Author Archives: sanggupa

About sanggupa

ambo orang biasa selipa jepun baju guni nasik dengan budu naik basikal buruk

PERGINYA SAHABAT

Nurahmad Toyyib yang pernah aku ceritakan dulu dalam blog ni telah lama kemali ke rahmatullah. Sering aku teringat akan arwah terutama bila aku balik kampung.

Malam ni tika aku membelek helaian blog aku terjumpa posting lama mengenai arwah. Tika itu beliau masih hidup…tergerak hatiku menulis saat akhir aku berjumpa dengannya.

Ketika aku kerumah, beliau sedang termenung di siring kolam belakang rumahnya. Berpelikat serta baju pagoda berjalan menuju kearahku. Aku sempat berbual dengannya. Ketika bercerita dia mengadu tidak dapat makan. Hanya buah oren dan laksam yang mampu ditelan. Seketika berbual beliau merasa penat dan aku menyuruhnya baring tapi beliau tidak mahu kerana ingin meluangkan masa bersamaku berbual kerana begitu lama tidak berjumpa setelah grad dari uia.

Aku mengharapkan beliau sembuh..namun Allah menjemputnya dahulu..bila aku balik ke Sabah, sehari selepas berjumpa dengannya…aku terima mesej yang beliau telah tiada…padahal hari aku berjumpa dengganya ada beliau memberitahu hari itu dia akan buat kimo. Namun akibat penyakit hati yang didertainya beliau terpksa dibawa ke hospital sebelum sempat kimo kanser…akhirnya beliau pergi untuk selamanya…

Setiap kali aku pulang aku teringatkan arwah ingin melawat pusaranya tapi sampai sekarang aku tak kesamapaian.

Semoga Allah merahmati dan mengasihi rohnya dan ditampatkan bersama para solehin…IMG_20140905_090148


MELAYU JAWI MELAYU ROMAWI

makin lama aku memerhatikan bahasa yang dituturkan oleh kaum Brunei sabah (mungkin jua orang Brunai) tiba-tiba aku membuat kesimpulan: loghat brunai merupakan bahasa asli orang Melayu. pernah juga kawan aku dari Labuan mendakwa bahasa Sabah adalah bahasa asli Melayu kerana sebutannya adalah menepati ejaan dan tulisan. contoh senang perkataan “saya” dieja dengan S.A.Y.A dan disebut “SAYA” bukan “SAYE”.

tapi, kenapa pula aku dakwa loghat Brunai bahasa asli Melayu?

kerana pada pemerhatian aku (bukan kajian) ejaan jawi adalah bertepatan dengan sebutan loghat Brunai. manakala tulisan jawi merupakan tulisan asal orang melayu sejak dari dulu (kini kian hilang orang yang mampu membaca jawi) selepas kedatangan islam di kepulauan melayu.

jika diperhatikan perkataan yang dituturkan dalam loghat Brunai tepat dengan ejaan jawi bukannya dalam ejaam rumi. contoh yang mudah adalah perkataan “BOLA” yangmana dalam “rumi”nya dieja dengan “B.O.L.A .mengikut sebutan Brunai “bola”  disebut  “BULA” ianya bertepatan dengan ejaan jawi iaitu “ba.wau.lam.alif” =bula bukan bola.

mengikut pertuturan Brunai, kebanyakan perkataan yang vokalnya adalah huruf /O/ akan disebut dengan bunyi huruf /U/. contoh : buduh,bugil,busan,butak dan sebagainya yang mana tidak bertepatan dengan ejaan rumi sebaliknya kena dengan ejaan jawi:

botak: (ba.wau.ta.kaf)= butak

bogel: (ba.wau.ga.ya.lam) = bugil.disini bunyi “gel” juga bertepatan dengan ejaan jawi.

contoh lain perkataan “PENDEK” disebut dengan “PINDIK” yangmana ejaan jawinya ialah “pa.ya.nun.dal.ya.qaf”.

itu hanyalah beberapa contoh hasil dari pemerhatian aku.mungkin secara kebetulan atau aku yang salah dalam membuat andaian.

jadi, dakwaan kawan aku yang mengatakan bahasa Sabah adalah bahasa melayu sebenar mungkin juga betul sekiranya diambil kira ejaan sekarang dengan sebutan.aku boleh kategorikan ini adalah “MELAYU ROMAWI”.

manakala loghat Brunai adalah “MELAYU JAWI” kerana sebutannya mengikut tulisan jawi.

apapun bahasa adalah jiwa bangsa.

 


sang saka timur

seminggu dua ni bising isu tukar bendera dan tunjuk punggung ke gambar pemimpin negara.balik-balik isu itulah yang dicanang dalam berita,khutbah jumaat,bicara semasa hatta bicara pagi pun.baru-baru ni panel bicara pagi oleh sebuah stesen tv terkena dengan soalan kenapa “double standard” dalam isu tunjuk punggung dan pijak gambar pemimpin?sedangkan gambar pemimpin di satu pihak lain kena “kencing” didiamkan.sampaikan talian terpaksa diputuskan.bagaimanapun kantoi jua sebab rancangan itu adalah secara lansung.

dalam soal tukar bendera…pelbagai alasan diberi oleh pembawa bendera “sang saka bangsa” kononnya sekadar untuk mendedahkan bendera lama tanah melayu yang diperkenalkan oleh pejuang tanahair.ia tercatat dalam sejarah akan kewujudan bendera tersebut cuma dikuburkan oleh pihak-pihak tertentu dengan melabelkan orang yang mengangkat bendera “sang saka bangsa” itu “buta sejarah”.bila aku “search” di internet, aku jadi tertanya-tanya,siapakah sebenarnya buta sejarah??yang dituduh atau yang menuduh? walaubagaimanapun, bendera Malaysia yang kini telah diiktiraf di seluruh dunia tetap menjadi panji bagi negara kita. soal tukar bendera bukanlah isu, sebaliknya dijadikan modal pebalahan dalam negara.

ini dikatakan cadangan asal bendera malaya

teringat aku akan lirik lagu kumpulan XPDC : ” bersama kita kibar bendera lama, bendera naga dan burung garuda…”

nasib baik di negeri aku (kelantan) tidak ada yang berniat tukar bendera sekarang kepada bendera lama. mengikut sejarah, sebelum ini kelantan pun ada bendera lama rujuk : http://www.kelantan.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=51 .

p/s : kita kibar semangat bendera lama..

ni pulak aku dapat dari blog :

http://blogserius.blogspot.com/2012/09/serius-fakta-apa-ada-pada-bendera-sang.html


BAHASA KAMAH

menggunakan bahasa “kamah” ataupun “kotor” dalam perbualan merupakan perkara yang melanggar adab. bahasa kamah mungkin boleh diterima oleh segelintir masyarakat ketika berinteraksi, contohnya kawan-kawan yang sangat rapat ataupun pada orang yang berlainan adat dan bahasa.

tidak dinafikan, bahasa kotor merupakan antara perkataan-perkataan yang pertama yang diajarkan oleh kawan-kawan baru dari kaum yang berlainan bahasa. aku juga begitu..ada baiknya kita belajar perkataan yang kotor terlebih dahulu kerana kita dapat tahu sekiranya orang itu sedang mengutuk kita atau memuji kita agar kita tidak ikut mentertawakan diri kita sendiri. sebagai contoh perkataan “palui”. sekiranya ada orang cakap kita “palui” dan mentertawakan kita,kita turut ketawa kerana tidak faham bahasa.”palui anak ani..!!”

mungkin tulisan aku kali ini melanggar adab penulisan, tapi aku cuma ingin berkongsi. mungkin bagi aku sebagai bukan penutur jati bahasa brunai tidak rasa apa-apa kerana ianya hanyalah perbezaan bahasa.

“BURIT” atau “PANTAT” merupakan dua perkataan boleh dianggap “kamah” kalu mengikut bahasa aku. tapi ianya menjadi bahasa yang sopan sekiranya dituturkan di beberapa tempat di Sabah. “burit” membawa maksud belakang atau punggung, manakala “pantat” adalah “punggung” yang mana berbeza maksudnya mengikut sastera aku.

kes pertama terjadi ialah ketika kawan aku mengajar pendidikan jasmani. salah seorang muridnya cakap:

“cikgu, kau mem”buriti” aku..” yakni membelakangi aku.

kes kedua terjadi pada aku sendiri apabila cikgu perempuan cakap:

“di “burit”nya ada bisul..” yakni di punggungnya ada bisul.

 

antara perkataan yang tidak bagus disebut ialah:

– ant*l

-anc*k

-itin*

-ay*k

-tunt*l

-puk*

-but*

-kar*u-kar*uan

-pal*r

perkataan-perkataan ini adalah dianggap lucah yang melampau. pun begitu ada perkataan itu tidak jadi lucah sekiranya disebut kena pada tempatnya. ianya menjadi lucah bila disebut dengan tujuan lucah.itulah bahasa…

p/s: tulisan ini mengandungi unsur-unsur lucah.kanak-kanak dibawah umur 13 tahun tidak digalakkan membacanya.sekadar perkongsian dari aku.aku minta maaf sekiranya ada yang tersalah atau tersilap dalam berbahasa.trima kasi…

 

 


LOGHAT BRUNAI

setelah hampir tiga tahun aku di Sabah, aku kini begitu selesa dengan keadaan masyarakat di sini.Aku anggap aku adalah sebahgian daripada mereka.bila di tanya aku asal dari mana,aku jawab dari membakut.lansung mereka percaya hehehe…dulu aku kena cakap bahasa aku macam indon bila aku cakap sabah..sekarang ada orang tak percaya aku orang kelantan.syukur…yang aku kecewa ialah aku belum dapat menguasai bahasa brunei kerana penuturnya makin berkurangan.kalau ada yang muda pun sikit-sikit saja bahasa brunei yang digunakan.kadang-kadang aku kena ketawa oleh muridku kerana menggunakan bahasa brunei yang kini tidak difahami oleh generasi budak..

 

aku mahu tulis tentang bahasa brunei ‘KL’ tapi tak banyak aku ketahui.brunei “KL” adalah gelaran yang di beri kepada loghat brunei orang Bongawan,Papar Sabah.sori orang bongawan..hehehe..

gelaran ini kerana penggunaan huruf “e” di hujung perkataan untuk yang berakhir dengan huruf “a”.contohnya: kenape..bahape..mengape..

bahasa bongawan mempunyai lenggok yang agak lembut dan beralun berbanding di membakut.padahal jarak diantara dua pekan ini tidaklah jauh…sungguh unik!!

pun begitu,jarang aku temui penutur bahasa bongawan ni.bila berhubung,kebanyakan mereka menggunakan bahasa stendet sabah.dalam bakurapak atu,kedapatan jue bisidie ani orang bongawan.satu kali tu aku pergi ke pasar bongawan,lansung aku tak faham bahasanya kerana terlalu dalam loghatnya bongawan.mungkin itulah penutur generasi terakhir.aku seronok mendengar beliau bini-bini atu bakurapak walaupun aku tak faham.

kalau nak tahu,loghat brunei ni ada banyak….mengikut tempat.aku tak sempat belajar semuanya.

kalau bahagian benoni,papar…bahasanya lembut.tuturnya sedikit beralun mendayu..aku baru sekali dengar orang benoni becakap kebetulan tersesat di kampung benoni huhu…

kalau bahagian bongawan…macam aku cakap tadi.penggunaan huruf “e” dibelakang bila berakhir dengan huruf “a”.lenggoknya lain.ada beralun sedikit bila bercakap.apa yang aku perhatikanlah…

kalau bahagian membakut (tempat aku)…agak keras.ayatnya padat…kebanyakan orang menggunakan bahasa ini.mudah difahami.

kalau bahagian menumbok…lain lagi bunyinya..aku pun tak pernah dengar.tapi kawan-kawan aku ada bagitau dan ada yang mengajuknya.

sebelah sipitang kalu tak silap…bahasa brunai kadayan…yang ni pun susah sikit.huruf “r” tiada dalam bahasa ni…kalau perkataan “merah” jadi “mi ah”.

kaya sungguh bahasa kitani…lamah lambut…kalau nak tahu,Fauziah Gambus tu orang Bongawan..hehehe


PEKAN MEMBAKUT HANGUS

Pekan Lama Membakut yang pernah aku ceritakan dalam blog ni tidak lama dulu baru-baru ini terbakar…sederet bangunan kayu yang umurnya hampir menjangkau seratus tahun hangus dimamah api….


AUR dengan TEBING

aur tidak kelihatan di sini..heheh

skali lagi aku cuba menterjemah maksud peribahasa yang kini jika disebut akan membuatkan generasi ternganga-nganga mencari makna di sebalik maksud peribahasa tersebut termasuk la aku..jadi jika ada silap tolong betulkan lah..bak kata pepatah,buah cempedak di luar pagar…

Aur dengan tebing membawa maksud sikap tolong menolong diantara satu sama lain..apakah itu AUR? TEBING ialah dalam bahasa inggerisnya ‘bank’ ataupun siring sungai…dalam bahasa mudah “birai sungai”.

AUR ialah sjenis tumbuhan yang tumbuh di tebing sungai…kalau tak silap aku ianya ialah pokok buluh.jika dilihat pokok buluh dengan tebing saling bergantung antara satu sama lain.akar buluh memegang tebing agar tidak runtuh,manakala tebing pula menjadi tempat untuk buluh tumbuh.sebab itulah aur dengan tebing membawa maksud sikap tolong menolong yang amat erat..

oleh itu,kita sebagai umat malaysia marilah mencontohi sikap aur dengan tebing…tidak mengira bangsa atau agama.