Buta Cinta..

apa pengertian CINTA pada diri hang mat?..tiba-tiba soalan dari ucop menerjah lurus ke telinga aku di saat aku berdiri tegak mahu mengangkat takbir menunaikan solat maghrib…

aku mau solat lu cop..pasni kita bincang..hehe..macam best je soalan ucop nih..usai solat maghrib aku mengunngkit soalan yang dituju tadi kepada ucop.

apa pengertian cinta pada pandangan aku?..mmm…cinta itu mengubah duri menjadi bunga,mengubah bla,bla,bla…aku mengarut meniru ayat dari cerita “ketika cinta bertasbih” sambil ketawa…dalam kepala aku tertanya-tanya apa erti cinta dalam hidup aku??aku pun “blur”…baru aku tahu rupa-rupanya aku sendiri tidak tahu mengenai cinta walaupun sedap-sedap menulis mengenai cinta dan menasihati orang mengenai cinta…

“itu imaginasi..!! balas ucop…

“mmm…bagi aku cinta itu bila berkahwin,dan kita bercinta dengan isteri…”jawab aku dalam kabur.teringat aku pada novel tulisan Fatimah Syarha mengatakan cinta kerana Allah ialah kita bercinta untuk membina sebuah keluarga yang islamik…

aku menambah lagi persoalan, cinta kerana Allah…huh…semua orang sebut cinta kerana Allah tapi perlaksanaannya karut!!!apakah itu cinta kerana Allah??!!

“semua orang boleh sebut” balas ucop.””konsep…konsep mu buat  ikut orang atau konsep mu sendiri?”tanya ucop lagi.aku tidak faham..konsep apa yang dimaksudkan?

apa yang dimaksudkan ucop ialah konsep cinta yang aku pakai itu ialah semata-mata ikut-ikut cakap orang ataupun konsep cinta dari diri sendiri…pening aku dengan soalannya…

aku jawab dengan panjang lebar…”konsep sendiri tapi dengan mengambil pengalaman-pengalaman orang kemudian aku cipta pemahaman aku sendiri berdasarkan pengalaman tersebut.sepertimana falsafah pendidikan negara yang mengambil teori-teori..bla,bla aku berceramah lebar…”sebenarnya susah untuk aku menerangkan apakah itu cinta pada pemahaman aku.aku sendiri tidak tahu…atau aku mengecilkan skop cinta…aku kecilkan skop cinta ini sebab soalannya menjurus kepada cinta kekasih…

“pada pendapat mu apa itu cinta cop?”aku membalas balik soalannya tadi untuk dijawab.

“tunggu aku kawin…nanti aku bagitahu”jawabnya ringkas.

“ah..lambat la aku tahu apa itu cinta pada pendapat mu.lepas mu kawin,soalan tadi mu pun dah lupa haha…”balas aku dengan ketawa.apakah pendapat ucop pun sama dengan aku…tapi dia tak setuju dengan jawapan aku tadi…ertinya pengertian cinta pada ucop berlainan…bagaimanapun perbincangan aku terhenti di situ apabila di serbu kehadiran kawan-kawan aku ke bilik…

apakah itu cinta…?aku kehilangan buah fikiran…mencari jawapan…namun aku baru sedar,aku tidak kenal apa itu cinta…yang aku tahu cinta itu banyak yang menyakitkan,kadang-kadang indah,kadang-kadang gundah…sayang…rindu…itu hanyalah hiasan dalam percintaan…cinta…???entah…aku pun tak tahu……..

sanggupa: kanapala aku ni asik2 pasal cinta je…sori bos…rupanya aku ni buta soal cinta hakhak…

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

5 responses to “Buta Cinta..

  • blessing seeker

    Cinta sangat subjektif dan ada pelbagai interpretasi tentang cinta

    cinta juga adalah ujian bagaimana untuk kita memahami cinta [aku ni biar betul, mcm merepek jak]

    bagi saya, cinta tu adalah pengorbanan yang berpatutan sebelum halal. Kesabaran dalam menempuh badai bersama dengan insan dicintai dalam mempertahankan hubungan dan 1 lagi pendorong semangat..🙂

    bak kata maulana Rumi yang terkenal dengan kata-kata indah yang membuatkan qalbi tersenyum girang

    Cinta adalah kekuatan
    yang mampu mengubah duri jadi mawar
    mengubah cuka jadi anggur
    mengubah sedih jadi riang
    mengubah amarah jadi ramah
    mengubah musibah jadi muhibbah
    itulah cinta

    sekalipun cinta telah kuuraikan
    dan kujelaskan panjang lebar
    namun jika cinta kudatangi,
    aku jadi malu pada keteranganku sendiri
    meskipun lidahku telah mampu menguraikan
    namun tanpa lidah
    cinta ternyata lebih terang
    sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
    kata-kata pecah berkeping-keping
    begitu sampai kepada cinta..
    dalam menguraikan cinta
    akal terbaring tak berdaya
    bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
    cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

    ~Maulana Rumi~

    pasti semua tau kata-kata ni famous kat crita “bila cinta bertasbih” dan sebenarnya original version dari maulana Rumi🙂

    “No matter what I say to explain and elucidate Love,
    shame overcomes me when I come to Love itself.
    Love cannot be contained within our speaking or listening;
    Love is an ocean whose depths cannot be plumbed.
    Would you try to count the drops of the sea?
    Before that Ocean, the seven seas are nothing.
    Love cannot be found in erudition and science, books and pages.
    Whatever is discussed by people – that is not the way of lovers.
    Whatever you have said or heard is the shell:
    The kernel of Love is a mystery that cannot be divulged.
    Enough! How long will you cling to these words of the tongue?
    Love has many expositions beyond speech.
    Silence! Silence! For the allusions of Love are reversed:
    The meanings become hidden from much speaking.
    Somone asked, “What is Love?”
    I replied, “Ask not about these meanings.
    When you become like me, then you will know.
    When He calls you, you will recite its tale.”
    Oh you who have listened to talk of Love, behold Love!
    What are words in the ears compared to vision in the eyes?”

    ~Maulana Rumi~

    silalah hayati buat si “pembuta cinta” huhu..

    cinta itu satu anugerah yang pastinya tidak ada semuanya indah..

    [buat pemilik blog, manala ada dogeng cinderella happy ever after.. mistilah ada campuran perasaan.. isk3]

    • sanggupa

      hehe..begitu panjang huraian kawan kita ni…tp cuba tengok,maulana rumi jua tdk dpt menjelaskan cinta itu apa…hanya cinta menjelaskan cinta…cinta itu laut…
      kalo ucop baca pasti dia cakap: “mat…itu imaginasi tu…itu kata-kata waktu mabuk taik telinga”haha…ayat pedih ucop tujukan kepada aku huhu

  • blessing seeker

    ucop tu tidak dapat menerima pendapat orang
    rigid.. huff..
    maulana rumi sendiri cakap, hny cinta menjelaskan cinta🙂

    tunggu nanti kena sama cinta sepa yang mabuk.. haha

  • blessing seeker

    hoho.. correction..

    ucop dah kawen rupanya.. selamat pengantin baru

    bah bercinta dengan isteri molek2😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: