BUBU MENGALAI dan BELAGO KOGHE

BUBU MENGALAI

Salah satu budaya suku kaum Bisaya Sabah mengadakan bubu mengalai. Bubu ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan yang diperbuat daripada buluh. Manakala perkataan mengalai ialah bermaksud tarian dalam bahasa Bisaya dan Brunei.

Pada zaman dahulunya, tarian diadakan selepas menuai padi. Setelah habis padi dituai, diadakan satu pesta bertujuan untuk menghiburkan hati setelah semusim penat membanting tulang di sawah. Di dalam pesta ini diadakan pesta tarian dan makan-makan menandakan kesyukuran diatas rezeki yang dikurniakan.

Bubu mengalai dimulakan dengan beberapa orang  lelaki mengelilingi sebuah bubu yang dipakaikan dengan pakaian sesosok manusia. Bubu tersebut dipakaikan pakaian seakan-akan  seorang manusia dan dikelilingi oleh sekumpulan lelaki sambil memegang bubu tersebut. Sebelum itu terlebih dahulu dibacakan mantera khas bubu mengalai. Ianya dibacakan oleh seorang yang berkemahiran dalam hal ini.

Bubu yang dipakaikan baju tadi dilonjak-lonjakkan  untuk beberapa ketika sehingga bubu itu akhirnya dengan sendirinya menari. Dengan sendirinya bubu tadi akan menari melonjak-lonjak tapi dipegang oleh lelaki-lelaki tadi.

bubu tadi dipegang kerana bimbang ianya akan terbang lari. menurut yang diceritakan,jika bubu ini terbang masuk sungai,ianya akan bertukar menjadi naga. itu merupakan kepercayaan orang dulu-dulu.

Untuk menghentikan bubu daripada terus menari ialah dengan memasukkan tangan ke dalam kain yang dipakaikan pada bubu tersebut..

Sumber:cikgu abdur razak yaacob yong,ustaz zamri,ustaz azlan..(cerita adalah dari mulut ke mulut.ustaz zamri pernah menyaksikan peristiwa tersebut)

BELAGA KOGHE

Belaga koghe atau ‘berlaga kukuran’ adalah budaya orang Kelantan pada zaman dahulu. Secara umumnya adalah hampir sama dengan ‘bubu mengalai’ yang mana turut diadakan di dalam sesebuah pesta. Belaga koghe dahulunya diadakan dalam pesta keramaian seperti selepas pesta menuai atau kenduri kahwin.

Belaga koghe bukanlah sebuah tarian,sebaliknya ialah sejenis permainan berlawan seperti berlaga lembu bezanya Cuma permainan ini menggunakan sejenis kukuran yang tidak bernyawa. Setelah dijampi dengan mantera-mantera yang khusus, kukuran-kukuran tersebut akan hidup dan berlawan satu sama lain. Dikatakan kukuran ini berkejaran sehingga melanggar tetamu yang hadir.

Menurut cerita dari mulut ke mulut yang saya terima, sebelum memulakan permainan ini, seekor biawak pasir dikorbankan dengan menyembelihnya untuk mendapatkan darah yang kemudiannya dilumur pada kukuran tersebut.

 Maklumat mengenai belaga koghe ini susah untuk didapati memandangkan permainan ini telah lama pupus di Kelantan. Jampi mantera yang dibacakan dikatakan adalah ayat-ayat daripada Al-Quran dan ditambah dengan jampi khas untuk permainan ini. Ianya juga sama dengan tarian bubu.

sanggupa: janganlah kamu minta pertolongan selain daripada Allah

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

One response to “BUBU MENGALAI dan BELAGO KOGHE

  • sunshyne

    what are you? orang kelantan kah but belajar cakap brunai? sorry im just wondering. if so, keep it up.

    di brunei ani dipanggil alai bubu. untuk ia mengalai, ada orang tua membaca mantera dan menyeru jin lah kali untuk masuk dalam bubu supaya ia mengalai dan melompat tinggi.

    the first and last time aku liat alai bubu dalam 10 tahun lalu di kampung ku sempena pelancong datang. aku pun macam pelancong jua rasanya sal first timeku meliat jua yang inda pernah pernah ada.yang mengalai pun bukan orang melayu, tapi orang dusun non muslim.

    among melayu islam andang ampir nada or non existent lagi orang mengalai bubu. maybe orang dulu-dulu ada kah jua.
    i tink generasi muda selepas aku pun inda pernah meliat atau mendangar. but recently my friend a dusun brunei bagitau nini nya ada mengalai bubu selepas pesta padi . among non muslim animungkin tradisi. i wish i cud record apa yang ku liat dulu sebagai kenangan2 as nothing about this is documented at all di brunei. rugi kan.

    sunshyne

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: