JOM…MENITIR

MAJLIS MENITIR

Kehadiran bulan ramadhan mula terasa. Masyarakat suku kaum Brunei mula sibuk dengan majlis menitir. Cuti hujung minggu ini aku berkesempatan menghadiri majlis menitir di Kampung Pimping. Sebelum ini aku hanya mendegar nama sahaja apa itu menitir. Kali ini aku berpeluang bersama menitir.

bertahlil

bertahlil

Menitir ialah majlis yang diadakan sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Majlis ini biasanya diadakan pada bulan Syaaban iaitu bila hampir dengan bulan Ramadhan.

Dalam menitir diadakan tahlil dan makan. Majlis menitir seperti majlis kecil lain seperti majlis tahlil arwah. Atau boleh dikatakan juga majlis tahlil, bezanya cuma ianya diadakan sempena kehadiran Ramadhan yang semakin hampir manakala tahlil arwah sempena kematian.

 Hari ini aku pergi menitir pada waktu tengahari selepas sembahyang zohor. Ada lagi jemputan menitir pada waktu petang selepas asar dan selepas maghrib. Boleh dikatakan dalam satu hari ada dua tiga buah rumah mengadakan majlis ini. Pendek kata dalam tempoh menitir ini jimat la belanja. Ibarat kata kawan aku, bulan gantung periuk. Tak payah masak, ikut menitir je.

berdoa selepas tahlil

berdoa selepas tahlil

Majlis menitir yang aku hadiri pada hari ini, diadakan tahlil,doa kemudian terus makan. Boleh dikatakan majlis makan-makan lah. Begitulah adat masyarakat Brunei Sabah apabila hampir dengan bulan puasa. Bagi yang bujang,hanya menadah perut sepanjang bulan menitir ini…Rezeki jangan ditolak..heheh…

jom...makan...budaya Sabah tak lekang dengan sup

jom...makan...!!!

Kenapa menitir? Mungkin kerana kegembiraan orang islam yang akan menyambut bulan puasa. Aku teringat masa belajar kat matrikulasi UIA dulu, bila hampir Ramadhan, pensyarah aku dari Palestin dengan gembira menjamu kami dengan kuih arabnya kerana gembira akan menyambut bulan yang penuh rahmat dan berkat. Itu tanda kesyukuran mungkin. 

Lepas makan, dapat lagi hadiah satu seorang...

Lepas makan, dapat lagi hadiah satu seorang...

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: