Monthly Archives: Oktober 2012

MELAYU JAWI MELAYU ROMAWI

makin lama aku memerhatikan bahasa yang dituturkan oleh kaum Brunei sabah (mungkin jua orang Brunai) tiba-tiba aku membuat kesimpulan: loghat brunai merupakan bahasa asli orang Melayu. pernah juga kawan aku dari Labuan mendakwa bahasa Sabah adalah bahasa asli Melayu kerana sebutannya adalah menepati ejaan dan tulisan. contoh senang perkataan “saya” dieja dengan S.A.Y.A dan disebut “SAYA” bukan “SAYE”.

tapi, kenapa pula aku dakwa loghat Brunai bahasa asli Melayu?

kerana pada pemerhatian aku (bukan kajian) ejaan jawi adalah bertepatan dengan sebutan loghat Brunai. manakala tulisan jawi merupakan tulisan asal orang melayu sejak dari dulu (kini kian hilang orang yang mampu membaca jawi) selepas kedatangan islam di kepulauan melayu.

jika diperhatikan perkataan yang dituturkan dalam loghat Brunai tepat dengan ejaan jawi bukannya dalam ejaam rumi. contoh yang mudah adalah perkataan “BOLA” yangmana dalam “rumi”nya dieja dengan “B.O.L.A .mengikut sebutan Brunai “bola”  disebut  “BULA” ianya bertepatan dengan ejaan jawi iaitu “ba.wau.lam.alif” =bula bukan bola.

mengikut pertuturan Brunai, kebanyakan perkataan yang vokalnya adalah huruf /O/ akan disebut dengan bunyi huruf /U/. contoh : buduh,bugil,busan,butak dan sebagainya yang mana tidak bertepatan dengan ejaan rumi sebaliknya kena dengan ejaan jawi:

botak: (ba.wau.ta.kaf)= butak

bogel: (ba.wau.ga.ya.lam) = bugil.disini bunyi “gel” juga bertepatan dengan ejaan jawi.

contoh lain perkataan “PENDEK” disebut dengan “PINDIK” yangmana ejaan jawinya ialah “pa.ya.nun.dal.ya.qaf”.

itu hanyalah beberapa contoh hasil dari pemerhatian aku.mungkin secara kebetulan atau aku yang salah dalam membuat andaian.

jadi, dakwaan kawan aku yang mengatakan bahasa Sabah adalah bahasa melayu sebenar mungkin juga betul sekiranya diambil kira ejaan sekarang dengan sebutan.aku boleh kategorikan ini adalah “MELAYU ROMAWI”.

manakala loghat Brunai adalah “MELAYU JAWI” kerana sebutannya mengikut tulisan jawi.

apapun bahasa adalah jiwa bangsa.

 

Advertisements