KELATE JIWOKU

bendera klate 1912

BENDERA KELANTAN 1912

dalam berkubang di laman facebook, aku ketemu satu sejarah yang sebelum ini tidak pernah aku ketahui.Kelantan pada masa dulunya berpanji khat berbentuk harimau.apakah benar ini adalah bendera yang pernah dijulang di bawah langit bumi bernama KELANTAN. jika benar cuba fikirkan maksud sebenar tersirat di balik jalinan khat berbentuk harimau tersebut.

pada akal buta aku ini,aku tafsirkan ianya adalah lambang sebuah keberanian.ukiran khat itu pula melambangkan ISLAM yang bermaksud kelantan adalah sebuah negara islam.keberanian yang dikaitkan dengan islam menggambarkan kelantan bukan semata-mata sebuah negara,sebaliknya adalah sebuah khilafah yang menjunjung tinggi kedudukan dan syariat islam.

rajah yang terlukis bagi mata jahil aku mengatakan ada sedikit pengaruh parsi.itu sekadar ulasan bukan ilmiah dari aku bergelar Sangggupa di dunia maya dikir barat

berikut adalah bendera lama: http://www.kelantan.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=51

649px-flag_of_kelantan_svg

BENDERA KELANTAN SEKARANG

bendera kelantan sekarang adalh seperti diatas.Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.

LAGU NEGERI KELANTAN

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

yang aku tertanya-tanya,kenapa lagu kelantan seolah-olah memuji raja bukan negeri…?seolah-olah lagu raja kelantan la pulak..mungkin sebab raja itu adalah ketua sebuah negeri,dan makmurnya negeri adalah kerana sebab pemerintahan kerajaan tersebut…

wallahua’alam…

sanggupa: taatlah Allah dan taatlah rasul kemudian taatlah pemerintah kamu selagi tidak pada perkara maksiat.

 

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

4 responses to “KELATE JIWOKU

  • Lokanbertepuk

    Pada 9hb. oktober 1922 telah belangsungnya istiadat menaikkan bendera tubuh Al Sultan Ismail. Rupa bendera tersebut ialah tanah putih dan bulan bintang kuning terletak di tengah2, manakala di atas bintang itu pula kelihatan sebuah mahkota berwarna kuning dan di kiri kanannya dikelilingi oleh dua pelepah daun kelapa berwana biru yg bertangkup hujungnya. Bendera ini adalah untuk menggantikan bendera tubuh Sultan Muhammad lV.

    Bendera ini berupa seekor harimau yg ditulis ayat suci “Nashnumminallah wafathuqarib wabassyirilmu’minin” ……. “Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat, kerana itu sampaikanlah berita kegembiraan kpd orang2 mukmin” (as-saf 13). Pada hujung ekor harimau tersebut tertulis perkataan “Kerajaan Kelantan”.

    Penukaran bendera tersebut mungki kerana rupa harimau itu adalah merupakan satu lukisan benda hidup yg bertentangan dengan agama islam dan juga dikhuatiri takut2 tidak terjaga kehormatan ayat2 qur’an.

  • sanggupa

    kalu ayohmat sudi boleh tak bg link yg menceritakan hal ini..tq ayhmat ats info..ado maso jupo di klate cuti ni hehe

  • Lokanbertepuk

    1. Bendera Kelantan telah digantikan dgn bendera baru dgn tanahnya berwarna merah, di tengahnya terletak bulan sabit dan bintang pecah lima, atas dada bulan ini berdiri dua batang tombak pada bhgian tanduk bulan pula terhunus dua bilah keris yg semuanya berwarna putih. Bendera ini dinaikkan pada 20hb. nov. 1922.

    2. Pada tahun 1916, Sultan Mohammad lV telah telah menitah supaya diadakan lambang kerajaan negeri kelantan. Antara simbol2 yg terdapat didalamnya ialah bulan, bintang, dua buah meriam berserta dgn cogankata yg berbunyi “Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan.
    Apabila Sultan Ismail menjadi Sultan Kelantan pada penghujung tahun 1920, baginda menitah supaya ditambah dua buah simbol lagi didalam lambang berkenaan , iaitu sebuah mahkota da dua ekor kijang.

    3. Lagu Selamat Sultan adalah lagu rasmi negeri kelantan yang dicipta pada 5hb. julai 1927. Lagu ini dicipta oleh En. Aziz Abdullah seorang ketua pasukan pancaragam polis kelantan. Manakala liriknya pula ditulis oleh Wan Ibrahim Wan Mustafa pada tahun 1935.

    p/s… nk buyi link guano mugo link dia dok dlm lemari umoh aku…belabik dia gak…

  • sanggupa

    arr dok dale almari ruponyo…sipe molek tuh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: