“MENGULIT DALUS”

MENGULIT DALUS

IMG_0108

Baru-baru ni aku ke pantai Pimping dalam daerah Membakut bersama kawan dari Kudat. Kami meronda di sisir pantai menggunakan motor. Kelihatan beberapa orang sedang menarik sejenis alat untuk mengesan dalus. Dalus ialah sejenis hidupan laut dari keluarga kerang. Di kalangan masyarakat Brunei Sabah, mereka memanggilnya ‘dalus’ atau di Kelantan aku panggil ‘kepoh’ atau dalam bahasa melayunya ialah ‘kepah’.

Dalus berada dalam tanah. Untuk mendapatkan dalus hendaklah mengorek tanah tempat ianya berada. Di Pimping, masyarakat di sini menggunakan sejenis alat yang diperbuat daripada kayu yang bercabang. Di cabang kayu tersebut diletakkan sejenis besi leper diikat pada cabang tersebut. Besi ini ialah untuk mengesan dalus yang berada dalam tanah. Bila alat ini ditarik, kita akan dapat mengesan dalus apabila besi ini berbunyi kerana terkena dalus. Penarik alat ini akan berhenti dan mengorek tanah di mana bunyi dikesan tadi.

Mengulit dalus ialah mencari dalus atau mengorek dalus aku pun tak tahu apa maksud sebenarnya. Istilah ini digunakan pada perbuatan mencari dalus. Kalau istilah mudah di kampong aku ialah “caghi kepoh”. Istilah di sini “mengulit” sampaikan aku turut terulit dengan istilah-istilah di sini. Indahnya bahasa…

Kalau di kampong aku, biasanya kami menggunakan kaki untuk mengorek dalus. Kami berada di dalam air dan menguis-nguis kaki. Kalau orang-orang tua, mereka tahu di mana dalus berada hanya dengan melihat ‘mata’ dalus. ‘mata’ dalus ialah, tanda yang dibuat oleh dalus yang berada dalam tanah. Aku sendiri pun tak tahu macamana bentuknya. Kalau ‘remis’ sejenis dalus tetapi kecil saiznya, ‘mata’nya ialah dua lubang kecil di mana ianya berada. Lubang ini terbentuk kerana dalus akan mengeluarkan sesungutnya untuk mengeluarkan sisa makanan atau pasir ataupun untuk bernafas (belum buat kajian lagi). Di tempat ‘mata’ tadi bila dikorek keluarlah remis.

IMG_0110

Saiz dalus agak besar dan berkulit licin. Dalus juga ada yang bercorak-corak. Jika diperhatikan corak tersebut, mengingatkan aku kepada tulisan zaman purba. Begitu juga kulit remis. Masa kecik-kecik dulu,kalu main pondok-pondok, kulit remis kami gunakan sebagai duit. Dan sejarah juga ada mengatakan bahawa cengkerang pernah dijadikan sebagai matawang pada zaman “litik-litik”(paleolitik ke neolitik aku lupa) dulu. Kalau zaman sekarang guna cengkerang….penuh pantai.

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: