Orang Baru Dan Sigop

 

Hari pertama aku di sekolah sungguh asing.Mata-mata si kecil tertumpu kepada aku dan Kamarul (posting sekali).Mereka mungkin berasa pelik atau teruja menerima kehadiran orang baru di sekolah.”Ah..kekok betul!”.

Si kecil yang terkesima..hehe

Si kecil yang terkesima..hehe

Wajah-wajah yang kehairanan menambahkan lagi kerisauan aku sebagai orang baru di sekolah..Untuk memulakan persahabatan agak sukar juga.Tambahan lagi dalam bilik guru semuanya perempuan.Untuk menghilangkan kerisauan dan untuk membiasakan dengan suasana baru,aku berjalan melihat sekeliling.Di kala keluar dari bilik guru kami disapa:

“Kita’ dari mana?’ Tanya seorang guru perempuan yang berusia mungkin dalam 50 an.

“dari Kelantan” Aku menjawab.

“Dari Kedah.” Sambung Kamarul dengan loghat Kedahnya.

Okey lah! Sudah ada perbualan.Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit selesa.Agaknya kami sudah diterima sebagai orang baru.Perempuan tadi membahasakan dirinya Mami.

“kalau kau mahu ke dapur kau pergi kesana” Bagitahu Mami sambil menunjukkan kearah sebuah rumah belakang bilik guru. Disana kelihatan beberapa guru lelaki memandang ke arah kami.

“Owh..di sana rupanya guru lelaki” Bisik hatiku.Boleh aku berbual-bual.Dengan perempuan ni apa sangat yang boleh bercerita.

Kami mengarah langkah menuju ke rumah yang dimaksudkan.Dari pintu masuk kami disambut dengan senyuman.Kelihatan di tangan masing-masing rokok menyala.Baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan dapur tadi. Setelah bersalaman dan berkenalan aku aku mengeluarkan Marlboro Piliphine sambil pura-pura bertanya.

“Boleh merokok ke di sini?”

“Owh,boleh,boleh” Jawab Cikgu Kassim yang baru saja kami berkenalan tadi.

“Owh, hahaha..bertambah lagi ahli kita” sambung cikgu Kassim.Ahli yang dimaksudkan ialah perokok macam mereka.Aku tersenyum.

“Di sini orang panggil rokok,sigop” Sambung cikgu Kassim lagi. Sigop ialah rokok dalam bahasa Melayu Brunei.Itulah perkataan pertama Bahasa Brunei yang aku belajar secara tidak lansung…Dan dari situlah bermulanya satu hubungan persaudaraan baru..di bilik sigop..

Bermulanya ukhwah di sini..

Di sini bermulanya ukhwah ..

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

9 responses to “Orang Baru Dan Sigop

  • Lokanbertepuk

    Penggunaan perkataan “KITA” kpd orang yg kita lawan bercakap juga ada diguna di Kelantan oleh orang tua dulu, bahkan masa ambo kecik dulu pn masih lagi dengar. Selalunya ia dibahasakan kpd orang yg kita tidak tahu nama atau tidak kenal..

    Sigop tu bakali asal dari perkataan ore putih gamoknyo..Cigarette/Cigar

    • sanggupa

      Kalu di Kelantan biasanya “kita” merujuk kepada kata ganti nama pertama iaitu orang yang bercakap terutama bila berbahasa dengan orang yang lebih tua.”Kita” juga merujuk kepada kata ganti nama kedua untuk orang yang tidak diketahui nama tapi amat jarang digunakan.Penggunaan “demo” lebih popular di Kelantan.Itulah kesantunan berbahasa.

      “Sigop” mungkin dari perkataan Inggeris.Kalu Kelantan panggil “segeret” asal dari “cigarette” seperti ayahmat kato.Bahasa Brunei banyak terpengaruh dengan BI.sekolah jadi “skul”.Huhu..xdan lg belajar bahasa ni.nati ada masa nak ulas sikit tentang bahasa ni…

  • Lokanbertepuk

    Memang pun perkataan “Kita” utk ganti nama kedua sudah tidak dpt didengar lagi dlm perbualan skrang ini. kalau nk dikirakan dari segi darjat, perkataan “kita” lebih sopan dari “Demo”. Ia kerap dipakai oleh pembesar2 zaman dahulu kpd orang biasa. Sedangkan “demo” dipakai oleh golongan biasa sprt rakyat jelata utk sesama mereka sebagaimana perkataan “Awak” dlm bahasa kebangsaan.

    Namun begitu kita jgn terkejut kalu kita bercakap dgn orang dari beberapa daerah di negeri Perak, kerana apabila mereka menyebut “Awak” itu bermakna “Saya” dlm bahasa kebangsaan..ambo beso terkena doh..hehehe

    Ada satu lgi perkataan utk gantinama kedua yg sudah tiadak dipakai lagi skrg ini ialah “Diri”. Mungkin kerana bunyinya agak kurang sopan, hanya kadang2 diguna pakai dlm wayang kulit shj skrg ini.

    • sanggupa

      “diri”? x beso dengar tuh ore bbaso diri dio diri. kalu hok biaso gak gantinama “diri” akan disertakan dengan “saya” atau “ambo” jadi “diri saya” dan “diri ambo”.
      kalu dale woye kulit ado sebut “diri ambo bergelarkan…” atau dalam sastera biasa digunakan contohnya “diri ini”.kalu ganti nama “diri” secara tunggal tok beso dengar lagi.

  • Lokanbertepuk

    silap tu….maksud ambo “diri” ini ialah sebagai gantinama kpd awak atau kamu atau kita.

  • ambo

    mat…mat..bo bo lah dok smoking nyo.

  • Lokanbertepuk

    Ho…lagu tu lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: