Tiada rotan, Penampar pun berguna

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian. com.my

 Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

 Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

 Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah. “Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam. Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin. Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak. “Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami. “Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin,” katanya. Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

jangan mengejek guru...uwekk...

jangan mengejek guru...uwekk...

sanggupa berkata:

sampai ati ustaz pukul murid sampai begitu sekali…mungkin geram sangat kot. budak pun satu hal, takde rasa hormat lansung dengan ustaz. macamana belajar nak berkat.

soalnya rotan…pekeliling yang dikeluarkan tidak membenarkan guru merotan,ketuk ketampi,berdiri atas kerusi dan sebagainya. sekali dengar memang bagus bunyinya. pada hakikatnya, rotan itu dapat mendisiplinkan pelajar. kalau masa aku sekolah rendah dulu, bukan setakat rotan, pembaris kayu kuning pun patah digunakan untuk membantai murid. rotan pun sampai pecah dan selalu ditukar setiap bulan. kesannya, murid jadi berdisiplin dalam sekolah. itupun segelintir pelajar masih lagi ada yang tidak berdisiplin. bayangkan kalau tidak dirotan.

nabi juga menyarankan supaya merotan anak yang tidak sembahyang. bagaimanapun rotan itu bukanlah secara melampui batas. bukan dengan perasaan marah, sebaliknya ialah untuk pengajaran. yang menjadi masaalahnya ialah rotan untuk melepaskan geram. rotan adalah langkah terakhir untuk menangani masalah tingkah laku pelajar. setelah pendekatan yang berbentuk psikologi tidak berkesan, rasanya adalah perlu menggunakan rotan untuk membetulkan kesalahan pelajar. bagaimanapun harus diingat merotan bukanlah dengan perasaan marah.

mengikut pengalaman aku mengajar, murid yang bermasaalah tidak memberikan kesan padanya hanya dengan pendekatan psikologi seperti puji-pujian, mengugut dan sebagainya. pada mulanya memang berkesan, tetapi setelah sering dipuji atau diugut mereka menjadi bosan atau sudah tahu akan natijahnya. maka tidak lagi termakan pujian atau ugutan. sekiranya didenda pun, denda yang bersifat ringan seperti berdiri atau mengutip sampah. semasa didenda ini pun sempat lagi mereka mengganggu pelajar lain. ada juga yang memang suka dirinya didenda. sekiranya dirotan, semua takut kerana rotan merupakan denda yang menyakitkan. kesannya murid akan takut mengulangi kesalahan tingkah laku atau kesalahan-kesalahan lain.

pun begitu,masalah tingkah laku pelajar dalam kelas tidak boleh diletakkan seratus peratus atas pelajar, kerana punca masalah pelajar dalam kelas juga berpunca dari guru. guru yang kaedah pengajarannya membosankan menyebabkan murid hilang minat untuk belajar dan mula membuat hal masing-masing. sebelum menggunakan rotan, guru harus membetulkan dulu kaedah pengajaran yang digunakan. sekiranya masih jua berlaku masalah, barulah digunakan pendekatan psikologi,jika tidak juga berkesan, berubah kepada denda yang tidak memberikan kesan buruk kepada pelajar…namun jika tidak jua berkesan, barulah rotan diperlukan. itupun dengan niat mendidik bukan melepaskan geram.

jangan sesekali menggunakan penampar…islam juga tidak menggalakkan menampar di muka…kalau nak tampar,tampar la tempat lain…

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

2 responses to “Tiada rotan, Penampar pun berguna

Tinggalkan Jawapan kepada lin Batal balasan