bahasa Melayu baku yang digunakan sekarang.
    Kini Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) memainkan peranan untuk memelihara dan menyemarakkan budaya serta nilai-nilai tradisi masyarakat Brunei Sabah.
    Sila klik pautan ini untuk melihat klip video Pesta Gambus Masyarakat Brunei di Sabah: http://www.youtube.com/watch?v=S2kY1wMlFMk&feature=related

    Laman Web PMBS: http://www.pmbs.org.my

  • alip

    salam… hehe, lama suda eh nda brkurapak brunei,, bisai tah ada disini,,bule jua kan blajar balik ni,, lama suda d smenanjung,,raya ja ni balik kg.brunei d membakut tu,, rumah nini ku btul2 d depan jambatan d kg brunei atu… ^^

  • sunshyne

    assalamualaikum. aku tau ramai pulang melayu brunai di sabah ganya first time tah ku meliat and membaca orang bukan dari negeri brunei berkurapak bahasa ani. bari iski and siuk membaca.mudahan jua banyak lagi article sal bangsa brunei di sabah atau di luar brunei featured in your blog.

    look forward to read more articles in your blog.

    sunsyhne

  • adlin

    siuk jua membaca blog mu dangan …mun bkurapak brunai lae bisai sanang lae bha …

  • agjaafarismail

    asslamualaikum, apa abar biskita di sana? mun dari dulu lagi aku meliat ruangan ini ada, banyak udah ku kongsikan dangan-dangan kitani ani pasal bahasa Barunai. Sekali sekala meliat ruangan ani siok jua tu. Peranak karang ani baik yang di kampong atau yang udah bakaraja, banyak udah bahasa Barunai bisidia bercampur dengan bahasa Melayu bila berkurapak walaupun sesama bangsa Barunai..Mun lakat lagi ada orang tua-tua kitani di kampong,madam beliau-beliau atu bekurapak tbarunai. Bisidia campin tu bakurapak barunai. Tahun 60 an lakat lagi tinggal di kampong Brunei Membakut, pantang meliat lomboi anyut, tarus tarajun dari jambatan ke aing marabut buah lomboi. sekian selingkar kisah berbahasa Berunai .

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.