Category Archives: -keda kopi-

P.Ramli dan gula

GANJA,GANJA,GANJA…. (laung penjual ganja di sebuah pasar)

“BELACAN ADA?” (pembeli bertanya)

tiba-tiba peniaga tadi terkejut dan memberitahu yang belacan tidak boleh dijual terbuka…

begitulah gambaran yang di paparkan dalam cerita P.Ramli yang kadang-kadang tu ada juga betulnya…baru sekarang aku tahu hebat juga pemikiran Tan Sri P.Ramli ni…

rungutan dari kawanku yang ingin membeli gula..”macam mau beli syabu…main sorok-sorok bawah meja…”

semenjak harga gula dinaikkan,aku “order” tea ‘o’ ping, tapi penjual suruh aku order “tea ping” sebab takde gula terpaksa guna susu…

alasan dari kerajaan ialah: “untuk menjaga kesihatan..”

betul juga emel yang aku terima, nanti pembungkus gula akan diletakkan gambar sebijik macam di kotak rokok….

“gambar kaki dipotong..dibawah tertulis…AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA..PENGUNAAN GULA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN..”

konklusinya: dalam filem P.Ramli — Sudin membaca tulisan jawi….”alif,mim,nun,wau…..”alif” tendang “wau”…SARKIS..!”


BANGANG PENING

Isa Samad dicalonkan untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang? Tahniah

Berkatalah si Mamak Bendahara dalam berita…”calon TERbaik…”

hmmm…rasanya Dato ni pernah kena gantung sampai 3 tahun kerana rasuah…

tapi dia lah calon terbaik untuk Bagan Pinang. Calon yang rasuah adalah yang terbaik…agaknya la berapa kerat pemimpin BN yang baik…?

Moga-moga dah insaf. Hati manusia siapa tahu…Moga menjadi calon terbaik…

Doakan kemenangan Parti Islam Semalaysia….

 

sanggupa: Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya…yang menyokong??wallahu a’alam…


NOK TELUR SAJO, NATE TOKSER!!!

NAK TELUR SAJA, BINATANG TAK MAHU…

2998309

 Sambil menyandar aku tengok berita awani. Nak tergelak aku dengar komen bekas bakal menteri besar Kelantan, Dato Awang Adek mengenai ucapan Tok Guru yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat bukan dengan BN. Awang Adek kata ini diibaratkan mahu buah tapi pokoknya tak mahu. Dia menambah lagi, ibarat mahukan telur tapi BINATANGnya tak mahu. Dalam erti kata mudahnya, telur  itu projek, dan binatang itu BN.

Aku pun hairan, kenapa la politik orang terpelajar ni tak ubah seperti politik JKKK, politik kampong! Kalau JKKK nak bagi bantuan kena pilih dulu penyokong siapa. Kalau penyokong pembangkang tak dapat la bantuan. Rupa-rupanya inilah yang diajar oleh pemimpin terpelajar BN. Dalam tv cakap la bantuan kerajaan tak pilih kasih…hakikatnya pilih bulu!!! Kalau dalam pentadbiran kerajaan negeri pembangkang, ada saja aduan kerajaan negeri pilih kasih walaupun tanpa bukti. Mula la siar cerita KEMAS kena sita, pelajar kena halau, balai raya kena kunci…

Ini terang-terang tunjuk dalam tv, kerajaan pusat adalah kerajaan BN, dan BN berlepas tangan atas bantuan kepada kerajaan negeri yang diperintah pembangkang. Tiada pun media bising!!! Biarpun ini boleh dikatakan pendapat individu tidak mewakili BN, akan tetapi hakikat selama ini pun memang begitu. Cuma hari ini sahaja baru terkeluar dari mulut pemimpin. Dulu dari mulut TPM, sekarang Awang Adek (timb. Menteri keewangan ke ape jawatan dia ni)

Kita kena tahu beza diantara BN dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat adalah kerajaan yang mewakili semua rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik. Bila sudah menjadi kerajaan, tanggungjawabnya ke atas setiap rakyat dibawah! Tak kira siapa pun yang menjadi kerajaan samada BN atau pembangkang, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan keatas rakyat. Masa pemerintahan sahabat nabi dulu, seekor kambing mati pun diambil berat. Inikan pula rakyat yang lebih mulia dari seekor kambing. Terbaliknya pemerintahan islam ala Malaysia ni, kambing bantuan seekor pun diambil peduli kepada siapa mahu diberi daripada mengambil tahu keadaan rakyat itu layak atau tidak. Kelayakan untuk bantuan adalah ahli BN.

mmmbeekkk

mmmbeekkk

Kepada Tok Guru, tidak perlu bersuara untuk mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan pusat sebab itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat. Apakah selama ini kerajaan negeri tidak memberi kerjasama? Ataupun kata-kata Tok Guru ini hanyalah untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan negeri sudah bersedia untuk memberi kerjasama, dan rakyat tengok lah apa yang kerajaan pusat bagi kepada rakyat Kelantan. Sebab sebelum ini kita dicanang media kerajaan negeri tidak memberi kerjasama yang baik. Padahal dalam dewan negeri, Dato Mustafa Muhammad mengakui kesilapan kesalahan kerajaan pusat yang menganak tirikan Kelantan.

Sebab tu lah Tok Guru pilih peraih ikan jadi calon wakil rakyat daripada pilih yang belajar university. Rupa-rupanya tok peraih ikan lebih bijak berfikir daripada yang belajar university…memang betul kata Tok Guru.

 


aku janji…tapi..

 

sehari selepas keputusan pilihan raya dun Manek Urai diumumkan…aku tidak berapa terkejut dengan kenyataan TPM kesayanganku bila ditanya wartawan…”apakah projek-projek yang dijanjikan untuk Manek Urai akan diteruskan?”…

dengan mudah dan muka selamba dan tenang sebab baru balik dari mendengar bacaan Al-Quran (selepas menghadiri majlis tilawah Al-Quran di negeri dua menteri besar)…”tidak akan diteruskan…sebab projek itu dijanjikan dan akan dilaksanakan jika penduduk Manek Urai menyokong BN…” au kama qoola..memang sudah menjadi tradisi…

alangkah bodohnya penyokong yang mengundi PAS, terang-terang menolak janji pembangunan yang bakal dihidangkan kerajaan. tapi apa boleh buat…sekiranya rakyat tidak menolak BN pada pilihanraya lepas, Manek Urai akan berubah wajah…mungkin setanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN dengan menara-menara yang tinggi dan pusat-pusat membeli belah yang bertaraf dunia dibina di Manek Urai..atau lebih lagi memandangkan Manek Urai adalah “anak angkat”.

rumah-rumah buruk penduduk kampung akan berubah menjadi mahligai seperti di negeri jiran Kelantan iaitu Terengganu, tikamana Pas memerintah, disiar dalam T.V rumah orang kampung yang “robek” dan tidak layak dipanggil rumah dengan makcik tua di muka pintu membuat muka “jebeknya”. kini tiada lagi rumah robek dan muka jebek di Terengganu. setelah alihan kuasa kepada BN, tiada lagi wajah-wajah Terengganu yang kusam, mungkin semuanya telah berubah menjadi istana-istana…tengoklah dalam T.V kita dapat lihat pembangunan Terengganu yang pesat dengan memindahkan masjid-masjid dan istana-istana dari seluruh pelosok dunia dilambakkan di negeri penyu ini. sungguh hebat!!! teringat cerita nabi Sulaiman dan Raja Balqis…rupanya ada lagi jin yang mengangkat istana Balqis. rupannya singgah di Terengganu. kalaulah Pas ambil alih negeri ini, jin ini sekali lagi diarahkan untuk memulangkan monumen-monumen ini ke negara asal. yang tinggal hanyalah rumah berdindingkan bertam beratapkan daun nipah..

itulah ruginya Manek Urai. kesilapan memilih calon menyebabkan mereka akan terus mewariskan pisau toreh getah kepada generasi akan datang…jikalaulah BN menang, jangan hairan jambatan Pulau Pinang berada di Manek Urai…

p/s: rasanya lah…impian nak jadikan “one Malaysia” takkan tercapai kalau macamni politikingnya. itu sama-sama melayu…hak mengecapi pembangunan dan kemakmuran adalah hak mutlak orang BN…orang Pas bukan rakyat Malaysia ke???orang pas tak bayar cukai ke???


MANIK SUDAH TERURAI

MANIK TERURAI…

setelah kekalahan dalam dua pilihanraya kecil, diteruskan lagi kekalahan di Manek Urai..BN terus menerus melakar kekalahan dalam pilihanraya kecil. apakah ini menunjukkan penolakan rakyat yang jemu dengan politik BN dan UMNO yang selalu menghidangkan projek-projek mee segera tatkala adanya pilihanraya atau memang rakyat sudah bosan dengan BN dan UMNO yang sering kali menyusahkan rakyat dengan akta-akta yang baru atau sikap kerajaan yang menekan rakyat…?

ketika mana diumumkan akan diadakan pilihanraya kecil di Manek Urai, media mula menunjukkan muka-muka pemimpin berucap dalam sidang media. aku tertarik dengan tajuk berita “penentu penerimaan rakyat terhadap BN”. adakah ini kerana di Manek Urai, penduduknya bermajoriti melayu? ini kerana pilihanraya sebelum ini menunjukkan pengundi bukan melayu nyata menolak BN. jadi, UMNO beranggapan jika di kawasan majoriti melayu, orang melayu masih sayangkan parti pusaka ini akan menghulurkan undi simpati supaya pusaka ini dapat diwariskan kepada anak cucu kerana pusaka ini kian nazak dan hampir hilang ke’gah’annya. ataupun BN/UMNO yakin menang memandangkan ini bukannya kawasan kubu kuat PAS, dan BN pernah melakar kemenagan yang besar. dengan menggunakan senjata utama, media propaganda yang berpelurukan pergolakan dalam PAS, kemiskinan dan jambatan baru, mereka fikir dapat menikam hati-hati pengundi Manek Urai.

sayang seribu kali sayang…kekalahan sudah menjadi takdir buat BN/UMNO. biarpun kekalahan tipis, tetap juga dikira kekalahan. BN mungkin boleh berbangga dengan undi yang meningkat, ini kerana ada peluru yang berjaya merobek hati pengundi Manek Urai. memadailah dengan usaha gigih mereka. hakikatnya tetap terpaksa ditelan. bagi PAS, ini harus dikaji kenapa ramai penyokongnya dahulu berpaling tadah…kemenangan ini bukanlah petanda yang baik bagi PAS dan mimpi buruk yang manis bagi BN.

bercakap mengenai penerimaan rakyat terhadap BN dan UMNO terutamanya, tidak boleh diukur dengan satu pilihanraya kecil ini. majoriti rakyat masih menolak BN. majoriti rakyat sudah mual dengan politik BN. rupanya rakyat di Manek Urai masih ramai yang cerdik dan tahu akan teknik jual ubat BN. rupa-rupanya rakyat sudah lama menunggu janji peraih ubat,kononya akan menunjukkan rupa hodoh akan bertukar cantik jika pakai ubatnya..ditunggu-tunggu sampai maghrib tidak juga ditunjukkan, akhirnya penduduk balik dengan hampa dan marah. cuma ada segelintir yang termakan ‘kecek’ membeli ubat tersebut sebab mudah terpedaya dan tidak serik terkena dengan penjual ubat penipu ataupun memang dia suka membeli ubat.

beruntunglah penduduk yang masih mempercayai dan yakin dengan kuasa Allah dan murunglah penduduk yang mempercayai kuasa ubat. sudahlah ubatnya tidak menjadi ditipunya lagi penjual ubat itu. rupanya air kosong yang dicedok dari telaga dijualnya sampai berpuluh-puluh ringgit. disangkanya penjual ubat ikhlas membantu, sebaliknya di”kekah”nya lagi penduduk yang miskin ini…

jambatan di Manek Urai akan tersimpan dalam lipatan akhbar, dan akan dibuka semula untuk pilihanraya akan datang………


one government??

tok guru nik aziz

kerajaan perpaduan..sedap nama tuh.memang bagus la ada kerajaan perpaduan.takde la pembangkang yang nak wat kecoh huru-hara atau demonstrasi sebab masing-masing dah ada jawatan dalam kerajaan.tapi kenapa Tok Guru Nik Aziz tak mahu cita-cita mulia ni dilaksanakan?aku pon tak paham…

dulu-dulu masa Pas di bawah Dato Asri, pernah juga Pas wat kerjaan perpaduan ni.ramai pemimpin Pas jadi menteri..Dato Asri kalu tsk silap masa tu pegang jawatan menteri tanah dan galian.bila ada pilihanraya Pas berbahagi kerusi.semua orang undi BN sebab Pas pon dalam BN.baguslah..Pas pon ada jawatan dalam kerajaan pusat.

pada suatu hari Pas ditendang keluar dari BN.berterabur kerusi Pas kena tendang jatuh dari tingkat sepuluh…jadilah Pas parti tunggal tanpa sekutu.emmm…apakah sejarah ini yang buat Tok Guru beringat sangat kalu nak berbaik dengan BN…?