TRAWIH MASA KECIK

TERAWIH MASA BUDAK

IMG_0126

Seronok…itulah yang dapat digambarkan suasana berpuasa masa zaman budak-budak dulu. Malam pengishtiharan puasa semua pakat tunggu pengumuman dalam radio. Dulu tv takde kat rumah. Bila diistiharkan puasa esok hari atau lusa hari, terasa keseronokan dalam hati. Dalam kepala dok Nampak terawih la.

Terawih masa budak suka sangat. Masa tu jalan ramai-ramai pergi ke surau/balasoh. Sampai surau ikut sembahyang. Ramai budak-budak sebaya itulah yang menyeronokkan. Bila orang mula terawih, mula lah bunyi kat belakang budak-budak dok ketawa. Kadang-kadang bunyi tudung periuk ketung ketang kat belakang. Rupa-rupanya jemaah kecik ni dok cek moreh apa malam ni. Kalau akok, atau yang sedap-sedap, tunggu sampai abis terawih. Kalau tak pun bantai dulu sebelum orang abis terawih.

Satu lagi yang sukanya bila selawat diantara terawih. Budak-budak la yang paling kuat teriak…sollolloh…wasallama alaiih…!!! Di’alok’ pula oleh orang tua. Orang tua suka kalau selawat kuat-kuat. Dia la yang buat kepala, kami sambut.

Bila hari-hari terakhir terawih, datang surau nak main mercun. Di surau kawan ramai berkumpul. Orang dok terawih, kita dok atas jalan main mercun. Masa tu mercun ketupat takde lagi. Yang ada mercun cina yang merah. Bila dah ada yang ketupat, ada saja makmum terkejut tengah sembahyang sebab dilemparnya mercun dekat surau. Mengeluh orang tua…nasib baik tidak bersilat masa sembahyang.

Makin lama bila besar, aku dapati kemeriahan itu semakin hilang. Budak-budak sekarang jarang ke masjid atau surau. Walaupun datang nak bersuka-suka dengan kawan pun dah takde. Kemana menghilang si kecil ini. Apakah masa kecil mereka telah diragut oleh ceritera yang dihidang dalam kotak tv atau ada padang permainan lain yang lebih menyeronokkan. Surau yang dulunya diserikan ketawa anak-anak tidak baligh kini hanya terdengar suara longlai si bongkok tiga membisikkan selawat. Tiada sudah orang yang mahu di ‘alak’ si tua ini. Alangkah sunyinya surau ini sesunyi hati si tua melihat makmum sebayanya.

Gelegar usang surau kayu kini makin dimakan bubuk. mungkin akan roboh bersama. Akan datangkah anak-anak kecil tadi memangku tiang-tiang surau yang semakin uzur bagi meneruskan tradisi hasanah dari si tua ini. Ataupun menunggu roboh bersama kayu long si tua yang kian reput  berkubur.

Terawih silih berganti…jemaahnya masih menanti…si tua yang pergi tiada mengganti…

Ibu-ibu, bapak-bapak, semua yang ada di sini, ajarlah anak-anak kita mencium tikar sejadah surau atau masjid walau sekadar dua waktu magrib dan isya’. Kelak yang mendoakan kita permata inilah. Ajarlah mereka kenal erti terbit fajar, gelincir matahari, bayang memanjang, terbenam matahari sehinggalah hilang  merah di ufuk…kerana terputusnya amalan anak adam kecuali daripada lima perkara…

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

4 responses to “TRAWIH MASA KECIK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: