Tukang Baca Doa

Hari sabtu membuka lembaran “cerpen kehidupan” aku. Kehadiran aku ke sekolah pada hari ini bukan untuk mengajar sebaliknya menghadiri mesyuarat PIBG. Dengan berpakaian t-shirt berkolar tuck-in dan berkasut “leather” tanpa setokin. Aku mengambil tempat di dalam kelas yang dijadikan bilik mesyuarat bersama ibubapa. Agak janggal juga aku berada di baris hadapan bersama ibubapa murid yang tidak dikenali ni.

Bila aku lihat sekeliling,tidak kelihatan cikgu-cikgu lelaki…rupa-rupanya mereka berada di luar. Skema betul aku nih masuk mesyuarat. Hilang AMAREKA aku hehehe…

Majlis pu bermula. Cikgu Jainab selaku pengerusi membuka ucapan alu-aluan.

“bagi memberkati majlis kita pada hari ini saya menjemput…..” cikgu Jainab berhenti seketika sambil matanya melilau mencari seseorang di khalayak hadirin. “ustaz Ahmad untuk membaca doa”. Cikgu Jainab menghabiskan kata-katanya yang terhenti seketika tadi…

“Ah..kacau! kenapa la aku yang dipilih” rungut hatiku dalam keadaan terkejut kerana namaku yang disebut untuk membaca doa. Tanpa notis atau makluman aku dipanggil kehadapan. Dahla nama aku dipanggil bermula dengan USTAZ!!.Matila aku..apa yang aku nak baca ni…sambil aku tersnyum, kepala aku ligat mencari helaian doa yang dihafal.

terkejut penyu

terkejut penyu

Aku bangun menuju ke tempat pengerusi. “ok kan Mat, kou baca doa?” Tanya cikgu Jainab macam terasa bersalah kerana tidak memaklumkan aku terlebih dahulu. “ok lah cikgu,dah dipanggil ni”. Jawab aku. Dalam kepala tu masih mencari doa yang sesuai untuk majlis PIBG.

“Al-Faaatihah…A’uzubillah…” aku memulakan doa. Nasib baik ada juga doa-doa yang dihafal masa belajar dulu. Aku bacalah doa dalam bahasa arab. D ihujung-hujung tu baru aku tambah dengan bahasa melayu

Selesai baca doa aku kembali ke tempat duduk. Terasa lega kerana tidak terbaca doa masuk tandas atau doa makan. Detik pertama ini bagaikan tandatangan menyatakan bahawa,bila ada majlis,akulah yang kena baca doa. ataupun istilah ustaz di sini “cop” sebagai pembaca doa setiap kali majlis.

memang benar apa yang dibagitahu aku tu. “kau ni mat,dicop sudah sebagai baca du’a ni”. Kata Ustaz Azlan. Sekali kena,memang akan kena di lain masa. Dan ianya benar-benar berlaku, suatu ketika, aku dilantik lagi sebagai pembaca doa penutup majlis tilawah al-quran peringkat zon. sampai terketar-ketar lutut aku sewaktu membaca doa. Lepas baca doa peluh dingin membasahi baju. Di majlis tu terdapatnya ustaz-ustaz yang lebih arif lulusan Azhar membuatkan aku menambah tahap kelajuan getar lutut. Sampaikan lepas baca doa,aku tidak tahu apa yang aku baca. Bagaikan orang lepas sedar dari tidur…

 Sekarang ni, kalau sekolah ingin menganjurkan majlis, aku mula gelabah..Ada slot baca doa ke? mesti kena tanya. Kalau ada cepat-cepat aku mencadangkan nama ustaz lain. Walaubagaimanapun aku kena sentiasa bersedia untuk membaca doa lagi…orang kata sudah dicop mati. Apa yang aku cakap itu benar, sebab sampai hari ini sudah tiga kali aku jadi tukang baca doa…

Doa_Kejayaan

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

5 responses to “Tukang Baca Doa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: