lelaki ini
di pinggiran usia
menanti
seketul hati
semulia khadijah
seindah fatimah
secantik rabiatul adawiyah
menadah mengharap
sekupang kasih darinya
untuk sesuap sayang
bagi menerus seusia umur
duduk tertunduk
susuk pekerti yang busuk
dengan baju akhlak yang rabak
mata hati yang buta
ibadahnya yang tempang
di gelap lorong kehidupan
lelaki ini
sungguh hina
kerana lupa
menilai dirinya
29 sept 2009
3.45 pm