Monthly Archives: Ogos 2009

MERDEKA BANGSAKU

IMG_0010

Burung-burung merdeka

Berlegar-legar di awan

Gembira

Melebar sayap berkata

Aku bebas, aku bebas

Cicipan keriangan

Sorakan kebebasan

Bertingkah-tingkah

Langit bagai mahu pecah

Kala senja mula merah

Burung-burung merdeka mula risau

Mencari sangkar di manakah pintu

Takut dimarahi tuannya

Bimbang dicatu padinya

Keringlah bejana airnya

Inilah burung merdeka

Hatinya masih pada sangkar

Advertisements

KEK TERBAKAR…

Entah kenapa arini tiba-tiba rasa nak buat kek. Kebetulan ada marjerin dalam peti ais aku pun terus ke kedai cari baking powder,telur dan tepung. Sampai rumah terus je bantai marjerin dengan gula. Dalam ingat-ingat lupa resipi buat kek aku bantai buat je. Untuk memastikan resipi aku, aku mesej adik aku sukatan yang betul. Dia pun tak pasti…ah…bantai je la…

Ketung-ketang, ketung-ketang siap la adunan kek aku. Yang sadisnya rumah bujang mana ada oven…apalagi pakai taruk masuk dalam periuk nasi, masak atas dapur gas. Aku ingat masa aku kecik-kecik dulu kakak aku masak dalam periuk nasi gak.

Jeng,jeng,jeng…tak sampai beberapa minit bau semerbak ha…ha…hangit hehe…akhirnya aku dapat makan kek. Ada perasa tambahan sikit….rasa hangit…hehe

bagaikan bersalut coklat hehe

bagaikan bersalut coklat hehe

macam sedap

macam sedap

wow...mmm...

wow...mmm...


PUASA DI MAKTAB

IPGM Gaya tika pelangi petang

IPGM Gaya tika pelangi petang

fenomena hampir magrib di kolej

fenomena hampir magrib di kolej

alif,mim,nun,wau...alif tendang wau...sarkis!!

alif,mim,nun,wau...alif tendang wau...sarkis!!

kelas orang buta ke ni

kelas orang buta ke ni

rehat santai xde pensyarah

rehat santai xde pensyarah

juadah berbuka.onde-onde sabah.dua kali ganda lebih besar dari onde-onde klate

juadah berbuka.onde-onde sabah.dua kali ganda lebih besar dari onde-onde klate

Seminggu cuti sekolah, aku berada di maktab. Hari pertama puasa bertolak dari Membakut dengan motor EX5 pagi-pagi lepas subuh.Hari kedua puasa dah mula kelas. Dari pukul 7.30 pagi sampai 5 petang. Penat otak bah, hari-hari macam tu. Nasib baik kelas sampai hari rabu je. Syiok berpuasa di maktab sebab kawan-kawan dari seluruh pelusuk Sabah berkumpul. Dapat juga aku makan onde-onde walaupun di Sabah. Bezanya cuma saiz onde-onde sabah agak besar. Rasa sama ja. Buleh gak rasa kuih Kelantan walau di Sabah.


TRAWIH MASA KECIK

TERAWIH MASA BUDAK

IMG_0126

Seronok…itulah yang dapat digambarkan suasana berpuasa masa zaman budak-budak dulu. Malam pengishtiharan puasa semua pakat tunggu pengumuman dalam radio. Dulu tv takde kat rumah. Bila diistiharkan puasa esok hari atau lusa hari, terasa keseronokan dalam hati. Dalam kepala dok Nampak terawih la.

Terawih masa budak suka sangat. Masa tu jalan ramai-ramai pergi ke surau/balasoh. Sampai surau ikut sembahyang. Ramai budak-budak sebaya itulah yang menyeronokkan. Bila orang mula terawih, mula lah bunyi kat belakang budak-budak dok ketawa. Kadang-kadang bunyi tudung periuk ketung ketang kat belakang. Rupa-rupanya jemaah kecik ni dok cek moreh apa malam ni. Kalau akok, atau yang sedap-sedap, tunggu sampai abis terawih. Kalau tak pun bantai dulu sebelum orang abis terawih.

Satu lagi yang sukanya bila selawat diantara terawih. Budak-budak la yang paling kuat teriak…sollolloh…wasallama alaiih…!!! Di’alok’ pula oleh orang tua. Orang tua suka kalau selawat kuat-kuat. Dia la yang buat kepala, kami sambut.

Bila hari-hari terakhir terawih, datang surau nak main mercun. Di surau kawan ramai berkumpul. Orang dok terawih, kita dok atas jalan main mercun. Masa tu mercun ketupat takde lagi. Yang ada mercun cina yang merah. Bila dah ada yang ketupat, ada saja makmum terkejut tengah sembahyang sebab dilemparnya mercun dekat surau. Mengeluh orang tua…nasib baik tidak bersilat masa sembahyang.

Makin lama bila besar, aku dapati kemeriahan itu semakin hilang. Budak-budak sekarang jarang ke masjid atau surau. Walaupun datang nak bersuka-suka dengan kawan pun dah takde. Kemana menghilang si kecil ini. Apakah masa kecil mereka telah diragut oleh ceritera yang dihidang dalam kotak tv atau ada padang permainan lain yang lebih menyeronokkan. Surau yang dulunya diserikan ketawa anak-anak tidak baligh kini hanya terdengar suara longlai si bongkok tiga membisikkan selawat. Tiada sudah orang yang mahu di ‘alak’ si tua ini. Alangkah sunyinya surau ini sesunyi hati si tua melihat makmum sebayanya.

Gelegar usang surau kayu kini makin dimakan bubuk. mungkin akan roboh bersama. Akan datangkah anak-anak kecil tadi memangku tiang-tiang surau yang semakin uzur bagi meneruskan tradisi hasanah dari si tua ini. Ataupun menunggu roboh bersama kayu long si tua yang kian reput  berkubur.

Terawih silih berganti…jemaahnya masih menanti…si tua yang pergi tiada mengganti…

Ibu-ibu, bapak-bapak, semua yang ada di sini, ajarlah anak-anak kita mencium tikar sejadah surau atau masjid walau sekadar dua waktu magrib dan isya’. Kelak yang mendoakan kita permata inilah. Ajarlah mereka kenal erti terbit fajar, gelincir matahari, bayang memanjang, terbenam matahari sehinggalah hilang  merah di ufuk…kerana terputusnya amalan anak adam kecuali daripada lima perkara…


MENGUAL BADUK

Beduk di Masjid Kg Brunei - tak leh ambik muka depan sebab masa tu nak gi joging malas buka kasut

Beduk di Masjid Kg Brunei - tak leh ambik muka depan sebab masa tu nak gi joging malas buka kasut

BEDUK

“Baduk” dalam bahasa Brunei ataupun “beduk” dalam bahasa Melayu manakala dalam logaht Kelantan dipaggil “GEDUK” merupakan sejenis gendang yang diletakkan di masjid-masjid pada zaman dahulu. Beduk ini bertujuan untuk memanggil orang bersembahyang. Aku cerita pasal beduk ni sebab dekat-dekat puasa ni ramai orang ke masjid. Tersenyum pak imam tengok saf-saf dipenuhi. Seliparnya hilang selepas solat pun tidak mengapa asalkan saf dalam masjid penuh heheh…

Aku tidak berkesempatan dengan beduk ini. Tapi aku masih sempat melihat beduk di surau kampung aku pada masa itu sudah pecah dan tidak digunakan lagi. Besarnya sederhana sahaja berwarna kelabu menunjukkan usia yang sudah usang ditambah lagi dengan kulit gendangnya yang pecah.

Kalau dulu, beduk ini dipukul bagi menandakan masuk waktu solat dan tanda ada kematian di kampung. Ianya ada bunyi tersendiri bagi menandakan masuk waktu solat…Bunyinya dari kuat semakin perlahan. Pemalunya berbentuk seperti mancis atai pemalu gong. DUK……DUK…..DUK…DUK..DUK..DUK.DUK.DUK..diketuk beberapa kali. Manakala bunyi jikalau ada kematian aku tidak pernah dengar, tapi ada orang cakap bunyinya lain dari masuk waktu solat.

Beduk adalah jauh berbeza peranannya dengan alat muzik yang lain. Biarpun dalam kategori gendang, tetapi peranannya bukan untuk melagukan muzik. Dan ianya bukan alat muzik. Peranan beduk sudah hilang semenjak kedatangan mikrofon. Di sini aku berpeluang masih melihat rupa beduk di masjid. Saiznya agak besar dan diletakkan di atas kekuda khas. Di kampung aku dulu cuma disangkut pada alang beranda surau. Biarpun tidak digunakan, ianya dijadikan hiasan di masjid, dan untuk tatapan umum generasi akan datang.

Sudut pandangan bawah beduk. Agak-agak kayu apakah ini? Nak kata nibong besat sangat...

Sudut pandangan bawah beduk. Agak-agak kayu apakah ini? Nak kata nibong besat sangat...

Beduk ini dibuat daripada batang kayu yang ditebuk terus seperti paip. Jadi lubang permukaan atas bersambung terus dengan yang di bawah. Manakala permukaannya yang di atas ditutup dengan kulit lembu atau kerbau kerana permukaannya agak besar. Di bawah pula dibiarkan terbuka bagi mengeluarkan bunyi. Asasnya adalah seperti pembuatan gendang biasa. Bentuk beduk sama seperti “konggo” tetapi ianya besar berkali ganda dan kedudukannya berbaring.

Itulah kenangan beduk. Teringat lagu raya lama…”dengar..beduk berbunyi…”

Beduk digantung di atas beranda surau

Beduk digantung di atas beranda surau


SENI SILAT MELAYU

arjuna membusur panah- ihsan dari lokanbertepuk.com

arjuna membusur panah- ihsan dari lokanbertepuk.com

Seni silat merupakan salah satu tradisi peninggalan nenek moyang Bangsa Melayu yang kini kian ditelan zaman. Silat begitu sebati dengan kaum melayu di seantero kepulauan melayu terutama Malaysia dan Indonesia. Jika kita selidik, terdapat berpuluh-puluh jenis silat yang terdapat di tanah melayu ini, bahkan mungkin beratus jenis silat.

Silat merupakan sejenis tarian atau gerakan mempertahankan diri ataupun tarian perang. Pergerakan tari silat yang lembut tersirat pukulan-pukulan maut dan gerakan menepis atau mengunci musuh. Jika dilihat dengan mata kasar kita tidak Nampak apakah maksud di sebalik gerakan tari silat tersebut. Bahkan ada yang memandang rendah terhadap kemampuan silat dalam seni mempertahankan diri kerana dianggap lembik dan tidak glamour. Aku pun dulu pernah berkata belajar boxing lebih baik daripada belajar silat. Buat apa belajar silat dengan tari-tari yang tidak dapat digunakan ketika berlawan. Masa berlawan, takkanlah nak bernari lagi…itulah sinis daripada orang-orang yang tidak tahu nilai seni silat termasuk aku. Boxing lebih baik sebab Nampak pukulannya dengan jelas, dengan hayunan penyepak yang bisa menjatuhkan lawan dan siku yang boleh membelah tempurung kepala musuh. Tari boxing atau langkah sembah kelihatan lebih  gagah dan megah sesuai dengan jiwa aku yang suka lasak heheh…itulah menyebabkan kurangnya minat aku terhadap silat.

Rupa-rupanya aku silap…silap menilai pusaka yang telah banyak membunuh musuh, menghalau penjajah, mempertahankan negeri. Apakah senjata yang digunakan datuk nenek kita sewaktu melawan penjajah kalau bukan dengan silat. Walaupun berparang, berkeris atau bersenjata lain, silatlah yang menjadi tonggak menghunus senjata-senjata tersebut. Keadaan berlawan pada zaman dulu adalah dalam jarak dekat, oleh itu tidak dapat lari dari silat kerana kita tahu seni mempertahankan diri melayu adalah silat. Silat adalah seni mempertahankan maruah tertua bagi bangsa melayu. Keris pula merupakan senjata yang sinonim dengan silat, dan lambang bagi bangsa melayu. Itulah sebab lambang UMNO adalah keris.

Dalam kelembutan ada ketangkasan, dalam ketangkasan ada pukulan, Dalam tarian terkandung seribu jurus, itulah kehebatan silat. Pun begitu, silat hanyalah ilmu untuk mempertahankan diri bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sendiri. Gerakan silat yang lemah lembut menunjukkan kelembutan orang melayu yang sinonim dengan bangsa melayu yang sopan-santun hatta dalam bertempur sekalipun. Silat yang aku maksudkan disini ialah silat yang asli atau kampung. Ini kerana silat cekak tidak banyak tari bahkan hampir tiada. Ianya lebih menumpukan kepada ketangkasan.

Biarpun begitu, segelintir sahaja yang minat dengan ilmu silat. Generasi muda sekarang didedahkan dengan ilmu mempertahankan diri seperti taekwon-do, karate, judo dan sebagainya yang Nampak gah berbanding silat melayu. Seolah-olah silat melayu tidak begitu bernilai ataupun tidak dapat menyaingi kehebatan ilmu mempertahankan diri lain. Apakah ini kerana ketiadaan guru-guru silat yang membuka kelas atau darjat silat yang dianggap kekampungan menyebabkan tiada selera anak muda dengan silat…?

Jika menyelusuri sejarah silam, alangkah beruntungnya kita kerana dapat mewarisi ilmu ini. Bukan kerana kemegahan atau keegoan, tetapi kerana betapa besarnya nilai sesebuah ilmu persilatan itu. Pada masa aku kecil, aku hanya dapat mendengar namanya sahaja. Silat yang berbentuk kebatinan ataupun tidak. Sebagai contoh “silat tapak suci, silat selendang putih, silat Helang putih, silat buaya putih, silat gerak, silat sendeng, silat makrifat, dan banyak lagi nama-nama silat melayu yang kian dilupakan. Aku juga diceritakan ketika tercetusnya pergaduhan kaum di Malaysia, ada sejenis silat yang mempertahankan kaum melayu.

Adapun silat berbentuk kebatinan amatlah rumit untuk mempelajarinya. Ini kerana kesilapan amalan boleh memberikan kesan buruk kepada pengamalnya. Inilah mungkin penyebab ketiadaan orang mahu meneruskan ilmu ini. Silat batin ini, menurut cerita-cerita orang tua, pokok kelapa boleh tumbang hanya dengan menolak angin sahaja. Musuh boleh terpelanting hanya dengan menghembus nafas dan boleh berdiri di atas daun pisang. Amalan-amalannya adalah berbentuk zikir-zikir kepada Allah mengamalkan zikir nama-nama Allah dan sebagainya.

Manakala silat yang tidak berbentuk kebatinan ini tidaklah rumit untuk mempelajarinya. Tidak perlu kepada mengamalkan ayat-ayat tertentu dan sesuai dipelajari semua golongan. Pun begitu, masih ada ayat-ayat yang dijadikan sebagai pendinding atau amalan dalam silat tertentu.

Gerakan-gerakan tari silat adalah berbeza antara satu sama lain. Tari-tari itu sebenarnya adalah teknik serangan atau menangkis yang digayakan dalam bentuk tari. Yang aku masih tertanya-tanya ialah silat tari atau silat jatuh, apakah ianya adalah silat perang atau sekadar untuk persembahan? Kena Tanya arjunasukma la orang ssoho lakoh pat tapey.

Satu misteri dalam silat ialah muzik. Tiupan serunai dan gendang merupakan “hantu” yang boleh merasuk seseorang pesilat. Jika muzik silat dimainkan, pesilat akan “naik serbu” kemahuan dalaman menolak-nolak menyuruh membuka sembah memula pencaknya. Inilah yang dikatakan “ANGIN” silat sepertimana angin makyung, angin dikir,dan angin teri. Itulah misteri yang belum terungkai pada pemikiran aku. Biarpun enyakit angin ini pernah dikatakan oleh Pak Mat Lokan Bertepuk dalam blognya lokanbertepuk.com. Aku pernah belajar silat tongkat, ketika majlis perlimau aku terasa jari aku dipukul…sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa tidak sakit??. Adakah kerana terlalu bersemangat ketika berada dalam “bong” ataupun semangat “bong” yang menguasai ketika itu??angin aku angin tohor jah…

Satu lagi ialah mengenai adat perlimau silat. Menjadi adat sebelum anak murid beraksi dalam gelanggang, disembelih ayam jantan setiap orang seekor ayam. Setelah disembelih, ayam tadi dicampak ke dalam sebuah lubang. Aku dengar cerita kononnya jika ayam tadi tidak keluar dari lubang tersebut, mungkin murid itu boleh jadi guru. Ayam aku mati dalam lubang…heheh…peralatan lain ialah benang mentah dan duit sen untuk dijadikan pengeras kepada tok guru. Tokguru aku berkata, ini hanyalah sebagai adat dalam perlimau. Benda-benda karut dalam majlis ini tiada. Kalu dulu, dengarnya ada menggantung benang hitam di bangsal perliamau dan ditanam lilin di setiap penjuru  empat tapan. Wallahu a’alam lah…aku tidak pernah nampak benda-benda sebegitu sepanjang hidup aku. Yang paling penting dalam majlis perlimau ialah pulut semangat…hmmm…kenapalah ye orang panggil pulut semangat?

Sehebat dan sekuat silat yang pernah menyanjung nama bangsa Melayu pada kurun terdahulu, adakah masih kuat untuk melawan arus abad kini. Bangsa Melayulah yang harus mempertahankannya, sebagaimana silat pernah mempertahankan bangsa melayu dahulu. Takkan hilang Melayu di dunia…melayu akan hilang jika identiti melayu ini hilang…


DIKIR NYAKIT BABI

Pakai topeng keselamatan..

Pakai topeng keselamatan..

Geger alek hulu alek ilir…

Babi masuk kapong…

Abih punoh jane, ubi kayu,jagung,pise Takdok tingga sepohon kayu

 

 Maso dulu, babi di kapong,

 Bederu-deru, pakat gi likong

Bawak kayu, pakat pekong

Abih layu, anoklah jagong

Babi lalu, sodok nga hidong

 

Babi jame loni soho dio pado artih

 Tubik tibi ari-ari tok kiro jumaat kamih

 Situ mati sini mati buke keno nyakit kudih

 Tapi keno nyakit babi abis ubat abih pitih

 Wak gi spita jange lari kalu deme panah pedih

 

Kalu nok make basuh tange bia cuci

Kalu tubik jale paka topeng naknak ari

 Takut jakit kume-kume baik cegoh awal lagi

 Dan dio make tule tubuh segar jadi lali

 Keno bringat pagi pete mugo rama doh mati

 

Penyakit dari babi, sungguh bahayo

Sakit sendi-sendi, idung berair sokmo

Doktor jamoh cek dahi, dio kato selsemo

Tok dan dua hari, dengar kaba meninggal dunio

 

Ambo tolong oyak, jange bui dan keno

Tak dok lagi obak, akar kayu tok guno

Tok teri buko silak (silat), pon reboh nungging nyo

Mitok bia sehak(sihat), samo-samo kito doa…