20 sebab lelaki lambat kahwin

gambar hiasan perkahwinan Khalid Jamlus


20 sebab lelaki lambat kahwin hehe

1.”Duit lum cukup lagi”.Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”. Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”. Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”. Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”. Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”. ilmu rumahtangga, soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”. Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”. Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”. Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan? .abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”. Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”. Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”. Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”. Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”. Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”. Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”. Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

sumber: Taman2Syurga@yahoogroup.com

from:dsj kamarul

About these ads

Perihal sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

11 responses to “20 sebab lelaki lambat kahwin

  • Lokanbertepuk

    Guano yg rajin nnulis sgt nih…

  • blessing seeker

    ni bukan tulis tapi COPY & PASTE :P

  • delyla

    berat sebelah nh… bkn sbb nh dh kira alasan memanjang

    salahkan diri sendiri sblm salahkan org lain… lg pun bkn sume pompuan g2… byk mslah dtg dr pihak laki2 gak…

    *satu jari ditunjukkan pd org lain tp empat lg menunding pd diri sendiri

    • sanggupa

      hehe..sama-sama salah..pmpuan minta lelaki untuk pahami mereka..tapi pompuan tak pernah cuba utk memahami lelaki..mana adil hahha

      • delyla

        tak semua ada segelintir baik pompuan mahupun laki2
        tp mmg payah la nk dpt yg sama2 memahami… sudah pasti ada kekurangan antara pasangan…

        *nk komen lebih2… blajar dr pengalaman dlu hehe

  • PuteriTEA

    salaam evryone..
    tetiba jer termasuk dlm blog ni..tumpang lalu yerr..
    20 reasons tu sangat mencuit hati saya..setujuu dengan Delyla..usahla carik alasan manyak sangatt wahai lelaki :)

    bukankah antara lelaki n wanita utk saling melengkapi..
    *btw nice jokes for that..

    wassalam

  • azizah

    lelaki daan perempuan 2 insan dari ‘dunia’ yang berlinan, tetapi diciptakan Allh untuk saling melengkapi.

  • lulu

    ala…alasan jer sume ni,,ak pelik tol,,ak siap nk buAT loan lg utk die,,utk bg hntran kat ak,,bkn die yg wt loan,,tp ak tau,,tu pon die ttp tanak kwen lg,,,ape mslh org laki ni,,,,

  • ikutlah

    tumpang lalu…. jangan lupa byk2 kan doa…. moga jodoh dipermudahkan… :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: