mencari sekolah

 

Masa mula-mula aku datang ke Sabah aku tak tahu macamana la rupa sekolah aku tu. Kawan-kawan yang semaktab dengan aku bercerita tentang sekolah masing-masing yang bagus-bagus. Ada yang di pinggir bandar,atas bukit,sekolah besar dan macam-macam lagi. Aku pula ditakutkan dengan sekolah yang jauh di pedalaman,yang terpaksa melalui jalan berbatu,berselut,ilmu hitam…

Bagi menutup pintu imaginasi aku tentang sekolah yang dashyat, aku berpakat menyewa kereta dengan kawan aku yang sejalan dengan sekolah aku.

Musafir ke Beufort mencari jawapan

Musafir ke Beufort mencari jawapan

perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu aku terasa amat jauh untuk sampai ke sekolah. Terasa juga dalam hati sebab kawan-kawan dapat sekolah dekat bandar ada “life” orang kata.

Berpandukan pelajar UMS (kawan kepada kawan aku) kami menyelusuri jalan mencari sekolah…Memandangkan Membakut di pertengahan jalan maka kami mengutamakan pencarian sekolah Kabajang. tatkala sampai di bandar Beufort, berputar-putar kami mencari label yang tertulis “sekolah Kebangsaan Kabajang”. Untuk memudahkan kerja pencarian,kami menanya pemandu kereta sewa…malangnya jawapannya ialah “ndak tau'”..hah…??tu dia…penduduk setempat pun tidak tahu dimana sekolah tu. Pedalaman sangat ke sekolah tu sampai orang sini pun tak tahu…kami ketawa mengusik kawan aku tu bahawa sekolahnya jauh di pedalaman yang sukar dimasuki kenderaan…

Nasib baik kami terjumpa seorang ustazah,yang kebetulan pula bila ditanya sama-sama orang Kelantan..dalam kepala aku “ramainya orang Kelantan..sampai mahu bertanya pun terkena orang Kelantan..” kebetulan pula jalan ke sekolah ustazah ni sama dengan sekolah kawan aku tu. Kami pun culik la ustazah ni kejap bawa tunjuk jalan..Dia duduk di depan aku tiga di belakang.

Dengan bantuan ustazah, kami sampai ke sekolah yang dicari-cari. Sekolah tu terletak di kawasan kampung bukannya pedalaman. Penduduk di situ pula adalah Muslim. Sepanjang jalan kami boleh menjumpai masjid. Kampung ini di diami oleh kaum Bisaya. Kaum Bisaya dikatakan terkenal dengan ilmu “tut…” atas dahi. Benar atau tidak aku tidak tahu.

Bangunan Sekolah

Bangunan Sekolah Kabajang

Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu kami singgah di Sekolah Pekan Membakut (sekolah aku). Kedudukan sekolah aku lebih dekat dengan Kota Kinabalu berbanding Sekolah Kabajang. Jarak perjalanan dengan motor dalam sejam setengah. Sekolah aku berada di kawasan pekan kecil.Walaupun kecil ianya lengkap dengan Bank (BSN),pejabat pos,klinik,balai polis dan taman perumahan (tempat tinggal aku sekarang).

opis sekolah aku

opis sekolah aku

Luputlah anggapan aku terhadap sekolah yang bakal aku berkhidmat. Cuma menunggu cabaran yang bakal ditempuhi di sekolah tersebut…timbul persoalan dalam diri aku,apakah aku boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sana…

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

5 responses to “mencari sekolah

  • Lokanbertepuk

    mu keno belajar mat ilmu tu… ssaloh takdok mmalu cane pat ddikir gak, mu paka sambung di jari selalu wat mmalu cane..hehehe

    • sanggupa

      haha..mmalu cane xpo lagi,lamo kan ore kelih jadi malu muko hehe…
      sebenarnya benda tu hanya orang yang terkena saja yang ternampak. macam ilusi la.Ada sejarah asal usul ilmu ni. Ianya terjadi pada zaman Jepun.Oleh kerana Jepun tu suka sangat anak dara melayu,maka para ustaz dan lebai mencipta ilmu ni.Ada jepun jadi gila kerana mengejar “anu”nya.Ada ternampak lekat di dinding.Jepun yang terkena sampai bawa mati..ada bukti??Wallahu a’alam sebab ini cerita dari mulut ke mulut..

  • hairy

    gano sumbak bena dmo ni…kawe pn dop sbah jgk tp xla steruk tu

  • Dienz

    kat bongawan tu ader ag tak rumah sewa? sbb aku nie dapat posting kat sk pekan bongawan gak nie…. takut lak masa nak pi sana nnt takder lak rumah sewa…. mati ler aku… aku posting 16 april nie…. boleh tolong cari2 kan tak…. hehehhe….

    • sanggupa

      ckgu baru ko?bereh…ado so jah prumahan sini…tp blh ejah…kw duk di membakut bkn bgawan..10 minit ke bgawn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: