Empayar Besar dan Kelantan

 

Queens of Langkasuka

Queens of Langkasuka

 

Queen of Langkasuka, tajuk sebuah movi dari Siam menarik perhatian aku. Tajuknya bertemakan sejarah Lampau membuatkan aku begitu berminat untuk mengkhatamkan movi ni. Cerita ni mengisahkan sebuah kerajaan lama Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang diperintah oleh seorang raja perempuan.Apa yang menariknya ialah apabila pelakon berpakaian KeMelayuan tapi cakap Siam. Pakaian yang dipakai ialah baju pendekar macam dalam cerita melayu berserta tanjak dan keris. Pakaian Raja Langkasuka pula seperti pakaian makyong. Manakala nama yang dipakai juga adalah nama melayu seperti; Raya,Ungu,Paree..

 

Tengkolok pahlawan Melayu

Tengkolok pahlawan Melayu

 

Pengarah juga menggambarkan Raja Pahang yang bernama Abdul Ghafur Wahidin berpakaian pahlawan melayu datang melamar adinda raja Langkasuka. Disebut juga dalam filem tersebut kerajaan Johor,Pahang,Songhkla dan sebagainya menggambarkan hubungan Langkasuka dengan negara luar.

 

Bagaimanapun unsur-unsur karut dalam cerita ni membuatkan aku rasa bukan cerita sejarah,sebaliknya imaginasi penulis skrip mengenai zaman Kerajaan Langkasuka. Ataupun sejarah yang ditokok tambah bagi melazatkan lagi jalan cerita. Mana la tahu aku ni buta sejarah hehe

Timbul tanda tanya ialah adakah Langkasuka diperintah oleh raja perempuan? Sudah ada kah kerajaan Pahang dan Johor pada masa itu? Apakah negeri Kelantan juga dibawah kerajaan Langkasuka? maka aku pun cari la kot internet…apa yang aku dapat:

“….Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.”

“…Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu). “

Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam.

“…Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa ini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14) muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh Majapahit…”

 “..Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).

Dalam mencari mengenai Langkasuka tu timbul pula satu isu baru iaitu asal-usul gelaran Nik,Wan,Long dan Tuan yang dulunya pernah aku berbincang dalam forum dikirbarat.net. Macam-macam cerita pasal gelaran ini telah kami kongsi. Bagaimanapun ini adalah maklumat baru yang aku dapat iaitu gelaran ini berkaitan dengan susur galur kerajaan Champa…

“…Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala.

 Sejarah Champa penting dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan, Nik, Long dan Tuan.

Dan persoalan mengenai kaitan Kelantan dengan Kerajaan Champa…Penulis artikel tersebut mendatangkan contoh-contoh nama yang mungkin menunjukkan kaitan Kerajaan Champa dengan Kelantan..

“…Kelantan ada kaitan Champa?
Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.(dipetik dari harakah daily.net /sekolah pemikiran Kg.Baru)

Pada andaian aku, tidak hairanlah kalau Kelantan mempunyai kaitan dengan Champa sebab Kerajaan Kelantan dulu pun bukannya kerajaan kecil…Sampai di dalam buku Ibn Battutah pun ada tercatit nama Kelantan…

mmmm…aku sebenarnnya bukan suka buat kajian sejarah ni sebab benda tu buat penat otak. Tapi isu sejarah ni agak menarik la bagi aku..Sekurang-kurangnya ada jugak maklumat sikit-sikit..

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

6 responses to “Empayar Besar dan Kelantan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: