PITIS

himpunan duit lama

seberadanya aku di rumah,teringat aku kepada duit-duit lama yang berada dalam simpanan ayahku.aku mengeluarkan kembali untuk melihat rupa duit lama yang sudah berkarat hijau dan ada yang tak nampak tulisan.

duit ini ada yang dijumpai di tapak rumah ayahku masa kecil.kini tapak rumah itu menjadi tempat ayah berkebun menanam tembikai.pernah juga masa kecil aku terjumpa duit lama sewaktu bercucuk tanam di situ.di situ juga banyak serpihan seramik tinggalan arwah nenek aku.amat sayang kerana seramik itu telah menjadi kepingan kecil.begitu juga kelonsong peluru yang selalu aku jumpai.katanya peninggalan askar masa buat latihan dulu-dulu.

antara duit zaman british

apa yang aku mahu cerita ialah duit lama.aku dapati dalam simpanan tersebut, dua keping pitis (duit zaman putri saadong katanya tidak pasti).Pitis merupakan matawang negeri Kelantan. Bentuk pitis adalh bulat dan berlubang di tengah. Sekelilingnya terukir tulisan jawi,tapi aku tidak dapat baca kerana tulisannya hampir hilang. Yang nampak tertulis ialah “Kerajaan Kelantan”.

selain itu, terdapat beberapa keping duit syiling empat segi bernilai setengah sen, satu sen, dan dua puluh sen. Aku tak tahu pada zaman mana duit ini digunakan,yang pastinya selepas kedatangan British. Muka depan syiling tertera gambar gabenor British. Yang aku ingat tertulis Malayan and Borneo atau India and Borneo aku lupa.

Agak lucu bila duit bernilai setengah sen. Mengikut cerita, setengah sen itu cukup besar nilainya. Pada zaman itu pekerja ladang kelapa di Kampung aku menerima gaji 30 sen sebulan. Itu pun cukup mewah. Bini-bini pekerja ladang ini pun sudah cukup berlagak pada masa itu.

Tidak hairanlah jika dikatakan pada zaman dulu,berbeli dengan duit 20 sen sudah penuh bakul. Dan aku sempat dengan duit lima sen dimana dengan duit lima sen dapat beli gula-gula satu biji..dan mamee berharga 25 sen. sekarang ni lima sen bagaikan tidak bernilai.

pitis "kepeng"

kenapa boleh jadi macamtu? mari kita tengok pengiraan duit pada masa itu:

keneghi (satu nilai tapi tidak ada matawang), kepeng (duit Kelantan berlubang) sen (duit empat segi British)

cara bilangan:

so keneghi,duo keneghi,tigo keneghi……..seterusnya

sekepeng,duo kepeng,tigo kepeng………..seterusnya

spuloh sen,duo ploh sen,tigo ploh sen………seterusnya

keneghi apabila sampai bilangannya kepada 14 keneghi——-cukup satu kepeng

kepeng apabila sampai bilangannya kepada 15 kepeng——– cukup sepuloh sen

jadi, cuba bayangkan lah nilai duit pada masa itu….jika ada kesalahan sila betulkan.sekadar berkongsi apa yang aku ingat dalam kepala..

KOMEN PAK LOKAN:

“Biar aku royak la pulok…pitih kepeng ni diperbuat drpd timah dan dikeluarkan pada tahun 1906M, disamping itu ada dah penggunaan duit sen dan ringgit kerajaan selat… Nilai dia ialah 5 kepeng sama dgn 1 sen…

Hok tulis jawi di pitis tu ialah “Perbelanjaan kerajaan Kelantan”, dan hok sebelah lagi tu tulisan arab yg bermaksud pitih ni dikeluarkan pada bln Dzulhijjah 1321H.

Sungguh pun begitu hok ayah demo kata pitih zaman puteri saadong tu pada pendapat ambo ialah sejenis mata wang lain yg dulu drpd pitih kepeng ni lagi yg diperbuat drpd mas. Ore tua2 dulu panggil “Mas Dinar”…pitih ni lah hok ore wak kokok lidah burung lebar nk suruh buleh bekecek. Pitih dinar ni pun tulis arab jugak “Al Julus Kelantan 577″,sebelah lagi tu dia tulis “Al Mutawakkil”..bermaknanya pitih ni dibuat pada tahun 1181M lagi…

Jadi, kalu kata pitih dinar ni hok jaman puteri saadong pun menasabahlah sbb zaman puteri saadong ialah lebih kurang tahun 1667M….haa gituh.Ko guano???

sanggupa: berjalanlah kamu di muka bumi,dan lihatlah apa yang telah Allah timpakan ke atas kaum-kaum terdahulu

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk Lihat semua kiriman oleh sanggupa

9 responses to “PITIS

  • Lokanbertepuk

    Salam mat..lama weh x mari nguca sini…
    Mu balik air tawar ko cuti baru ni..

    sapo kata pitih kepeng tu zaman puteri saadong???

    • sanggupa

      hehe…keno doh eh soalan maut haha…
      balik aritu 3mggu..

      kalo x silap ayah oyak pitis tu dlm zman putri saadong.
      kenalin weh soalan nih heheh

  • Lokanbertepuk

    Biar aku royak la pulok…
    pitih kepeng ni diperbuat drpd timah dan dikeluarkan pada tahun 1906M, disamping itu ada dah penggunaan duit sen dan ringgit kerajaan selat… Nilai dia ialah 5 kepeng sama dgn 1 sen…

    Hok tulis jawi di pitis tu ialah “Perbelanjaan kerajaan Kelantan”, dan hok sebelah lagi tu tulisan arab yg bermaksud pitih ni dikeluarkan pada bln Dzulhijjah 1321H.

    Sungguh pun begitu hok ayah demo kata pitih zaman puteri saadong tu pada pendapat ambo ialah sejenis mata wang lain yg dulu drpd pitih kepeng ni lagi yg diperbuat drpd mas. Ore tua2 dulu panggil “Mas Dinar”…pitih ni lah hok ore wak kokok lidah burung lebar nk suruh buleh bekecek. Pitih dinar ni pun tulis arab jugak “Al Julus Kelantan 577”,sebelah lagi tu dia tulis “Al Mutawakkil”..bermaknanya pitih ni dibuat pada tahun 1181M lagi…

    Jadi, kalu kata pitih dinar ni hok jaman puteri saadong pun menasabahlah sbb zaman puteri saadong ialah lebih kurang tahun 1667M….haa gituh.

    Ko guano???

    • sanggupa

      hummmcheee…
      hok tu kito nok dengar..cokes skit wat tubik perabis..hehe
      komen ini akan dinaikkan ke board..

      pengiraan duit tu betul ko ayohmat?
      ado lg ko sapo2 simpan dinar mas ni?kalu blh ayohmat papar dlm lokan bertepuk tu..lamo bena dh minyak gah dok situ heheh..

  • lokanbertepuk

    malas royak doh aku…
    panda mu kecek ore tua…

  • ambo

    jayo tuh duit lamo..sipe molek sikik lg ado rego blako tuh..

  • prak8

    makna nya kalu dah sistem pitih islam tahun 11 lg,,terbukti islam mari awl lg di tanah melayu terutama patani kelate ganu kedah silap tulisan jawi asal dari sini,,seperti ore dlu oyak kita ore jawi.. bhasa yawi kalu ore lek sana oyak,, tp saye sejarah hanya fokus melaka kesultanan hak bermula paling awal sngat pon kurun 12 dale sejarah oyak kurun 14,,

  • syed adib

    brapo nilai matawang2 ini skrg ye???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: