NOSTALGIA BASIKAL TUA

Picture 358

Masih aku ingat sebuah basikal tu usang yang banyak berjasa kepada keluarga aku pada masa dulu-dulu. “Crown” Raleigh terpampang di depan basikal menunjukkan nama syarikat yang mengeluarkannya. Raleigh boleh dikatakan jenama yang masyhur dan ada “klas” bagi sesebuah basikal pada masa itu. Aku pun hairan kenapa basikal jenis itu dipanggil dengan nama “basikal tua”. Apakah kerana basikal jenis ini hanya dinaiki oleh orang tua atau kerana usia buatannya.

Tinggalkan dulu perbahasan dari mana asal-usul nama basikal tua. Apa yang aku mahu ceritakan ialah kisah sebuah basikal tua milik ayah aku. Aku tidak berapa ingat kesusahan ayah aku dengan basikalnya. Seingat aku,masa aku kecil basikal itu masih ada dan masih digunakan. Basikal inilah yang menjadi kenderaan kakak dan abang aku ke sekolah.

Untuk mendapatkan sebuah basikal bagi aku yang hidup dalam sebuah keluarga yang tidak berada adalah sukar. Teringin juga untuk mendapatkan basikal sendiri tapi keluarga aku tidak mampu untuk mendapatkannya. Maklumlah pada zaman itu harga sebuah basikal ratusan ringgit. Apalah kudrat ayah aku mendapatkan basikal untuk anaknya-anaknya yang seramai sebelas orang ini dengan hanya bekerja sebagai petani. Hanya mempunyai sebuah motorsikal “second hand” dan sebuah basikal tua.Bagi kanak-kanak pada masa itu, basikal BMX merupakan basikal pilihan. BMX sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya rendah. Reka bentuknya pun agak “sporty” dengan “sport rim”nya dan lasak. Apalah bagi kami untuk mendapatkannya, sekadar mewarisi basikal tua dari seorang ayah. Bila samapai “jangkah” barulah boleh naik basikal tua. Kalu tak sampai hanya jadi penumpang di “galang” atau di “gerey” belakang. kalau duduk di gerey, kaki kena angkat takut masuk dalam lidi basikal.

Basikal tua yang berjasa ini terus berkhidmat selagi boleh digunakan. Selagi gagah kaki menghayun pedalnya selagi itulah dia berguna. Pelana basikal tua yang pecah diganti dengan sabut kelapa. Sekiranya pembalut pelana terkoyak dibalut dengan kain buruk. Pedalnya yang pecah terus dikayuh sehingga tinggal besi. Akhirnya basikal ini diberi kepada seorang pakcik tua kerana ayah aku kesiankan dia mengayuh basikal tua yang sudah terlalu uzur. Aku masih ingat ayah aku kata, bagilah, lagipun ayah sudah ada motor. kesian dia naik basikal buruk.

Fenomena basikal BMX memaksa ayah aku mendapatkannya sebuah. Sebagai seorang ayah yang semestinya mahu melihat anak-anaknya sama seperti orang lain. Anak orang ada basikal BMX, jadi anak ayah pun ada basikal BMX. Tidaklah anak ayah terasa malu dengan kawan-kawan yang lain. Basikal ini dbeli untuk abang aku supaya senang berulang-alik ke sekolah. Masa tu kalau tak silap aku pun masa abang aku sudah darjah enam. Pengorbanan seorang ayah mendapatkan sebuah basikal itu tidak ternilai. Sebagai anak-anak yang tidak tahu penat lelah seorang ayah, hanya gembira kerana mendapat apa yang diidamkan.

BMX inilah pula menjadi harta warisan dari seorang abang kepada adik dan seterusnya kepada adik-adik yang lain. Masa sampai giliran warisan kepada aku, basikal itu dah pun pudar warnanya. Kadang-kadang tu sportketnya tidak lekat (“tak lekat ghata”). Kalau tak lekat ghata, senang saja diurus. Cari je batu besar, diketuknya ke tempat sportket tu kemudian boleh la kayuh. Untuk sampai ke sesebuah tempat kadang-kadang dua tiga kali berhenti mengetuk. Brek lagi dashyat, pakai tekan manggat ke tayar depan. Sampai tembus manggat jadi brek.

Kalau dulu ramai berbasikal ke sekolah. Pagi-pagi semua kayuh basikal. Ada yang lambat ke sekolah termengah-mengah mengayuh basikal supaya sampai sebelum pagar sekolah ditutup. Lama-kelamaan budaya berbasikal kian hilang. Sekarang ini, untuk melihat seorang budak sekolah kayuh basikal ke sekolah boleh dikatakan tidak ada. Semua dihantar dengan kenderaan bermotor. Kadang-kadang yang sekolah rendah pun ada yang membawa motor sendiri.

 Keseronokan dan kesusahan yang dilalui generasi terdahulu tidak lagi dapat dikecapi oleh generasi baru. Apa boleh buat sebab kita harus mengikuti arus kemodenan. Dan kesusahan yang dilalui pada zaman ini sudah berbeza dengan zaman basikal tua. Namun aku bersyukur dengan pengalaman yang aku diberi peluang untuk mengecapinya. Pengalaman hidup di masa basikal tua mengajar aku sebuah kehidupan yang tidak terdapat dalam buku pelajaran di mana-mana universiti. Inilah cerita yang akan diturunkan kepada anak cucu supaya tahu menghargai kesusahan, pengorbanan dan pengalaman agar kita tidak menjadi bongkak dan angkuh di atas dunia yang sekejap ini…

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

10 responses to “NOSTALGIA BASIKAL TUA

  • terataimadu

    huhuhuhu..basikal tua?tua2 pon berguna..xpo susah2 dulu sene2 kdie..

  • Lokanbertepuk

    jame ambo la kalu basikal jenih ni gak… tp ambo rasa puas hati kerana akhirnya ambo buleh beli sediri sebuah basikal Raleigh dengan pitih jasa main hmene. Harga basikal baru thn 1971 tu dale rm180. G beli di koto baru gatih wat balik…

  • naseemsobah

    Best gak dapat hidup zaman susah… sekurang-kurangnya bila tgk org susah ringan tangan je nak nolong… harapnya gitulah. Daripada duit tu dok beli sigop kan ada baik sedekah je kat org yg memerlukan…

  • Lokanbertepuk

    sigop pn salah satu drpd keperluan harian jgk..kalu hisap sigop bele gatih basikal koho sedap..mmucung mulut takut asap msuk idung…

    • sanggupa

      keno pulok suria tu gak cekung pipi wat tarik asap heheh…
      dulu paka “kirai”(rokok daun) jah. blam2 gateh basikal rokok daun dok mulut,api tok nyalo pun.

  • Mu panggil aku kak

    Kalu ustaz-ustaz pakat dok isap sigop, nak berdakwah pun payah lah. Org zaman lo ni melihat sigop tu HARAM bukan lagi MAKRUH mcm zaman dulu kala… zaman dulu isap sigop sebab gatih basikal jauh… wat ile boring… la ni naik keta atau motor dah… tak dan nak boring mana dah sampai tempat dituju… apa pun alasan, isap sigop tu bukannya harus atau pun sunat… apa lagi wajib… Tepuk poket… tanya hati… bila aku nak berenti ni????

    • sanggupa

      baru jah dengar Dato Harussani berkata pasal bersigop…wallahua’alam.

      ada kawan berkata: “ruginya aku tak bersigop. orang bersigop senangnya dapat kawan. kerana sebatang sigop seseorang itu boleh mendekati orang yang baru dikenali dan modal untuk mendekati orang.”…bukan sumber hukum. hehehhe.

      kalu doh suko tiok busuk pun bau sedak

  • ijass

    Nak tanya, masih ada lagi ke basikal di atas. Kalau masih ada, simpanlah baik-baik, sekurang-kurang kita ingat masa lalu.

  • Akmal

    Hi..saye pon nk bmxX

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: