SUTRA PAWANA DALAM KENANGAN

1_298928284m

Sutra Pawana…itulah nama yang terpilih setelah kami bermesyaurat di bilik OR. Sutra bermakna kelembutan dan Pawana adalah angin yang bila digabung memberi maksud angin yang bertiup dengan lembut…itulah gambaran yang diberikan oleh Abe Mijo sebab dialah yang memberikan nama ni. Sutra Pawana adalah untuk menggantikan nama asal kumpulan dikir barat UIAM yang sebelum ini mengguna pakai nama NAGA BORO.

1_997380638l

THE GANG........

Dengan berlabelkan Sutra Pawana kami melakar nama di persada dikir barat terutama di sekitar Lembah Klang. Kehadiran Abdul Hadi Fahimi telah membawa banyak perubahan kepada kumpulan kami daripada berdikir di dalam kampus kepada bangsal luar kampus. Menjadikan OR sebagai pusat latihan dan perancangan aktiviti sehingga menimbulkan krisis dengan persatuan seni lain. Akhirnya kami terpaksa berpindah dengan rela menjadikan kaki lima sebagai tempat latihan.

1_417053995m

Pokku(duduk kiri) Tokku (duduk kanan) dua presiden yang KOOL

Dari kepimpinan Tokku beralih kepada Pokku, kami terus mencari nama memartabatkan dikir barat sebagai seni yang tidak ketinggalan zaman bersaing dengan seni-seni moden dan seni-seni lain yang mendapat tempat di hati peminat seni. Usaha tuanku presiden dan Adi Al fahimi berjaya menempatkan nama Sutra Pawana di dalam senarai persembahan di hotel-hotel berbintang dan majlis-majlis keraian dato-dato hatta majlis badan-badan berkanun atau bukan kerajaan.

1_307239600l

Tunggu rehearsal di Dataran Merdeka

Kami begitu teruja bila mempertontonkan seni Kelantan di pentas Dataran Merdeka sebanyak 2 kali,Pall Mall hotel,Pacific Hotel,Grand Season Hotel,Angsana Plaza,Giant,Dewan Felda,Dewan Millenium Kepala Batas,persembahan di depan tetamu dari Morocco, di Dewan Perniagaan Cina di KL dan banyak lagi…yang mungkin tidak akan dilupakan oleh kami ialah mendapat tempat untuk rancangan Salam Pantai Timur siaran TV1 dalam setiap episod.

Pun begitu,banyak duka dan luka yang harus kami tempuhi.Sepanjang perjalanan kami,terlalu banyak onak dan duri.Pahit kami telan luka kami tahan.Krisis dalaman dan ancaman luaran kami diamkan.Kesabaran menjadi senjata,ukhwah menjadi penyangga…

Pimpinan silih berganti…daripada Pokku kepada Zuar.Mungkin kerana dunia ini ibarat roda,sekali diatas sekali ke bawah,begitulah juga dengan kami..kegemilangan mula pudar..biarpun pudar masih lagi bersinar. Sutra Pawana cuma bertahan dengan kejayaan lama. Kesibukan ahli dengan pelajaran memendekkan jarak pergerakan Sutra Pawana. Ramai ahli yang berada di tahun akhir pengajian termasuklah tuan presiden menyebabkan banyak aktiviti kami lipat ke bawah buku pengajian. Keberunduran sesetengah ahli untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran menambahkan lagi kesuraman. Akan tetapi nama Sutra Pawana masih lagi harum di luar kampus. Ramai juga ahli kami di “import” oleh kumpulan luar kampus untuk membantu kumpulan mereka. Kadang-kadang kamilah yang mengadakan persembahan diatas nama lain.

Lagak Juara Anti Dadah Kebangsaan Terbuka Johor

Lagak Juara Anti Dadah Kebangsaan Terbuka Johor

Kepimpinan bertukar tangan lagi kepada Nuar. Inilah saat akhir aku berada dalam Sutra Pawana. Nama Sutra Pawana masih stabil. Aku pun terpaksa membahagikan masa untuk semester akhir aku..sehinggalah aku grad…dan akhirnya meninggalkan Sutra Pawana tanpa aku puas bersamanya..

Setelah itu, berita terbaru aku dengar…Sutra Pawana dapat ke suku akhir pertandingan dikir barat kebangsaan..terangkat semangat aku bagaikan ingin kembali bersama mu..semoga berjaya Sutra Pawana………

650542056l

Sutra Pawana Menuju Puncak

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

18 responses to “SUTRA PAWANA DALAM KENANGAN

  • Lokanbertepuk

    Ganas ken tu sutrapawana…. tp gak loni semo tinggal kenangan manis jah la..
    teringat ko set2 ambo dikir thn 1974 dulu, loni gak kalu beraso teringat2 gak paka amik gambar tengok jah la..

    • sanggupa

      hok sedihnyo gmbar abis ile laptop keno format.ni pon sedut2 dale friendster sep dikir huhu..
      hile gmbar buleh cari,hile kenange supo hile ingatan ko guano ayohmat?

  • Lokanbertepuk

    isap suria dulu lah sebatang nk bui hile ssumat…

  • ayang

    kekeke..mcm knl la bdk hok duk sbelah awk.yg pki bj biru 2. imey kn nm dia? huhu…bsahabat baik ko?

  • ayang

    saing kacik ke kecik? haha..hola..mugo saing awk 2 byk gewe…ekekeke..mapuh la pahni kalu dio bc.. kena katok la..hahaha

  • muslih al fansuri

    sutra pawana masih lagu mengalukan kedatangan sanggupa ke teratak sutrapawana.. kenangan masih kami simpan kekal didalam ingatan..tiada virus yang mampu mendeletenya…trima kasih atah sumbangan sanggupa selama ini..

  • arjunasukma

    aaa..kena buah tu sedas beli baju slalu..haha..nak beli getek toww..

  • imm

    salam sejahtera…..

    mat… kawe rindu demo.. ni pertamo kali baca tulisan demo… gembira rs di hati…. tp bilo bc gapo hok ‘ayang’ tulis di atas…. adus… pedih ni kawe…. bkpo ado istilah gitu ko kawe…. hahha.. buat ‘ayang’ tlg jawab……

  • imm

    salam mat… bagus demo dh mula menulis…. keratif bena demo nih….

    sutrapawana mmg sunyi tanpa demo… nak cari orey silat pun payoh….

    sejok demo nge mat imi grad, sunyi kalos kawe bdk2 hok besor duk dgey geng dl2 sutrapawana….

    tp bakpo ‘ayang? kata gitu?… ayang ni sapo mat? kawe nk saman dio sbb menghembur kata2 manis ko kawe di kalayak umum… adussss.s……..

    • sanggupa

      tq mey…sero genang air mato kw demo oyak gtu…ingat ko kngan sutra pawana.betul mat iimi kato ukhwah puak dikir lebih hebat dari geng jemaah(mnta maaf kalo ada yg trasa)tringat kancil turbo demo,iswara poku,keto sewo apih,mmalu gong,silang gong,pall mall hotel dan byak lg huhu….
      ‘ayang’ not my sayang hehe tu bdk HS sain muslih…

      • ayang

        ime..cpt benar lupekn kawe..haha…elele..ntah2 buat2 lupe..
        maafla kalau trase hati..mgkin sbb kawe pn tkejut tgk muko demo ade dlm gmbr..xsgka kecikny dunia..
        hehe..

  • muslih al fansuri

    tapi kawe akan tetap jaga sutrapawana,sampai kawe rasa tok mampu jaga lagi,kawe nok lahirkan 10 oghe lagi supo demo..

  • the

    kenangan bersama sutrapawana xkan pernah daku lupakan..tq mat coz melalui blog demo segala kenangan akan segar diingatan sanubari..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: