aku janji…tapi..

 

sehari selepas keputusan pilihan raya dun Manek Urai diumumkan…aku tidak berapa terkejut dengan kenyataan TPM kesayanganku bila ditanya wartawan…”apakah projek-projek yang dijanjikan untuk Manek Urai akan diteruskan?”…

dengan mudah dan muka selamba dan tenang sebab baru balik dari mendengar bacaan Al-Quran (selepas menghadiri majlis tilawah Al-Quran di negeri dua menteri besar)…”tidak akan diteruskan…sebab projek itu dijanjikan dan akan dilaksanakan jika penduduk Manek Urai menyokong BN…” au kama qoola..memang sudah menjadi tradisi…

alangkah bodohnya penyokong yang mengundi PAS, terang-terang menolak janji pembangunan yang bakal dihidangkan kerajaan. tapi apa boleh buat…sekiranya rakyat tidak menolak BN pada pilihanraya lepas, Manek Urai akan berubah wajah…mungkin setanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN dengan menara-menara yang tinggi dan pusat-pusat membeli belah yang bertaraf dunia dibina di Manek Urai..atau lebih lagi memandangkan Manek Urai adalah “anak angkat”.

rumah-rumah buruk penduduk kampung akan berubah menjadi mahligai seperti di negeri jiran Kelantan iaitu Terengganu, tikamana Pas memerintah, disiar dalam T.V rumah orang kampung yang “robek” dan tidak layak dipanggil rumah dengan makcik tua di muka pintu membuat muka “jebeknya”. kini tiada lagi rumah robek dan muka jebek di Terengganu. setelah alihan kuasa kepada BN, tiada lagi wajah-wajah Terengganu yang kusam, mungkin semuanya telah berubah menjadi istana-istana…tengoklah dalam T.V kita dapat lihat pembangunan Terengganu yang pesat dengan memindahkan masjid-masjid dan istana-istana dari seluruh pelosok dunia dilambakkan di negeri penyu ini. sungguh hebat!!! teringat cerita nabi Sulaiman dan Raja Balqis…rupanya ada lagi jin yang mengangkat istana Balqis. rupannya singgah di Terengganu. kalaulah Pas ambil alih negeri ini, jin ini sekali lagi diarahkan untuk memulangkan monumen-monumen ini ke negara asal. yang tinggal hanyalah rumah berdindingkan bertam beratapkan daun nipah..

itulah ruginya Manek Urai. kesilapan memilih calon menyebabkan mereka akan terus mewariskan pisau toreh getah kepada generasi akan datang…jikalaulah BN menang, jangan hairan jambatan Pulau Pinang berada di Manek Urai…

p/s: rasanya lah…impian nak jadikan “one Malaysia” takkan tercapai kalau macamni politikingnya. itu sama-sama melayu…hak mengecapi pembangunan dan kemakmuran adalah hak mutlak orang BN…orang Pas bukan rakyat Malaysia ke???orang pas tak bayar cukai ke???

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

One response to “aku janji…tapi..

  • Mu panggil aku kak

    emosi nampak… macam tak biasa… Tempat ambo ni di negeri dua menteri besar ni dulu sebelum pilihanraya umum terkejut tergempar Tajol Rosli maghi pecah tanah, kambus sawah padi org kampung, nak buat hospital… alih-alih kerajaan bertukar, sampai la ni bendang tak leh tanam padi, hospital tak jadi-jadi lagi… ntah le tuan tanah tu dapat bayaran ke belum… POLITIK…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: