Monthly Archives: September 2009

BANGANG PENING

Isa Samad dicalonkan untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang? Tahniah

Berkatalah si Mamak Bendahara dalam berita…”calon TERbaik…”

hmmm…rasanya Dato ni pernah kena gantung sampai 3 tahun kerana rasuah…

tapi dia lah calon terbaik untuk Bagan Pinang. Calon yang rasuah adalah yang terbaik…agaknya la berapa kerat pemimpin BN yang baik…?

Moga-moga dah insaf. Hati manusia siapa tahu…Moga menjadi calon terbaik…

Doakan kemenangan Parti Islam Semalaysia….

 

sanggupa: Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya…yang menyokong??wallahu a’alam…


raya ke lapan belas

Tengah aku rehat-rehat melayan facebook, tiba-tiba Zairi datang memberi salam…”mat, anak murid mu mari..”

“betul ka?” Aku tanya si Zairi untuk kepastian sebab waktu kelas tasmik tadi aku sudah diberitahu yang mereka mahu datang beraya.

“betul la…ni ada depan rumah”

“alamak..jangan la mu buka pintu. Aku sengaja tutup pintu dari tadi lagi mu pulak datang buka pintu.”

“abis tu aku mau cakap apa? cakap mu tiada la…” Zairi serba salah. Aku terus masuk bilik pakai baju. Dari bilik aku dengar Zairi membuat helah..”ustat mat tiada…” kesian si Zairi terpaksa menipu. Aku tak suruh pun dia tipu hahah…

Zairi membawa budak-budak tadi ke rumah dia. Lagipun budak-budak ni biasa dengan Zairi. Bila diorang diam di rumah Zairi barulah aku keluar ke rumah Zairi. Bersorak budak-budak aku datang. Tapi awal-awal lagi aku bagitahu tiada duit raya haha…

pelajar tahun enam

pelajar tahun enam

Lepas budak-budak ni balik, aku sambung main internet. Baru duduk sekejap, terdengar dari luar suara Zairi..”rumah ustat mat sini. Tu na rumah dia!!” Sekejap saja penuh rumah aku dengan tsunami kedua anak-anak murid. Mula la aku kalut buat air…kebetulan pula ais tiada, terpaksa la aku keluar membeli. Si Zairi ketawa…”tadi rumah aku, sekarang rumah mu hahha…baru tau haha…mu gi beli ais aku layan budak.”

kesian..terpaksa kongsi cawan

kesian..terpaksa kongsi cawan

Aku ingatkan raya sudah habis, rupa-rupanya bagi budak-budak ni raya belum tamat selagi kalendar tertulis SYAWAL…Walaubagaimanapun tetamu yang datang penuh dengan rahmat dan keberkatan…

sanggupa: yang tua dihormati, yang muda dikasihani….


YANG BANAR

BANAR BAH..awu banar… wahh…aku selalu mengajuk ayat-ayat bahasa Brunei kerana sesekali seronok untuk disebut. Walaupun sebutan aku terbabas dari landasan sebutan yang betul. Banar, yang sabanarnya ialah benar. Perkataan “banar” ini membuatkan aku menyelongkar peti bahasa Kelantan dalam kepala aku.

Banar atau sebutannya “bana” jika dituturkan di negeri Kelantan ialah kata ganda(betul ke kata ganda) kepada perkataan “ssinar” atau “sinar” yang bermaksud “bercahaya”. Biasanya “banar” digandakan dengan perkataan “ssinar”. Contohnya: “ssinar banar” iaitu sinar yang berkilau. Contohnya kepala yang botak licin juga selalu diejek dengan “sina bana”.

teringat lagi pantun dua kerat masa kecik dulu:

“seh robbana,palo tokseh ssina bana.

pesanan: anda dinasihatkan tidak meniru pantun ini dirumah atau di khalayak.

Dan satu lagi, “benar” ataupun “bena” dalam sebutan Kelantan membawa aku ke dapur…mencari perkataan “bena” iaitu “lada bena” dan “minyak bena”. Lada bena kalau tak silap aku ialah lada hitam manakala “minyak bena” ialah minyak masak …

di Kelantan, itulah yang benar hahah…lama sudah aku tidak mendengar istilah-istilah ini.  Bila la boleh aku menetap kembali di negeri tercinta itu…

sanggupa: katalah yang benar walaupun pahit. katalah “bana” kalau bersinar hahaha


E’ID MUBARAK

kad-raya 

SELAMAT HARI RAYA DAN MOHON KEMAAFAN KESILAPAN YANG TERLIHAT ATAU TERSEMBUNYI DARI SEBERANG SAMUDRA KEPADA KELUARGA, SAUDARA MARA,SAHABAT HANDAI,JIRAN TETANGGA DAN SELURUH YANG MENGENALI KAMI DARIPADA:

ust. fadhly
ust. fadhly

sanggupa a.k.a mark lee
sanggupa a.k.a mark lee

sanggupa: hari raya merupakan hari kemenangan.bergembiralah…


FENOMENA AZAN

Masjid Beaufort, Sabah

Masjid Beaufort, Sabah

Sesudah berterawih aku balik ke rumah. Teringat kat kampung, aku telefon. Telefon bersambut oleh ayah aku. “ayah nak gi balasoh ni…baru azan”.

“baru masuk isya’? hehe…sini dah abis terawih pun. Tapi buat lapan jah hehehe…” aku balas.

Di Sabah ni waktu berbuka awal…dalam 6.30 lebih kurang dah masuk waktu maghrib. Waktu Isya’ lebih kurang dalam pukul 7.30 lah…Orang kata seronok la di Sabah berbuka awal. Padahal sama je jarak waktu seharian. Waktu imsak dalam pukul 4.45 kemudian Subuh hampir-hampir pukul 5 pagi. Yang seronoknya ialah masuk sekolah pukul 7.10 sama dengan Semenanjung. Kalau kira pukul 7.10 tu mataharinya macam pukul 8.10 pagi dah. Sempat lagi la tido sekejap lepas Subuh sementara tunggu pukul 7  hehe…

Ini mengingatkan aku kepada satu video yang aku tonton dan risalah yang aku terbaca di masjid…iaitu fenomena azan yang tidak putus-putus dan sentiasa bersahutan di atas dunia ini. Azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia bermula dengan azan Subuh sehingga Subuh esoknya tidak putus-putus. Beza masa diantara benua ke benua, negara ke negara, negeri ke negeri sehingga daerah menyebabkan azan sentiasa dilaungkan.

Itulah percaturan yang telah diaturkan oleh satu kuasa yang tiada tandingnya yang menciptakan alam ini iaitu Allahu Jalla jalaalah. Beritahu kawan aku, kiamat itu akan berlaku sekiranya laungan azan berhenti di muka bumi ini kerana kiamat tidak akan berlaku selagi orang mukmin masih mendiami alam ini…

sanggupa: Masihkah lagi kamu mencari tuhan selain Allah…?