Hakikat Cinta Ucop

ما هي حقيقة الحب ؟

أن حقيقة الحب هي أن تخاف صاحبك تذخل النار كما أن تخاف النار تأكل لحمك

apakah itu hakikat cinta?

sesungguhnya hakikat cinta itu, kamu takut melihat pasangan kamu masuk ke dalam api neraka sepertimana kamu takut akan api neraka membaham daging kamu….
kalimah arab membuka bicara…akhirnya…ucop bersuara menerangkan hakikat cinta pada persepsinya…

itulah hakikat cinta yang sebenar pada pandangan dia.macamana?

iaitu kita takut akan pasangan kita terjerumus ke dalam neraka kerana perbuatannya atau perbuatan kita.jika kita cintakan dia,jangan biarkan kerana cinta itu menyebabkan punca dia menjadi tetamu neraka.kerana cinta,sanggup melakukan apa saja sehingga bertentangan dengan ajaran dan syariat islam.

berapa ramai manusia jatuh ke lembah maksiat hanya kerana kata keramat “I LOVE U” “aku cinta kamu” “aku sayang kamu” dan seumpamanya.sepatah kata azimat ajaib ini menyebabkan pasangan membelakangi tuntutan agama dan suruhanNya.kes-kes buang anak,zina,lari dari rumah,murtad,melanggar cakap ibubapa,bersekedudukan tanpa nikah dan sebagainya adalah berpunca dari ajaib ungkapan tadi.

sejauh mana pemahaman kita terhadap perkataan sayang? sayang kerana nafsu? kalau sayangkan pasangan anda,kenapa sanggup kita lihat dia beratur menuju ke pintu jahannam…apakah itu tandanya cinta?sayangkah kita dengan membiarkannya menjadi bahan bakar neraka? adakah itu tanda sayang? membiarkan pasangan meraung kesakitan di atas dosa kerana cinta anda?sedangkan semasa di dunia, jika kekasih anda tersepak batu,di hancurkan batu itu dengan steam roll oleh anda.. Ya Allah, jauhkanlah kami dari termasuk dalam golongan ini…

wahh…baru aku tahu,itulah hakikat cinta…diam-diam ucop rupanya lebih memahami cinta daripada aku…persoalan aku yang kelmarin terungkai…aku berpaling kepada ucop…laaa…tertidur sudah dia pun…

selamat pengantin baru cop…semoga rumahtangga yang kamu akan bina pada bulan ini dirahmati dan menepati konsep cinta yang kamu faham…trima kasih cop!!wa tabik lu…



About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

2 responses to “Hakikat Cinta Ucop

  • blessing seeker

    maaf… mau menyampuk lagi.. huhu

    bukan apa, kamu semua2 ni JQaf punya ustaz2 kan.. jadi saya minta maaf kalau ada silap

    kalau saya tak silap, Imam syafiee pernah berkata “jika anakku tertarik dengan jatina berlainan maka akan kunikahkan mereka”

    letak Islam setinggi2nya bukan belakangkan Islam, minta maaf..

    ibu bapa sekarang tiada kesedaran tentang ini, mereka cuma tau berkata belajar dlu baru kawin. apa beza belajar dan kawin? keduanya ibadah juga. memang telah terbukti ramai yang berkahwin semasa belajar lebih murah rezki dan lebih berjaya..

    mcm si kawan ucop tu cakap, cinta bla bla bla.. zina, anak luar nikah etc.. sedangkah fitrah manusia itu sendiri dinyatakan Allah tertarik antara berlainan jantina.. ucop2, eko boleh ubah ye ketetapan Allah?? cian2..

    satu lagi, sebab tertarik, sebab cinta maka nikahkanlah anak2mu di satu masa nanti.. saya cukup respect kat ibu bapa yang menerima pernikahan anak2 di usia muda kerna mereka ni la jaluran ibu bapa yang imam syafiee katakan🙂

    apa pun korang lebih tau kan🙂

    ubat pada cinta hanya pernikahan.. so tepuk dada tny Iman korang.. 1 lagi nanti jadi ibu bapa, jangan pikio education anak je, pikio gak anak tu jadi apa?? nak bio anak tu terus bergelumang dengan dosa walaupun mempunyai daya ketajaman education..huFF~ maka lahirlah ‘pemaksiat2’

    semuanya asas dalam keluarga tu sendiri, jadi persiapkanlah diri anda2😛

    p/s: sowie kalau nada agak ganaZ

    • sanggupa

      apa yang dimaksudkan ucop secara umumnya ialah cinta terhadap makhluk itu tidak boleh melebihi cinta terhadap Allah dan RasulNya.jika ada dalam percintaan itu melangkaui batas tersebut,maka janganlah melebihkan cinta terhadap makhluk…:)
      sayang itu hendaklah sehingga ke syurga bukan membawa ke neraka…itulah yang sy faham dari konsep cinta ucop…bukan ucop menolak ketentuan Tuhan…tiada pun ayat yg mengatakan sedemikian…:)
      tq diatas nasihat anda semua….:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: