Category Archives: TATKALA MULO

PITIS

himpunan duit lama

seberadanya aku di rumah,teringat aku kepada duit-duit lama yang berada dalam simpanan ayahku.aku mengeluarkan kembali untuk melihat rupa duit lama yang sudah berkarat hijau dan ada yang tak nampak tulisan.

duit ini ada yang dijumpai di tapak rumah ayahku masa kecil.kini tapak rumah itu menjadi tempat ayah berkebun menanam tembikai.pernah juga masa kecil aku terjumpa duit lama sewaktu bercucuk tanam di situ.di situ juga banyak serpihan seramik tinggalan arwah nenek aku.amat sayang kerana seramik itu telah menjadi kepingan kecil.begitu juga kelonsong peluru yang selalu aku jumpai.katanya peninggalan askar masa buat latihan dulu-dulu.

antara duit zaman british

apa yang aku mahu cerita ialah duit lama.aku dapati dalam simpanan tersebut, dua keping pitis (duit zaman putri saadong katanya tidak pasti).Pitis merupakan matawang negeri Kelantan. Bentuk pitis adalh bulat dan berlubang di tengah. Sekelilingnya terukir tulisan jawi,tapi aku tidak dapat baca kerana tulisannya hampir hilang. Yang nampak tertulis ialah “Kerajaan Kelantan”.

selain itu, terdapat beberapa keping duit syiling empat segi bernilai setengah sen, satu sen, dan dua puluh sen. Aku tak tahu pada zaman mana duit ini digunakan,yang pastinya selepas kedatangan British. Muka depan syiling tertera gambar gabenor British. Yang aku ingat tertulis Malayan and Borneo atau India and Borneo aku lupa.

Agak lucu bila duit bernilai setengah sen. Mengikut cerita, setengah sen itu cukup besar nilainya. Pada zaman itu pekerja ladang kelapa di Kampung aku menerima gaji 30 sen sebulan. Itu pun cukup mewah. Bini-bini pekerja ladang ini pun sudah cukup berlagak pada masa itu.

Tidak hairanlah jika dikatakan pada zaman dulu,berbeli dengan duit 20 sen sudah penuh bakul. Dan aku sempat dengan duit lima sen dimana dengan duit lima sen dapat beli gula-gula satu biji..dan mamee berharga 25 sen. sekarang ni lima sen bagaikan tidak bernilai.

pitis "kepeng"

kenapa boleh jadi macamtu? mari kita tengok pengiraan duit pada masa itu:

keneghi (satu nilai tapi tidak ada matawang), kepeng (duit Kelantan berlubang) sen (duit empat segi British)

cara bilangan:

so keneghi,duo keneghi,tigo keneghi……..seterusnya

sekepeng,duo kepeng,tigo kepeng………..seterusnya

spuloh sen,duo ploh sen,tigo ploh sen………seterusnya

keneghi apabila sampai bilangannya kepada 14 keneghi——-cukup satu kepeng

kepeng apabila sampai bilangannya kepada 15 kepeng——– cukup sepuloh sen

jadi, cuba bayangkan lah nilai duit pada masa itu….jika ada kesalahan sila betulkan.sekadar berkongsi apa yang aku ingat dalam kepala..

KOMEN PAK LOKAN:

“Biar aku royak la pulok…pitih kepeng ni diperbuat drpd timah dan dikeluarkan pada tahun 1906M, disamping itu ada dah penggunaan duit sen dan ringgit kerajaan selat… Nilai dia ialah 5 kepeng sama dgn 1 sen…

Hok tulis jawi di pitis tu ialah “Perbelanjaan kerajaan Kelantan”, dan hok sebelah lagi tu tulisan arab yg bermaksud pitih ni dikeluarkan pada bln Dzulhijjah 1321H.

Sungguh pun begitu hok ayah demo kata pitih zaman puteri saadong tu pada pendapat ambo ialah sejenis mata wang lain yg dulu drpd pitih kepeng ni lagi yg diperbuat drpd mas. Ore tua2 dulu panggil “Mas Dinar”…pitih ni lah hok ore wak kokok lidah burung lebar nk suruh buleh bekecek. Pitih dinar ni pun tulis arab jugak “Al Julus Kelantan 577″,sebelah lagi tu dia tulis “Al Mutawakkil”..bermaknanya pitih ni dibuat pada tahun 1181M lagi…

Jadi, kalu kata pitih dinar ni hok jaman puteri saadong pun menasabahlah sbb zaman puteri saadong ialah lebih kurang tahun 1667M….haa gituh.Ko guano???

sanggupa: berjalanlah kamu di muka bumi,dan lihatlah apa yang telah Allah timpakan ke atas kaum-kaum terdahulu


Raja Salor pelaga ayam

Salor Pasir Mas Kelantan mempunyai sejarahnya tersendiri . Mengikut riwayat dari seorang penulis buku sejarah mengatakan bahawasanya adalah seorang raja yang berasal dari selatan Siam pernah menetap di situ.

Arakianlah ceritanya bermuladengan Raja Salor ini tatkala sampai ke tanah Kelantan,mintalah ia bermukim beserta minta naungan kerajaan dibawah kuasa Raja Kota Bharu. Maka menetaplah ia bersemayam di tepi sungai Kelantan.

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

hulubalang Raja Salor sedang berehat setelah jauh bejalan-sekadar hiasan haha

Maka tersebutlah juga kisahnya pada suatu hari Raja Kota Bharu kehendakkan akan berlaga ayam. Menjemputlah akan Tuanku Raja Kota Bharu akan Raja Salor untuk perlaga akan ia ayam. Tatkala mahu belaga ayam,sampai pengetahuan akan berita kepada Raja Salor bahawasnya mahu helah akan dia Raja Kota Bharu dalam permainan pelaga ayam. Maka murkalah ia Raja Salor akan ia,maka hendaklah ia membunuh akan Raja Kota Bharu.

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

Raja Salor berang dan berniat membunuh Raja Kota Bharu

 

Adapun begitu, setelah sekian reda akan murka, baginda bermohon ampun akan kepada Raja Kota Bharu. 

Bilakan tahu pula kepada Raja Kota Bharu akan perkhabaran itu, murkalah ia. Dikatakan kepada Raja Salor penderhaka menyanggah raja. Maka sebagaimana diriwayatkan cerita, turunlah titah disuruh bunuh akan ia Raja Salor beserta jua akan keluarga,keranakan ia sudah menderhaka.  Maka dengan itu, dibunuhlah akan ia akan Raja Salor bersama jua akan keluarga..arakianlah juga tamatlah riwayat Raja Salor, begitu juga akan cerita.

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

sekadar hiasan. Aksi bunuh membunuh tidak boleh dipaparkan- penerbit

Dikatakan kubur yang terdapat di Salor itu adalah makam Raja Salor beserta hulubalangnya..wallahua’alam


Empayar Besar dan Kelantan

 

Queens of Langkasuka

Queens of Langkasuka

 

Queen of Langkasuka, tajuk sebuah movi dari Siam menarik perhatian aku. Tajuknya bertemakan sejarah Lampau membuatkan aku begitu berminat untuk mengkhatamkan movi ni. Cerita ni mengisahkan sebuah kerajaan lama Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang diperintah oleh seorang raja perempuan.Apa yang menariknya ialah apabila pelakon berpakaian KeMelayuan tapi cakap Siam. Pakaian yang dipakai ialah baju pendekar macam dalam cerita melayu berserta tanjak dan keris. Pakaian Raja Langkasuka pula seperti pakaian makyong. Manakala nama yang dipakai juga adalah nama melayu seperti; Raya,Ungu,Paree..

 

Tengkolok pahlawan Melayu

Tengkolok pahlawan Melayu

 

Pengarah juga menggambarkan Raja Pahang yang bernama Abdul Ghafur Wahidin berpakaian pahlawan melayu datang melamar adinda raja Langkasuka. Disebut juga dalam filem tersebut kerajaan Johor,Pahang,Songhkla dan sebagainya menggambarkan hubungan Langkasuka dengan negara luar.

 

Bagaimanapun unsur-unsur karut dalam cerita ni membuatkan aku rasa bukan cerita sejarah,sebaliknya imaginasi penulis skrip mengenai zaman Kerajaan Langkasuka. Ataupun sejarah yang ditokok tambah bagi melazatkan lagi jalan cerita. Mana la tahu aku ni buta sejarah hehe

Timbul tanda tanya ialah adakah Langkasuka diperintah oleh raja perempuan? Sudah ada kah kerajaan Pahang dan Johor pada masa itu? Apakah negeri Kelantan juga dibawah kerajaan Langkasuka? maka aku pun cari la kot internet…apa yang aku dapat:

“….Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla] iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke semenanjung Arab.”

“…Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu). “

Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam.

“…Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa ini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14) muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh Majapahit…”

 “..Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).

Dalam mencari mengenai Langkasuka tu timbul pula satu isu baru iaitu asal-usul gelaran Nik,Wan,Long dan Tuan yang dulunya pernah aku berbincang dalam forum dikirbarat.net. Macam-macam cerita pasal gelaran ini telah kami kongsi. Bagaimanapun ini adalah maklumat baru yang aku dapat iaitu gelaran ini berkaitan dengan susur galur kerajaan Champa…

“…Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala.

 Sejarah Champa penting dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan, Nik, Long dan Tuan.

Dan persoalan mengenai kaitan Kelantan dengan Kerajaan Champa…Penulis artikel tersebut mendatangkan contoh-contoh nama yang mungkin menunjukkan kaitan Kerajaan Champa dengan Kelantan..

“…Kelantan ada kaitan Champa?
Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa. Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di pulau Jawa pada awal abad ke-16.(dipetik dari harakah daily.net /sekolah pemikiran Kg.Baru)

Pada andaian aku, tidak hairanlah kalau Kelantan mempunyai kaitan dengan Champa sebab Kerajaan Kelantan dulu pun bukannya kerajaan kecil…Sampai di dalam buku Ibn Battutah pun ada tercatit nama Kelantan…

mmmm…aku sebenarnnya bukan suka buat kajian sejarah ni sebab benda tu buat penat otak. Tapi isu sejarah ni agak menarik la bagi aku..Sekurang-kurangnya ada jugak maklumat sikit-sikit..


sambungan ringkasan sejarah

….sambungan
Hasil dari perkahwinan Onang Kening dengan raja Melaka melahirkan seorang putera. Pada tahun 1531, putera Onang Kening dilantik menjadi raja Perak yang pertama dan digelar sebagai Sultan Muzaffar Syah.

Setelah baginda mangkat, dilantik pula putera baginda iaitu Raja Gombak. Setelah baginda (Raja Gombak) mangkat, cucunya iaitu Raja Ahmad dilantik menjadi sultan Kelantan pada tahun 1584.

Manakala Cik Siti Wan Kembang pula adalah hasil perkahwinan Sultan Ahmad dengan Cik Bainun, putri Nara Diraja iaitu sepupu kepada Raja Hussein sebelah isteri Putera Lela Wangsa Pahang.

Setelah Raja Ahmad mangkat, Raja Hussein Johor dilantik menjadi pemangku raja Kelantan. Ketika itu Cik Siti Wan Kembang baru berusia empat tahun. Enam belas tahun kemudian Raja Hussein mangkat.

Pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang pun ditabal sebagai raja memerintah Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Cinta Wangsa, ulu Kelantan.

Pada masa yang sama, di Jembal terdapat terdapat satu lagi pemerintahan yang ditadbir oleh Raja Sakti. Cucu kepada Raja Sakti ialah Puteri Saadong,iaitu anak kepada Raja Loyar.

Puteri Saadong diambil menjadi anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang. Puteri Saadong juga digelarkan sebagai Puteri Wijaya Mala. Kecantikan paras rupa Puteri Saadong menjadi bualan.

beberpa lama kemudian baginda Cik Siti Wan Kembang berpindah ke Cherang Tegayong. Di sinilah tempat yang dikenali sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga. baginda menamakan tempat ini sebagai Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong…


ringkasan sejarah

Sejarah Kelantan

Sejarah awal kelantan belum tercatat dengan jelas dalam mana-mana buku sejarah di Negara kita. Yang terawal yang dapat dikesan mengenai sejarah kelantan adalah pada abad ke lima belas sahaja. Pemerintahan diraja kelantan terkandung dalam satu ikatan raja-raja yang berkuasa di beberapa bahagian daerah dan jajahan yang berpecah-pecah mengikut tempat persemayaman masing-masing.

Menurut sejarah, pada tahun 1411 kelantan pernah diperintah oleh raja Kumar. pada masa itu kelantan mengadakan hubungan muhibbah dengan kerajaan China dan kerajaan China membalas surat pujian kepada Kelantan.

pada abad ke lima belas, nama Negeri kelantan mengatasai kemasyhuran kerajaan Pattani. Pada masa itu Pattani merupakan sebuah kerajaan besar. Pada abad itu kelantan dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah yang menggantikan ayahanda baginda, sultan Iskandar Syah.

Kemasyhuran Kelantan bertiup hingga ke negeri Melaka. Pada masa itu,Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1506 (lima tahun sebelum kejatuhan Melaka ditakluk portugis) Melaka cuba menakluki Kelantan dengan menyerang negeri Kelantan. serangan ini menyebabkan salah seorang daripada putri raja Kelantan yang bernama Onang Kening dikahwinkan dengan sultan Mahmud Syah Melaka.

ini adalah sedikit ringkasan sejarah kelantan pada kurun tersebut.