Monthly Archives: Julai 2009

NOK TELUR SAJO, NATE TOKSER!!!

NAK TELUR SAJA, BINATANG TAK MAHU…

2998309

 Sambil menyandar aku tengok berita awani. Nak tergelak aku dengar komen bekas bakal menteri besar Kelantan, Dato Awang Adek mengenai ucapan Tok Guru yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat bukan dengan BN. Awang Adek kata ini diibaratkan mahu buah tapi pokoknya tak mahu. Dia menambah lagi, ibarat mahukan telur tapi BINATANGnya tak mahu. Dalam erti kata mudahnya, telur  itu projek, dan binatang itu BN.

Aku pun hairan, kenapa la politik orang terpelajar ni tak ubah seperti politik JKKK, politik kampong! Kalau JKKK nak bagi bantuan kena pilih dulu penyokong siapa. Kalau penyokong pembangkang tak dapat la bantuan. Rupa-rupanya inilah yang diajar oleh pemimpin terpelajar BN. Dalam tv cakap la bantuan kerajaan tak pilih kasih…hakikatnya pilih bulu!!! Kalau dalam pentadbiran kerajaan negeri pembangkang, ada saja aduan kerajaan negeri pilih kasih walaupun tanpa bukti. Mula la siar cerita KEMAS kena sita, pelajar kena halau, balai raya kena kunci…

Ini terang-terang tunjuk dalam tv, kerajaan pusat adalah kerajaan BN, dan BN berlepas tangan atas bantuan kepada kerajaan negeri yang diperintah pembangkang. Tiada pun media bising!!! Biarpun ini boleh dikatakan pendapat individu tidak mewakili BN, akan tetapi hakikat selama ini pun memang begitu. Cuma hari ini sahaja baru terkeluar dari mulut pemimpin. Dulu dari mulut TPM, sekarang Awang Adek (timb. Menteri keewangan ke ape jawatan dia ni)

Kita kena tahu beza diantara BN dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik. Bila sudah menjadi kerajaan, tanggungjawabnya ke atas setiap rakyat dibawah! Tak kira siapa pun yang menjadi kerajaan samada BN atau pembangkang, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan keatas rakyat. Masa pemerintahan sahabat nabi dulu, seekor kambing mati pun diambil berat. Inikan pula rakyat yang lebih mulia dari seekor kambing. Terbaliknya pemerintahan islam ala Malaysia ni, kambing bantuan seekor pun diambil peduli kepada siapa mahu diberi daripada mengambil tahu keadaan rakyat itu layak atau tidak. Kelayakan untuk bantuan adalah ahli BN.

mmmbeekkk

mmmbeekkk

Kepada Tok Guru, tidak perlu bersuara untuk mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan pusat sebab itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat. Apakah selama ini kerajaan negeri tidak memberi kerjasama? Ataupun kata-kata Tok Guru ini hanyalah untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan negeri sudah bersedia untuk memberi kerjasama, dan rakyat tengok lah apa yang kerajaan pusat bagi kepada rakyat Kelantan. Sebab sebelum ini kita dicanang media kerajaan negeri tidak memberi kerjasama yang baik. Padahal dalam dewan negeri, Dato Mustafa Muhammad mengakui kesilapan kesalahan kerajaan pusat yang menganak tirikan Kelantan.

Sebab tu lah Tok Guru pilih peraih ikan jadi calon wakil rakyat daripada pilih yang belajar university. Rupa-rupanya tok peraih ikan lebih bijak berfikir daripada yang belajar university…memang betul kata Tok Guru.

 


SOALNYA…JODOH :b

29476320432551l

Susahnya untuk berkenan di hati. Sebab mungkin kerana aku terlalu memilih budi pekerti. Atau aku terlalu berhati-hati. Biarlah apa orang nak kata begitu begini. Sebabnya aku yang memakai, orang lain apa peduli. Apa tidaknya, ini soal pasangan hidup semati. Bukan untuk seronok-seronok hiburkan hati. Bukan untuk sementara sebelum mati, untuk selagi hayat dikandung badan dan selepas badan dikandung tanah nanti.
Memilih pasangan hidup bukan seperti membeli hanset atau kuali, buang yang lama yang baru dibeli. Bukan seperti mengupah orang gaji, abis perjanjian orang baru dicari mengganti.

Kita mahu yang terasa kehilangan bila kita bersendiri, mahu yang boleh mendidik zuriat supaya dapat mendoakan roh kita suapaya dirahmati. Mahu yang bila dipandang sejuk rasa dihati…bukan yang bila bersama terasa baik aku bersendiri, bukan yang membiarkan anak tak tahu mengaji, bukan yang bila dipandang rasa timbul rasa benci.

Kalau macam itu memang aku takkan berbini. Tengok yang tu tengok yang ni, ambil letak ketepi. Sebab kita masing-masing tidak tahu hati budi. Macam la kita ni tidak ada sifat keji. Sifat keji memang ada tak boleh kita nafi. Tapi sekurang-kurangnya kita ada bini yang ada sifat terpuji. Boleh didik anak sebab kita tak reti.

srchanim

Aku tercari-cari… padahal aku bukan rasa nak berbini pun,tapi rasa ingin disayangi. Padahal Jiwa muda aku tak habis lagi. Takkan muda-muda sudah ada bini. Hilang la nikmat sebagai seorang lelaki. Nanti kena ikat kaki,susah nak pergi kesitu-sini. Susah nak lepak-lepak minum air di kedai kopi. Balik lambat sikit bini datang cari. Nak jalan-jalan pun bini nak ikut sekaki. Nak isap rokok di rumah pun bini cakap perli-perli. Yang paling sakit kalau pakai kemas-kemas nanti bini cakap nak tambah satu lagi…masa tu barulah terfikir, alangkah baiknya aku bujang lagi.

Aku tak suka bercinta tapi kahwin tak jadi. Cukuplah aku kena sekali. Buat sakit hati. Masa pilih tu memang sudah berkenan di hati. Tup-tup hujan di tengah hari. Kalau aku cakap macam nak gila buat malu kaum lelaki. Apa nak buat sudah takdir Ilahi. Redha je la biar dia pergi. Ada la hikmahnya tu ayat pujuk diri. Mungkin tuhan nak bagi yang lebih baik sebagai ganti.

Lama sudah hidup menyendiri. Terasa juga mahu sayang dan disayangi. Tapi bukan bercinta cara muda mudi. Mahu bercinta dengan isteri. Tapi susah mencari pilihan hati. Nak cari yang Kelantan sejati. Nak cari yang ustazah, walaupun kita jahil tak reti.dah la tak reti, lobey pulak sikap jadi. Mana mahu cari? Tambah-tambah di tempat orang seberang selat lintas negeri. Yang jauh-jauh orang tak bagi. Susah hendak berpergi mari. Aku pula bersemangat negeri. Aku takut jodohnya di sini…apa mahu cakap, orangnya berseri-seri…hihihi

537241637l

Kalau macam ni tak boleh jadi. Orang kata kahwin lewat ni rugi. Umur dah lanjut anak baru tumbuh gigi. Kita pencen anak baru masuk PASTI. Bila la boleh kahwin ni. Kahwin ni sunnah nabi. Mungkin belum masanya lagi. Nanti kahwin, aku ajak mu jangan tak mari…pitis ngelan tu boh dale sampul la kalu nak bui…kuikuikui…

p/s: …………..????………


KISAH TEPAYE DEPE TANGGO

sudah menjadi kewajipan rumah melayu zaman dulu mempunyai sebuah tempayan di depan tangga. tempayan ini berfungsi untuk mengisi air untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

orang tua-tua amat marah jika naik ke rumah tanpa membasuh kaki terlebih dahulu. kenapa? kerana dahulu kerja kampung, masuk baruh bendang, jalan kaki tidak berselipar atau berkasut. segala kotoran melekat di kaki termasuklah tahi ayam moner. untuk mengelakkan gelegar rumah daripada dikotori najis, orang tua menyediakan air di hadapan rumah, biasanya depan tangga. tempayan merupakan bekas yang sesuai pada masa itu untuk mengisi air. sebab itulah tempayan diletakkan di depan tangga.
oleh kerana menjadi adat membasuh kaki sebelum naik rumah, biarpun tidak kotor orang tua tetap membasuh kakinya sebelum memijak tangga. ceduk yang dibuat daripada tempurung dicelup ke dalam tempayan, disiramnya ke kaki, ditenyeh-tenyehnya lagi kaki kanan ke kaki kiri kemudian kiri ke kaki kanan padahal kakinya tidak kotor pun sebab berselipar. ini menunjukkan kebersihan amat dititik berat dalam masyarakat melayu.
masa kecik dulu, aku tidak suka berselipar. kalau balik dari berjalan mesti cabut duri semalu yang tercucuk di tapak kaki. bila balik dari bermain, aku selalu tidak membasuh kaki terlebih dahulu. pakai main redah je naik atas rumah. kadang-kadang tengah ralit ada bau tahi ayam. cek tapak kaki memang tahi ayam. tapi dah rata berjalan atas rumah.

kalau naik ke rumah tak basuh kaki, jangan biar terserempak dengan orang tua. kalau dia tahu naik rumah tak basuh kaki, mula la dia membeliakkan mata. sebelum apa-apa baik terjun cepat-cepat ke tanah. kalu tidak pelepah kelapa pun singgah atas belakang.

tempayan kini tinggal nama. fungsinya sudah beralih daripada bekas isi air kepada bahan pameran di muzium. ataupun sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. aku teringat lagu tuan kob mengisahkan cerita baldi dengan timba. baldi dengan timba merupakan metafora kepada orang yang banyak berjasa tetapi tidak sedikit pun dihargai. jadi, aku rasa kisah tempayan depan tangga pun lebih kurang dengan baldi dengan timba…
p/s: sekarang paip depan tangga. tapi buat apa lagi paip, sebab kebanyakan orang sekarang naik ke rumah tanpa basuh kaki pun.

NOSTALGIA BASIKAL TUA

Picture 358

Masih aku ingat sebuah basikal tu usang yang banyak berjasa kepada keluarga aku pada masa dulu-dulu. “Crown” Raleigh terpampang di depan basikal menunjukkan nama syarikat yang mengeluarkannya. Raleigh boleh dikatakan jenama yang masyhur dan ada “klas” bagi sesebuah basikal pada masa itu. Aku pun hairan kenapa basikal jenis itu dipanggil dengan nama “basikal tua”. Apakah kerana basikal jenis ini hanya dinaiki oleh orang tua atau kerana usia buatannya.

Tinggalkan dulu perbahasan dari mana asal-usul nama basikal tua. Apa yang aku mahu ceritakan ialah kisah sebuah basikal tua milik ayah aku. Aku tidak berapa ingat kesusahan ayah aku dengan basikalnya. Seingat aku,masa aku kecil basikal itu masih ada dan masih digunakan. Basikal inilah yang menjadi kenderaan kakak dan abang aku ke sekolah.

Untuk mendapatkan sebuah basikal bagi aku yang hidup dalam sebuah keluarga yang tidak berada adalah sukar. Teringin juga untuk mendapatkan basikal sendiri tapi keluarga aku tidak mampu untuk mendapatkannya. Maklumlah pada zaman itu harga sebuah basikal ratusan ringgit. Apalah kudrat ayah aku mendapatkan basikal untuk anaknya-anaknya yang seramai sebelas orang ini dengan hanya bekerja sebagai petani. Hanya mempunyai sebuah motorsikal “second hand” dan sebuah basikal tua.Bagi kanak-kanak pada masa itu, basikal BMX merupakan basikal pilihan. BMX sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya rendah. Reka bentuknya pun agak “sporty” dengan “sport rim”nya dan lasak. Apalah bagi kami untuk mendapatkannya, sekadar mewarisi basikal tua dari seorang ayah. Bila samapai “jangkah” barulah boleh naik basikal tua. Kalu tak sampai hanya jadi penumpang di “galang” atau di “gerey” belakang. kalau duduk di gerey, kaki kena angkat takut masuk dalam lidi basikal.

Basikal tua yang berjasa ini terus berkhidmat selagi boleh digunakan. Selagi gagah kaki menghayun pedalnya selagi itulah dia berguna. Pelana basikal tua yang pecah diganti dengan sabut kelapa. Sekiranya pembalut pelana terkoyak dibalut dengan kain buruk. Pedalnya yang pecah terus dikayuh sehingga tinggal besi. Akhirnya basikal ini diberi kepada seorang pakcik tua kerana ayah aku kesiankan dia mengayuh basikal tua yang sudah terlalu uzur. Aku masih ingat ayah aku kata, bagilah, lagipun ayah sudah ada motor. kesian dia naik basikal buruk.

Fenomena basikal BMX memaksa ayah aku mendapatkannya sebuah. Sebagai seorang ayah yang semestinya mahu melihat anak-anaknya sama seperti orang lain. Anak orang ada basikal BMX, jadi anak ayah pun ada basikal BMX. Tidaklah anak ayah terasa malu dengan kawan-kawan yang lain. Basikal ini dbeli untuk abang aku supaya senang berulang-alik ke sekolah. Masa tu kalau tak silap aku pun masa abang aku sudah darjah enam. Pengorbanan seorang ayah mendapatkan sebuah basikal itu tidak ternilai. Sebagai anak-anak yang tidak tahu penat lelah seorang ayah, hanya gembira kerana mendapat apa yang diidamkan.

BMX inilah pula menjadi harta warisan dari seorang abang kepada adik dan seterusnya kepada adik-adik yang lain. Masa sampai giliran warisan kepada aku, basikal itu dah pun pudar warnanya. Kadang-kadang tu sportketnya tidak lekat (“tak lekat ghata”). Kalau tak lekat ghata, senang saja diurus. Cari je batu besar, diketuknya ke tempat sportket tu kemudian boleh la kayuh. Untuk sampai ke sesebuah tempat kadang-kadang dua tiga kali berhenti mengetuk. Brek lagi dashyat, pakai tekan manggat ke tayar depan. Sampai tembus manggat jadi brek.

Kalau dulu ramai berbasikal ke sekolah. Pagi-pagi semua kayuh basikal. Ada yang lambat ke sekolah termengah-mengah mengayuh basikal supaya sampai sebelum pagar sekolah ditutup. Lama-kelamaan budaya berbasikal kian hilang. Sekarang ini, untuk melihat seorang budak sekolah kayuh basikal ke sekolah boleh dikatakan tidak ada. Semua dihantar dengan kenderaan bermotor. Kadang-kadang yang sekolah rendah pun ada yang membawa motor sendiri.

 Keseronokan dan kesusahan yang dilalui generasi terdahulu tidak lagi dapat dikecapi oleh generasi baru. Apa boleh buat sebab kita harus mengikuti arus kemodenan. Dan kesusahan yang dilalui pada zaman ini sudah berbeza dengan zaman basikal tua. Namun aku bersyukur dengan pengalaman yang aku diberi peluang untuk mengecapinya. Pengalaman hidup di masa basikal tua mengajar aku sebuah kehidupan yang tidak terdapat dalam buku pelajaran di mana-mana universiti. Inilah cerita yang akan diturunkan kepada anak cucu supaya tahu menghargai kesusahan, pengorbanan dan pengalaman agar kita tidak menjadi bongkak dan angkuh di atas dunia yang sekejap ini…


Tiada rotan, Penampar pun berguna

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian. com.my

 Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

 Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

 Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah. “Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam. Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin. Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak. “Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami. “Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin,” katanya. Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

jangan mengejek guru...uwekk...

jangan mengejek guru...uwekk...

sanggupa berkata:

sampai ati ustaz pukul murid sampai begitu sekali…mungkin geram sangat kot. budak pun satu hal, takde rasa hormat lansung dengan ustaz. macamana belajar nak berkat.

soalnya rotan…pekeliling yang dikeluarkan tidak membenarkan guru merotan,ketuk ketampi,berdiri atas kerusi dan sebagainya. sekali dengar memang bagus bunyinya. pada hakikatnya, rotan itu dapat mendisiplinkan pelajar. kalau masa aku sekolah rendah dulu, bukan setakat rotan, pembaris kayu kuning pun patah digunakan untuk membantai murid. rotan pun sampai pecah dan selalu ditukar setiap bulan. kesannya, murid jadi berdisiplin dalam sekolah. itupun segelintir pelajar masih lagi ada yang tidak berdisiplin. bayangkan kalau tidak dirotan.

nabi juga menyarankan supaya merotan anak yang tidak sembahyang. bagaimanapun rotan itu bukanlah secara melampui batas. bukan dengan perasaan marah, sebaliknya ialah untuk pengajaran. yang menjadi masaalahnya ialah rotan untuk melepaskan geram. rotan adalah langkah terakhir untuk menangani masalah tingkah laku pelajar. setelah pendekatan yang berbentuk psikologi tidak berkesan, rasanya adalah perlu menggunakan rotan untuk membetulkan kesalahan pelajar. bagaimanapun harus diingat merotan bukanlah dengan perasaan marah.

mengikut pengalaman aku mengajar, murid yang bermasaalah tidak memberikan kesan padanya hanya dengan pendekatan psikologi seperti puji-pujian, mengugut dan sebagainya. pada mulanya memang berkesan, tetapi setelah sering dipuji atau diugut mereka menjadi bosan atau sudah tahu akan natijahnya. maka tidak lagi termakan pujian atau ugutan. sekiranya didenda pun, denda yang bersifat ringan seperti berdiri atau mengutip sampah. semasa didenda ini pun sempat lagi mereka mengganggu pelajar lain. ada juga yang memang suka dirinya didenda. sekiranya dirotan, semua takut kerana rotan merupakan denda yang menyakitkan. kesannya murid akan takut mengulangi kesalahan tingkah laku atau kesalahan-kesalahan lain.

pun begitu,masalah tingkah laku pelajar dalam kelas tidak boleh diletakkan seratus peratus atas pelajar, kerana punca masalah pelajar dalam kelas juga berpunca dari guru. guru yang kaedah pengajarannya membosankan menyebabkan murid hilang minat untuk belajar dan mula membuat hal masing-masing. sebelum menggunakan rotan, guru harus membetulkan dulu kaedah pengajaran yang digunakan. sekiranya masih jua berlaku masalah, barulah digunakan pendekatan psikologi,jika tidak juga berkesan, berubah kepada denda yang tidak memberikan kesan buruk kepada pelajar…namun jika tidak jua berkesan, barulah rotan diperlukan. itupun dengan niat mendidik bukan melepaskan geram.

jangan sesekali menggunakan penampar…islam juga tidak menggalakkan menampar di muka…kalau nak tampar,tampar la tempat lain…


aku janji…tapi..

 

sehari selepas keputusan pilihan raya dun Manek Urai diumumkan…aku tidak berapa terkejut dengan kenyataan TPM kesayanganku bila ditanya wartawan…”apakah projek-projek yang dijanjikan untuk Manek Urai akan diteruskan?”…

dengan mudah dan muka selamba dan tenang sebab baru balik dari mendengar bacaan Al-Quran (selepas menghadiri majlis tilawah Al-Quran di negeri dua menteri besar)…”tidak akan diteruskan…sebab projek itu dijanjikan dan akan dilaksanakan jika penduduk Manek Urai menyokong BN…” au kama qoola..memang sudah menjadi tradisi…

alangkah bodohnya penyokong yang mengundi PAS, terang-terang menolak janji pembangunan yang bakal dihidangkan kerajaan. tapi apa boleh buat…sekiranya rakyat tidak menolak BN pada pilihanraya lepas, Manek Urai akan berubah wajah…mungkin setanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN dengan menara-menara yang tinggi dan pusat-pusat membeli belah yang bertaraf dunia dibina di Manek Urai..atau lebih lagi memandangkan Manek Urai adalah “anak angkat”.

rumah-rumah buruk penduduk kampung akan berubah menjadi mahligai seperti di negeri jiran Kelantan iaitu Terengganu, tikamana Pas memerintah, disiar dalam T.V rumah orang kampung yang “robek” dan tidak layak dipanggil rumah dengan makcik tua di muka pintu membuat muka “jebeknya”. kini tiada lagi rumah robek dan muka jebek di Terengganu. setelah alihan kuasa kepada BN, tiada lagi wajah-wajah Terengganu yang kusam, mungkin semuanya telah berubah menjadi istana-istana…tengoklah dalam T.V kita dapat lihat pembangunan Terengganu yang pesat dengan memindahkan masjid-masjid dan istana-istana dari seluruh pelosok dunia dilambakkan di negeri penyu ini. sungguh hebat!!! teringat cerita nabi Sulaiman dan Raja Balqis…rupanya ada lagi jin yang mengangkat istana Balqis. rupannya singgah di Terengganu. kalaulah Pas ambil alih negeri ini, jin ini sekali lagi diarahkan untuk memulangkan monumen-monumen ini ke negara asal. yang tinggal hanyalah rumah berdindingkan bertam beratapkan daun nipah..

itulah ruginya Manek Urai. kesilapan memilih calon menyebabkan mereka akan terus mewariskan pisau toreh getah kepada generasi akan datang…jikalaulah BN menang, jangan hairan jambatan Pulau Pinang berada di Manek Urai…

p/s: rasanya lah…impian nak jadikan “one Malaysia” takkan tercapai kalau macamni politikingnya. itu sama-sama melayu…hak mengecapi pembangunan dan kemakmuran adalah hak mutlak orang BN…orang Pas bukan rakyat Malaysia ke???orang pas tak bayar cukai ke???


MANIK SUDAH TERURAI

MANIK TERURAI…

setelah kekalahan dalam dua pilihanraya kecil, diteruskan lagi kekalahan di Manek Urai..BN terus menerus melakar kekalahan dalam pilihanraya kecil. apakah ini menunjukkan penolakan rakyat yang jemu dengan politik BN dan UMNO yang selalu menghidangkan projek-projek mee segera tatkala adanya pilihanraya atau memang rakyat sudah bosan dengan BN dan UMNO yang sering kali menyusahkan rakyat dengan akta-akta yang baru atau sikap kerajaan yang menekan rakyat…?

ketika mana diumumkan akan diadakan pilihanraya kecil di Manek Urai, media mula menunjukkan muka-muka pemimpin berucap dalam sidang media. aku tertarik dengan tajuk berita “penentu penerimaan rakyat terhadap BN”. adakah ini kerana di Manek Urai, penduduknya bermajoriti melayu? ini kerana pilihanraya sebelum ini menunjukkan pengundi bukan melayu nyata menolak BN. jadi, UMNO beranggapan jika di kawasan majoriti melayu, orang melayu masih sayangkan parti pusaka ini akan menghulurkan undi simpati supaya pusaka ini dapat diwariskan kepada anak cucu kerana pusaka ini kian nazak dan hampir hilang ke’gah’annya. ataupun BN/UMNO yakin menang memandangkan ini bukannya kawasan kubu kuat PAS, dan BN pernah melakar kemenagan yang besar. dengan menggunakan senjata utama, media propaganda yang berpelurukan pergolakan dalam PAS, kemiskinan dan jambatan baru, mereka fikir dapat menikam hati-hati pengundi Manek Urai.

sayang seribu kali sayang…kekalahan sudah menjadi takdir buat BN/UMNO. biarpun kekalahan tipis, tetap juga dikira kekalahan. BN mungkin boleh berbangga dengan undi yang meningkat, ini kerana ada peluru yang berjaya merobek hati pengundi Manek Urai. memadailah dengan usaha gigih mereka. hakikatnya tetap terpaksa ditelan. bagi PAS, ini harus dikaji kenapa ramai penyokongnya dahulu berpaling tadah…kemenangan ini bukanlah petanda yang baik bagi PAS dan mimpi buruk yang manis bagi BN.

bercakap mengenai penerimaan rakyat terhadap BN dan UMNO terutamanya, tidak boleh diukur dengan satu pilihanraya kecil ini. majoriti rakyat masih menolak BN. majoriti rakyat sudah mual dengan politik BN. rupanya rakyat di Manek Urai masih ramai yang cerdik dan tahu akan teknik jual ubat BN. rupa-rupanya rakyat sudah lama menunggu janji peraih ubat,kononya akan menunjukkan rupa hodoh akan bertukar cantik jika pakai ubatnya..ditunggu-tunggu sampai maghrib tidak juga ditunjukkan, akhirnya penduduk balik dengan hampa dan marah. cuma ada segelintir yang termakan ‘kecek’ membeli ubat tersebut sebab mudah terpedaya dan tidak serik terkena dengan penjual ubat penipu ataupun memang dia suka membeli ubat.

beruntunglah penduduk yang masih mempercayai dan yakin dengan kuasa Allah dan murunglah penduduk yang mempercayai kuasa ubat. sudahlah ubatnya tidak menjadi ditipunya lagi penjual ubat itu. rupanya air kosong yang dicedok dari telaga dijualnya sampai berpuluh-puluh ringgit. disangkanya penjual ubat ikhlas membantu, sebaliknya di”kekah”nya lagi penduduk yang miskin ini…

jambatan di Manek Urai akan tersimpan dalam lipatan akhbar, dan akan dibuka semula untuk pilihanraya akan datang………