NUR AHMAD TOYYIB

satu-satunya nasihat daripada romat (norahmad tayyib) yang masih aku pegang tatkala aku dirundum kekecewaan di atas runtuhnya cinta pertama iaitu “kita ni emas sepuluh”.

emas sepuluh ialah emas yang mahal nilai harganya.diri kita ini ibarat emas sepuluh…janganlah kecewa di atas kehilangan cinta,dan janganlah merayu pada wanita yang pernah kita cintai untuk kembali kerana kita adalah emas sepuluh..jangan rendahkan nilai emas sepuluh.itulah nasihat yang berguna daripadanya.dengan nasihat ini juga aku bangkit dari longlai bahana cinta luka..aku benci cinta..dusta!!!yang aku tahu ialah cinta selepas kahwin.yang pastinya cinta sebelum kahwin adalah menyakitkan..

kata-kata azimat ini juga aku gunakan untuk menasihatinya tikamana dia rebah ditampar cinta setianya apabila kekasih hatinya tidak sabar dalam menunggu sebuah ikatan dan menerima tawaran hati orang lain.itulah cinta..sebelum kahwin..

dengan azimat ini juga aku menjadi doktor cinta kepada orang lain.tapi hakikatnya menasihati itu adalah semudah lidah.hati yang menanggung bagai dihempap konkrit binaan yang jatuh dari tingkat lima.nasihat sekadar usaha untuk mencantumkan balik relaian hati yang luka.

petang tadi aku menerima mesej dari zaki mengatakan romat sedang menanggung sakit..kanser hidung..

aku menghubunginya bertanya khabar..sebelum ini dalam mesej dia memberitahu bahawa dia sangat-sangat mahu berjumpa dengan aku.seperti biasa aku bergurau dalam SMS tanpa aku tahu dia sedang menderita.bila ditanya mengapa,dia diam..sehinggalah SMS daripada zaki mengingatkan aku akan hajat si romat..

dalam perbualan aku cuba menjauhkannya daripada becakap soal sakit yang ditanggung..tapi dia memulakan cerita…”mat,aku sakit sekarang ni..”aku pura-pura tidak tahu sakit apa sambil ketawa aku bergurau sakit apalah pulak mu ni mat.

agak berat untuk dia menceritakan..mahu sebut pun takut katanya..akhirnya diberitahunya juga kanser hidung peringkat ke dua…

aku pernah kehilangan kawan kerana ketumbuhan dalam kepala.dan aku sangat terkilan kerana waktu hayatnya aku tidak sempat melawat dan tidak tahu keadaanya bagaimana sehingga aku terima SMS mengatakan dia sudah tiada.waktu itu aku sudah berada di sabah..lagi sedih bila baca nukilan kawan-kawan dalam yahoogroup memperingati kenangan waktu bersamanya.aku hampir menitiskan airmata..dia merupakan sahabt yang baik.

Ya Allah..kau panjangkanlah umur sahabatku ini..berikanlah dia kesihatan dan kesejahteraan..kau sembuhkanlah dia daripada penyakit yang sedang dia tanggung..sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang terhadap hambaMu ya Allah..aminn…

sama-samalah kita doakan..

sanggupa: ujian adalah tarbiah dari Allah..

 

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

4 responses to “NUR AHMAD TOYYIB

  • delyla

    rasa2 cm nk merasa cinta selepas kawen la…
    *diriku emas sepuluh hehe

    wahai doc chenta,
    mne nk tau cinta selepas kawen tdak menyakitkan??

    • sanggupa

      haha…ambo nok quit dh jd doktor cinta nih.apa-apa mslh sebenarnya yang terbaik adalh kembali kepada Allah.

      cinta selepas kawin adalh menerima apa jua kekurngan yg ada psangan.stp masalh dibawa brbncang…sentuhan kasih sayang dpt melembutkan hati.

      cinta sebelum kawin jangan cuba sentuh2…mslh terjadi sbb nikmt cinta telah abis di hirup sblum kawin.apa yg dilarg seblum kawin ramai yg buat.itulah sbbnya hilang kenkmatan sebuah rmhtangga..

      itu pndpat ambo.org ln ambo tok tahu.cinta sblum kawin perlu ada hadnya.bukan tak boleh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: