AMAREKA…DEMO!!!

KELANTAN

Terletak di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia,terkenal dengan nama serambi mekah dan kota budaya. Kelantan merupakan negeri yang unik dari segi sosio masyarakat dan juga budaya. Pertuturan rakyat kelantan yang berbeza dengan negeri lain merupakan salah satu keunikan negeri ini. Sikap rakyat kelantan yang mashsyur dengan kegigihan kerajinan dan berdikari merupakan asset kerajaan yang berharga. Sikap ini merupakan khazanah yang amat berharga dan tidak harus dibiarkan pupus dari diri setiap rakyat kelantan. Kejayaan demi kejayaan telah dilakar oleh anak kelantan samada di luar ataupun didalam Negara.

Kerajinan rakyat kelantan dapat dilihat di setiap pelosok negeri,dimana ada peluang disitulah anak kelantan berada. Dari utara sampai selatan hingga sabah ke Sarawak ada saja penutur loghat kelantan.

Semangat dan jiwa ke”kelantan”an memang tidak boleh dipisahkan dari diri anak kelantan. Dimana sahaja mereka berada,identity kelantan sentiasa ditonjolkan. Samada di plet kenderaan,atau percakapan. Bangga menjadi anak kelantan kadang-kadang menimbulkan rasa cemburu di kalangan masyarakat sekeliling. Semangat kelantan yang menebal kadang-kadang membawa kepada kekacauan terutama di kalangan remja yang terlalu taksub dengan jiwa kelantan. Sehinggakan anak kelantan di cap sebagai samseng,gedebe,kaki pukul,asobiyah dan sebagainya. Walaupun hanya segelintir yang besikap begitu. Bak kata pepatah kerana kerbau seekor habis kena Lumpur…walaubagaimanapun,pelbagai label yang dilabelkan kepada mereka, tiada mereka rasa kecil hati bahkan menjadi kebanggaan..itulah kelebihan orang kelantan.

Dari segi ilmu rakyat kelantan juga tidak ketinggalan. Saban hari kita dengar pelajar terbaik SPM dari kalangan anak kelantan. Professor, doctor, pengarah dan sebagainya ramai juga dari kalangan anak kelantan. Sebagai contoh, datuk pahmin rejab, professor nik safiah karim, dan ramai lagi autocrat-autokrat dan professional dari kalangan anak kelantan yang ternama. Manakala dalam ilmu agama, boleh dikatakan mereka menjadi pendahulu dari negeri lain memandangkan pusat pengajian agama yang banyak di negeri ini. Graduan-graduan dari timur tengah,pondok-pondok,maahad-maahad,sekolah agama dan sebagainya tergolong dari orang kelantan. Jika diperhatikan di dalam universiti, pelajar kursus agama kebanyakannya dari negeri kelantan. Sebab itu golongan ustaz-ustaz kebanyakan dari kelantan. Sesuailah kelantan digelar serambi mekah. Dari sudut pengamalan ajaran islam pun kita lihat di kelantan masih lagi kuat. Di tambah lagi dengan sokongan kerajaan negeri yang bertungkus lumus berusaha supaya rakyatnya menjadi rakyat yang soleh. Pun begitu, sudah ada kuman-kuman jahiliyah yang menyerang rakyat kelantan. Sedikit-sedikit makin menghakis gelaran serambi mekah kebanggaan rakyat kelantan…

Adapun tulisan ini bukanlah untuk mengagungkan rakyat kelantan ataupun mengungkit isu lama tetapi Sekadar pandangan aku terhadap sosio masyarakat kelantan, dan aku bangga menjadi salah seorang darinya. Tidak dinafikan negeri lain ada kelebihanya, ini hanyalah sudut pandangan sebelah mata aku terhadap masyarakat aku…sekian

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

One response to “AMAREKA…DEMO!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: