Monthly Archives: Januari 2010

P.Ramli dan gula

GANJA,GANJA,GANJA…. (laung penjual ganja di sebuah pasar)

“BELACAN ADA?” (pembeli bertanya)

tiba-tiba peniaga tadi terkejut dan memberitahu yang belacan tidak boleh dijual terbuka…

begitulah gambaran yang di paparkan dalam cerita P.Ramli yang kadang-kadang tu ada juga betulnya…baru sekarang aku tahu hebat juga pemikiran Tan Sri P.Ramli ni…

rungutan dari kawanku yang ingin membeli gula..”macam mau beli syabu…main sorok-sorok bawah meja…”

semenjak harga gula dinaikkan,aku “order” tea ‘o’ ping, tapi penjual suruh aku order “tea ping” sebab takde gula terpaksa guna susu…

alasan dari kerajaan ialah: “untuk menjaga kesihatan..”

betul juga emel yang aku terima, nanti pembungkus gula akan diletakkan gambar sebijik macam di kotak rokok….

“gambar kaki dipotong..dibawah tertulis…AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA..PENGUNAAN GULA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN..”

konklusinya: dalam filem P.Ramli — Sudin membaca tulisan jawi….”alif,mim,nun,wau…..”alif” tendang “wau”…SARKIS..!”

Advertisements

DOA PUTUS CINTA

…Setelah dikecewakan, janganlah anda mengambil langkah yang tidak masuk akal dan tidak masuk agama. Kawallah dengan fikiran yang dianugerahkan.

Salah satu cara ialah dengan mengingati perangai pasangan anda yang anda tidak suka atau perkara lain yang anda tidak suka padanya yang selama ini anda pendam kerana sedang mabuk tahi telinga…baca lagi


PITIS

himpunan duit lama

seberadanya aku di rumah,teringat aku kepada duit-duit lama yang berada dalam simpanan ayahku.aku mengeluarkan kembali untuk melihat rupa duit lama yang sudah berkarat hijau dan ada yang tak nampak tulisan.

duit ini ada yang dijumpai di tapak rumah ayahku masa kecil.kini tapak rumah itu menjadi tempat ayah berkebun menanam tembikai.pernah juga masa kecil aku terjumpa duit lama sewaktu bercucuk tanam di situ.di situ juga banyak serpihan seramik tinggalan arwah nenek aku.amat sayang kerana seramik itu telah menjadi kepingan kecil.begitu juga kelonsong peluru yang selalu aku jumpai.katanya peninggalan askar masa buat latihan dulu-dulu.

antara duit zaman british

apa yang aku mahu cerita ialah duit lama.aku dapati dalam simpanan tersebut, dua keping pitis (duit zaman putri saadong katanya tidak pasti).Pitis merupakan matawang negeri Kelantan. Bentuk pitis adalh bulat dan berlubang di tengah. Sekelilingnya terukir tulisan jawi,tapi aku tidak dapat baca kerana tulisannya hampir hilang. Yang nampak tertulis ialah “Kerajaan Kelantan”.

selain itu, terdapat beberapa keping duit syiling empat segi bernilai setengah sen, satu sen, dan dua puluh sen. Aku tak tahu pada zaman mana duit ini digunakan,yang pastinya selepas kedatangan British. Muka depan syiling tertera gambar gabenor British. Yang aku ingat tertulis Malayan and Borneo atau India and Borneo aku lupa.

Agak lucu bila duit bernilai setengah sen. Mengikut cerita, setengah sen itu cukup besar nilainya. Pada zaman itu pekerja ladang kelapa di Kampung aku menerima gaji 30 sen sebulan. Itu pun cukup mewah. Bini-bini pekerja ladang ini pun sudah cukup berlagak pada masa itu.

Tidak hairanlah jika dikatakan pada zaman dulu,berbeli dengan duit 20 sen sudah penuh bakul. Dan aku sempat dengan duit lima sen dimana dengan duit lima sen dapat beli gula-gula satu biji..dan mamee berharga 25 sen. sekarang ni lima sen bagaikan tidak bernilai.

pitis "kepeng"

kenapa boleh jadi macamtu? mari kita tengok pengiraan duit pada masa itu:

keneghi (satu nilai tapi tidak ada matawang), kepeng (duit Kelantan berlubang) sen (duit empat segi British)

cara bilangan:

so keneghi,duo keneghi,tigo keneghi……..seterusnya

sekepeng,duo kepeng,tigo kepeng………..seterusnya

spuloh sen,duo ploh sen,tigo ploh sen………seterusnya

keneghi apabila sampai bilangannya kepada 14 keneghi——-cukup satu kepeng

kepeng apabila sampai bilangannya kepada 15 kepeng——– cukup sepuloh sen

jadi, cuba bayangkan lah nilai duit pada masa itu….jika ada kesalahan sila betulkan.sekadar berkongsi apa yang aku ingat dalam kepala..

KOMEN PAK LOKAN:

“Biar aku royak la pulok…pitih kepeng ni diperbuat drpd timah dan dikeluarkan pada tahun 1906M, disamping itu ada dah penggunaan duit sen dan ringgit kerajaan selat… Nilai dia ialah 5 kepeng sama dgn 1 sen…

Hok tulis jawi di pitis tu ialah “Perbelanjaan kerajaan Kelantan”, dan hok sebelah lagi tu tulisan arab yg bermaksud pitih ni dikeluarkan pada bln Dzulhijjah 1321H.

Sungguh pun begitu hok ayah demo kata pitih zaman puteri saadong tu pada pendapat ambo ialah sejenis mata wang lain yg dulu drpd pitih kepeng ni lagi yg diperbuat drpd mas. Ore tua2 dulu panggil “Mas Dinar”…pitih ni lah hok ore wak kokok lidah burung lebar nk suruh buleh bekecek. Pitih dinar ni pun tulis arab jugak “Al Julus Kelantan 577″,sebelah lagi tu dia tulis “Al Mutawakkil”..bermaknanya pitih ni dibuat pada tahun 1181M lagi…

Jadi, kalu kata pitih dinar ni hok jaman puteri saadong pun menasabahlah sbb zaman puteri saadong ialah lebih kurang tahun 1667M….haa gituh.Ko guano???

sanggupa: berjalanlah kamu di muka bumi,dan lihatlah apa yang telah Allah timpakan ke atas kaum-kaum terdahulu


JAANE KYU..?

AKIBAT CINTA

Jaane kyu…?

“amir khan bertanya:

Tak tau kenapa orang boleh jatuh cinta. Kerana cinta kebanyakannya membawa kesedihan. Cinta memaksa salah seorang untuk senyum walaupun kesakitan. Cinta mengiyakan sesuatu yang tidak disukai demi menjaga hati pasangan…tak tau kenapa orang boleh jatuh cinta…

pretty zinta menjawab:

kerana adakah tanpa cinta dunia akan berseri? Tanpa cinta manusia akan kesunyian. Tanpa cinta manusia terasa kehilangan…tak tau kenapa…”

aku tersenyum menghayati lirik lagu hindustan ni.sungguh asyik iramanya dan sungguh dalam maknanya..aku lupa tajuk cerita hindustan ni tp pelakonnya hebat-hebat juga.benarlah apa yang dikatakan oleh kedua-dua pelakon ini.dan aku pun cukup bersetuju..

kenapa perlu jatuh cinta?

Cinta ibarat candu yang membuatkan seseorang itu gila,mabuk dan ketagih kalimah-kalimah indah dari pasangan masing-masing. Jika sehari tidak mendengar khabar berita, manusia mula kecelaruan, meracau,mencari,merintih jiwanya.

Sepatah ayat dari mulut pasangan yang dicintai sudah cukup membuatkan dunianya terasa luas. bulat matanya,lapang dadanya, senyumnya melebar…tanpa sebab pun seseorang yang dilamun cinta tersenyum kerana kebahagiaan yang terasa dalam hatinya.

Begitu sukar alam percintaan…tetapi ia juga Begitu indah..

Begitulah cinta. Pandangan terhadap cinta berubah-ubah mengikut emosi pencinta. jika pencinta mengalami kesukaran dalam percintaan, cinta dilabelkan sebagai duri,racun dan sebagainya perumpamaan hati yang kecundang.

orang yang mengecapi nikmat cinta mengagungkan kata-kata maulana rumi seperti mana dalam movie “ketika cinta bertasbih”.

benar, Cinta mengubah duri menjadi mawar, tetapi cinta juga boleh mengubah mawar menjadi duri. Terpulanglah pada mata pencinta.

cinta tidak boleh dipaksa, tapi cinta itu memaksa.

kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menyintai atau memaksa diri untuk mencintai seseorang…bila bercinta,cinta itu memaksa jiwa tunduk mengikut kehendak cinta.

cinta kerana Allah…istilah yang digunakan bagi pencinta yang darjat lebai yang tinggi.istilah ini membuat aku tersenyum…betul,itulah yang sebetulnya bercinta…cuma perlaksanaan cinta itu amat mengelirukan.macamanakah cinta kerana Allah yang dimaksudkan oleh si lebai ini?sehinggakan terbitnya istilah cinta ana,enti…alangkah terkejutnya aku ana enti ini bila mabuk cinta…cukup memalukan..tidak perlu aku ceritakan di sini.

ada juga cinta terbina di atas nista.cinta ini amat menyakitkan..penipuan yang dilakukan hanyalah untuk meraih cinta.kepercayaan yang diberi kepada penipuan ini menyebabkan pencinta serik untuk bercinta.

cinta satu tapi pasang ramai..kes ni buat aku ketawa..memang benar…kononnya “back-up” sekiranya “clash” tidak payah untuk mencari.kononnya kawan rupanya simpanan…harapan-harapan yang diberi sekadar untuk tidak mahu melepaskan yang di genggaman.akhirnya hancur perasaan.

apa-apa pun gambaran cinta,hendaklah berada di landasan yang betul…bercinta tidak salah,jika kita tahu syaratnya..berhati-hatilah semasa bercinta kerana godaan alam percintaan amat mencabar.

bagaimanapun pandangan anda terhadap cinta, cinta tetap hadir…dan cinta itu tidak dapat di tolak kerana ianya adalah fitrah kita manusia..dan andalah yang mencorak cinta..

sanggupa: entah la aku pun tidak pandai menilai cinta..huhu


DIKIR MAKSIAT

bunting promosi dikir inul

cuti sekolah baru-baru ini aku berkesempatan ke pasar malam melihat gelewat manusia sambil melepaskan rindu pada kenangan lalu aku terlihat satu meja menjual cd dikir barat.kelihatan industri dikir di kelantan makin melangkah maju ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi.dikir dalam versi kartun kelihatan banyak tersusun setelah mendapat sambutan yang menggalakkan.

begitu juga dikir gerudi.walaupun ianya bukanlah dikir barat tapi bila dinyanyikan dalam loghat kelantan terus dilabelkan dikir barat.video dikir seperti ini kian berlambak di pasaran setelah mendapat sambutan yang hebat dari peminat.vidoe-video klip yang memaparkan aksi-aksi penyanyi wanita yang berpakaian seksi meniru gaya pelakon hindustan menari dan sebagainya memang mendapat sambutan yang tinggi sehingga penerbit meng”upgrade”kan lagi tahap persembahan video klip dengan memaparkan penyanyi berpakaian lebih seksi.

antara vcd dikir barat yang dijual

sebelum ini pernah aku berbincang dalam forum dikirbarat.net mengenai barah ini sedang melanda industri dikir barat.isu ini diangkat ke hadapan dengan terbitnya majalah mastika membincangkan isu gerudi inul dalam dikir barat.

pernah dulu riuh setelah PAS memerintah Kelantan, dikir barat kononnya diharamkan.bising orang-orang seni bertempik memaki kerajaan Kelantan mengatakan penghapus seni budaya turun temurun pusaka bangsa.sedangkan pengharaman pada masa itu adalah kerana dikir barat dicemari oleh kedatangan penyanyi perempuan dan lirik-lirik yang lucah.

kali ini kerosakan itu sekali lagi melanda dikir barat.apabila diberi kelonggaran,mula melampaui batas.jika diharamkan,mula lah penggiat seni ini menjadi wira kononya perjuangkan seni warisan bangsa.lebih baik dikatakan perjuangan bangsat!!

siapa yang terkena tempias?penggiat seni dikir barat asli juga lah yang terpaksa menaggung hukuman diatas kemajuan dikir barat yang terlampau ini.amat menyedihkan dikir barat kembali akan dilabelkan sebagai ikon maksiat……!!!sehinggakan pada masa dulu jika jadi pendikir adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang buruk akhlaknya.kali ini jika disebut dikir barat orang akan terbayang gerudi inul yang amat menjelekkan.orang akan berkata,jika mau tengok inul tak payah pergi indonesia…!!betapa malunya penggiat seni dikir barat yang jujur…

lagi memalukan ialah rakyat yang dimana terkenal dengan budi bahasa yang baik,dan negeri yang bergelar serambi Mekah dicop sebagai negeri buntut inul…

sanggupa: sekadar luahan perasaan bekas seorang awak-awak dikir barat.pihak yang terasa hati diharap boleh fikir sebab kita sesama islam…KALAU MAU BUAT CD GELEK INUL JANGAN LETAK NAMA DIKIR..LEBIH BAIK JANGAN BUAT SEBAB JELAS HUKUMNYA..

cerita: masa aku ambik gambar tu aku lupa tutup flash maka terkantoilah dengan penjual cd tersebut.dia tengok semacam je.lagi best aku kutuk-kutuk dikir seksi ni depan dia tapi tak tau la dia dengar ke tak.sedap-sedap je kutuk aku angkat satu cd,tengok-tengok penjual cd tu merupakan salah seorang penyanyi dalam salah satu album…pastu aku blah sambil ketawa hahahha