mengarut malam2 bute

sekian lama aku tidak menjengah blog ni setelah kehilangan jaringan wireless di taman desa jaya. tambahan pula kepala aku kosong,tiada cerita atau berita mahu diriwayatkan di papan pemuka blog. blog sekolah juga turut terabai kerana tahap kemalasan mengemaskini blog-blog menghentam jari jemari dari menyentuh papan kekunci. bukan itu saja, kerja kursus yang ditaklifkan oleh maktab juga  sudah dijenguk oleh habuk-habuk yang singgah menumpang.

arrrghhh….terasa hari-hari yang dilalui amat kosong. tiada aktiviti yang boleh menjadikan aku sebagai seorang dewasa dan matang dalam berfikir. rutin aku di sekolah dan rumah…bercakap dengan budak membuatkan aku turut menjadi budak. teringat masa aku mengajar di sekolah agama setahun yang lalu…jika tiada kelas, dalam bilik guru menjadi medan perbincangan ilmu.banyak sangat yang aku tidak tahu tentang asas agama.malu aku bergelar ustazzzzzzzzz!!!…agak janggal bila aku dipanggil ustaz dengan penampilan yang tidak sesuai dan ilmu hanya setitis debu embun pagi…

aku rindukan suasana begitu..berat hati aku untuk meninggalkan sekolah yang menjadikan aku sedikit matang dalam berfikir. pun begitu, aku masih dengan mazhab dikir barat aku. di sekolah aku ustaz, di rumah aku astak. bagi aku biarla orang mahu kata apa asalkan aku buat itu betul walaupun ada yang tak betul huhu…aku sentiasa malu dengan diri sendiri tapi tidak pernah sedar diri. hati yang cepat goyah mengikut arah angin yang diredah. aku pun hairan…kadang-kadang tertanya jua aku siapa la aku?

aku mahu jadi aku.tapi aku yang mana?aku yang bergelar ustaz?aku sebagaimana aku bersama kawan-kawan?aku pendikir?aku,aku yang lain-lainnya aku?banyak aku lalui sebagai aku untuk menjadi aku sebagaimana aku sekarang. memang proses mematangkan aku agak lambat…umur tua,rupa paras tua fikiran masih budak-budak,perangai macam remaja-remaja lain…

aku teringat kata-kata abang amin idris kepada aku…”mat, orang macam demo diperlukan dalam jemaah…”kalu tak buleh buat semua jangan tinggal semua”…abang amin dan abe helmi menjadi orang yang menggagahkan aku  dalam menjadi aku.aku rasa aku juga berharga di kalangan mereka yang siqah dan yang kurang siqah tapi lebih suka kepada yang kurang siqah kerana mereka lebih tidak hipokrit macam sesetengah golongan siqah yang mencari publisiti..hampeh…aku benci…tapi aku hormat orang siqah kerana mereka lebih mulia. mereka ada apa yang aku tiada..aku tidak ada apa yang mereka ada. aku lemah disisi mereka-mereka…aku malu tapi aku tak mahu…atau mahu tapi tak mampu…biarla mereka dengan cara mereka,aku dengan cara aku…

aku cuba juga untuk bertukar menjadi sepatutnya dengan gelaran aku, macam bertukar menjadi altraman atau gaban, tapi aku tahu aku tidak mampu. aku sayang untuk terus menjadi diriku yang sebenar…wajah yang sebenar…ini menyebabkan aku terasa diri aku multiple identity.bukan satu,tapi tiga identiti…emosi yang berpindah-pindah menukar wajah kepada wajah berlainan…aku boleh jadi ustat,aku boleh jadi rock,aku boleh jadi rap,boleh jadi rempit dan macam-macam mengikut sejarah yg pernah aku laui…huh..

warggghh…aku bukan mengeluh…sekadar menghilangkan kebosanan…aku redha dengan aku sekarang. tapi siapa aku sebenarnya??suka bertukar rupa macam biawak iguana…huh

hikmahnya aku dihantar sebagai tenaga pengajar atau dengan gelaran ustaz,sedikit sebanyak dapat mengubah kelakuan nakal,jajal aku. allah menegur aku dengan cara begitu halus..syukur-syukur allah masih sayang..ada je yang mengingatkan aku. kadang-kadang anak murid juga menghantam kedegilan aku..aku begitu lemah…perlukan kekuatan dari teman-teman..arhh…malam2 aku merapu hahaha..tq veri mas,ada masa jumpa lagi..pantun apa la ni…dia pun cakap: mau kena hindik jua ni…hehe

 

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

5 responses to “mengarut malam2 bute

  • bidadari dari timur..

    hm,sy stju dgn abg amin…”mat, orang macam demo diperlukan dalam jemaah…” .betul banget tu!kamu intan tpilih.bkn sume bole masuk uia..bkn sume bpeluang utk dtarbiah dlm jmaah….walau pahit..walau mberontak jiwa dlm tamrin….itulah psediaan..mhadapi dunia pnuh cbrn.dan yg agak istimewa 1x,bkn sume terpilih utk jd ahli sutrapawana..yg tesohor d setiap ceruk dunia…(“,)

    bzikir d dlm dikir,rsnya itulah tugas yg paling ssuai buat kamu….t’utama dlm mdekati ank2 muda zmn kini..yg kebanyakannya innalillah….hanya Tuhan yg tau! mrk sukakn hiburan,tp disuapkan dgn hidangan yg merosakkan akhlak n iman.anak muda n hiburan,tidak dpt dipisahkan..tp adakah kedapatan insan2 d kalangan kita yg mnyediakan santapan alternatif buat mrk…?? santapan rohani yg m’angkat nilai budaya bangsa…jua mjunjung tggi agamaNya….mgkn ada..tp kurang.

    krn itu jmaah mmerlukn insan2 spt kamu..dlm menyebarkn yg ma’ruf n mencegah yg munkar…krn stiap org,bemacam2 ragam n sikapnya..namun pnya klbhan msg2…lantas kplbgaian itulah yg menjadikan kita semua saling melengkapi….dgn cara tsendiri…

    dulu d bilik guru jd tmpt pbincangan,skrg knp tdk bole mlakukn yg sm? d alam maya juga boleh diadakn pbincangan agama…bkn? =) maka cari la shbt2 yg baik agamanya,sohih ilmunya,sempurna ibadahnya..dlm mewujudkan 1 pbincangan agama yg ilmiah n sihat…lantas mendorong kamu mcari…
    siapakah dirimu yg sbnr….

    amad oh amad..
    ado jgk kt ujung2 tu….
    “dia pun cakap: mau kena hindik jua ni…hehe”
    aku tertawa.amad..amad…😛

  • delyla

    shapa kamu??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: